Friday, February 22, 2013

Hargailah Nilai Setitis Air Mata :')

Assalamualaikum :) .


Ni lukisan abstrak yang aku lukis semalam . Dalam lukisan ni , aku cuba untuk menceritakan tentang generasi masa depan yang akan bersedih atas sikap ketamakan manusia pada masa sekarang yang selalu mencemarkan alam sekitar . Lukisan ni juga menceritakan tentang haiwan-haiwan yang akan bersedih dengan kemusnahan habitat mereka . Masa depan akan jadi gelap dan penyelamat bagi kesemua situasi tu adalah perubahan kita pada masa sekarang .

Apa Kaitan Gambar Ni Dengan Tajuk Entri Ni ? 

Tak ada kaitan pun sebenarnya . Mungkin larh . Fikirkan larh sendiri . Tapi , dalam entri kali ni aku nak ceritakan tentang nilai setitis air mata .

Selalu sangat kita tengok , budak-budak muda zaman sekarang ni suka menangis . Kenapa agaknya ? Mungkin sebab sedih ada masalah . Banyak sebab , tapi kebanyakannya ada larh sebab CINTA . Bukan menangis kerana cinta Allah . Tapi kerana tipu daya cinta manusia . Selalunya , anak muda sekarang lebih suka menangis bila putus cinta . Pernah terfikir tak ? Betapa bodohnya siapa yang sikit ibadatnya kepada Allah S.W.T , tapi tak pernah menangis dan menyesal . Sedangkan bila sekali putus cinta , dah menangis teresak-esak , ibadah ke mana , apapun ke mana . Pernah tak fikir macam tu ?

Apa tujuan Allah S.W.T mencipta air mata ? 

Mungkin juga , Allah mencipta air mata supaya kita dapat merasakan nikmat kesedihan kerana dari situ , kita akan dapat belajar betapa bermaknanya sesuatu peristiwa atau apa saja yang kita tangisi . Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti akan ada kesenangan . Pernah tak kita tau ? Bahawa setiap titisan air mata yang mengalir itu , akan mendatangkan sejuta kebahagiaan .

Menurut Ibnu Qayyim , terdapat 10 jenis tangisan :

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati .
2. Menangis kerana rasa takut .
3. Menangis kerana cinta .
4. Menangis kerana gembira .
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan .
6. Menangis kerana terlalu sedih .
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah .
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang .
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis .
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis .

Cuba pilih , kita dalam golongan yang ke berapa ? Semoga kita tergolong di kalangan orang yang menghargai nilai setitis air mata , yang mengalirkan air mata kerana rasa takut kepada Allah S.W.T . Dan berdoalah semoga kita dijauhkan dari golongan yang menangis kerana cintakan dunia .

" Ya Allah .. Jika dosa cintakan dunia yang aku lakukan datangnya dari mataku , maka butakanlah aku .. Jika ianya dari telingaku , maka pekakkanlah aku .. Dan jika dari mulut , maka bisukanlah aku .. "

Menangislah kerana takut kepada Allah S.W.T . Menangislah dan terus menangis sehingga di akhirat nanti , apabila kita hampir dihumban ke dalam api neraka kerana dosa-dosa yang terlalu banyak , kita mampu memadamkan api yang membahang tersebut hanya dengan menggunakan setitis air mata kita di dunia , yang dialirkan kerana rasa takut kepada Allah S.W.T ..

Sunday, February 17, 2013

Al-Kisah Couple - Valentine's Day .

Assalamualaikum :) .

Post lambat . Maklumlah , orang busy . Ok . Ramai orang yang tau kot , kalau sebut hari Khamis hari tu , 14 Februari 2013 hari apa , hampir semua orang boleh jawab rasanya . Tapi adalah sorang kawan ni , ditanya 14 Februari 2013 hari apa . Jawab dia , 'besday saya :)' . Huhu .. Happy Birthday larh .. Tapi , ni bukan nak cerita bab Birthday . Ni nak cerita bab Valentine's Day .


Ehh .. why should I say no to Valentine's Day ? Bukankah ramai pemuda pemudi yang seronok menyambut Valentine's Day ? Kenapa perlu katakan 'tidak' ? 

Jawapan :

Pernah tak cuba ambik tau tentang Valentine's Day ? Macam mana boleh wujud , kenapa orang sambut , siapa yang selalu sambut . Pernah tak ambik tau keseluruhan sejarah tentang Valentine's Day ni ? 

Sejarah Wujudnya Valentine's Day :

Ada empat pendapat tentang sejarah Valentine's Day .

Pendapat Pertama :

Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia . Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari . Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata . Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Setiapa pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak . Nama gadis yang tertea di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun .

Pada 15 Februari , mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala . Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing . Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka . Semasa agama Kristian menguasai Rom , mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian . Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor . Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I .

Pendapat Kedua :

 Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II . Terdapat dua kisah berkaitan dengan St.Valentine ini .

Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II , kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian . Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa . St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II . Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan , beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara . Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari . Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya . Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya .

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara , beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh , beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From yor Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine . Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebug tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin . Justeru , Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin . Namun , St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia . Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M .



Pendapat Ketiga :

Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol di mana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu . Disebabkan sumbangan itu , St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat . Tarikh 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim .

Pendapat Keempat : 

Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer , seorang penyair Inggeris di dalam puisinya . Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari . Berdasarkan kepada versi-versi tersebut , ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama Islam . Malahan ianya amat terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam itu sendiri .

Kesimpulannya :

Masih nak sambut Valentine's Day ? Let's Say No To Valentine's Day ! Kalaulah tiada dalam Sejarah tentang St. Valentine sekalipun , ianya tetap tidak boleh disambut . Kenapa ? Sebab hari berkasih sayang bagi umat Islam adalah hari-hari . Tiada hari tertentu untuk berkasih sayang bagi kita . Valentine's Day juga tak boleh disambut kerana tiada istilah 'couple' dalam agama Islam . Yang ada hanyalah istilah 'akad nikah' . Selepas akad nikah , berkasih sayanglah setiap hari tanpa perlu menunggu tibanya tarikh 14 Februari . Semoga iman kita sentiasa terpelihara daripada segala agenda-agenda tersembunyi generasi Barat . Wallahua'lam :) .

Saturday, February 2, 2013

Status Tidak Membezakan Darjat .

Assalamualaikum :) .

Pernah tengok drama tv kan ? Pernah tak tengok scene yang macam ni :

" Dad , I want to get married . "

" With who ? "

" Camelia . I love her so much ! "

" No ! You can't ! "

" But .. why ? "

" Because , her status not same with us ! I want you to get married with Dyanira Amira ! "

" But .. Dad .. "

" Hang tak faham Bahasa Inggeris ka ?!! Nak ayah cakap Kedah ?!! -.- "


Hehe .. Buat lawak tak jadi sekejap -.- . Ok . Sebenarnya tak ada kaitan pun . Cuma nak cerita kali ni pasal status ataupun darjat . Kebanyakan orang akan membezakan seseorang tu berdasarkan darjat . Contoh , kalau lelaki tu kerja company , nak nikah dengan perempuan kerja cleaner , confirm-confirm mak ayah tu tak bagi . Tak sama taraf larh kononnya . Then , mula larh jadi drama nikah luar negara larh , apa larh , bla bla bla ! -.- .

Aku hairan bila aku tengok perlakuan sesetengah pelajar . Yang terlebih pandai , dengan cara terlebih pandainya . Yang lemah , dengan cara penuh kelemahannya . Sedangkan Rasulullah S.A.W dah berpesan , sampaikan larh ilmu walaupun hanya sepotong ayat . Tapi yang pandai ? Kita selalu tengok , yang pandai tu hanya akan duduk dengan kelompok sendiri . Biarkan yang lemah tetap di bawah . Jarang sangat larh kalau kita nak boleh tengok kaum yang lemah dengan kaum yang pandai bestari ni berkawan rapat . Semuanya sebab apa ? Sebab darjat . Diorang telah membezakan darjat . Yang lemah dibiarkan di bawah , dan yang pandai bestari melonjak ke atas . 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu . "     ( Al-Hujurat : 13 )

Darjat seseorang tak dinilai dengan harta , pangkat atau lain-lain . Cuma taqwa seseorang saja yang membezakan manusia . Itupun bukan pada pandangan manusia , tapi di sisi Allah S.W.T . Sebijak mana sekalipun seseorang tu , belum tentu dia dinilai dengan darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T . Kalau aku bagi contoh ni , mungkin ramai yang takkan setuju , tapi aku nak semua orang fikir betul-betul apa yang aku cuba nak sampaikan ni : 

Situasi Pertama :

Bila kita nampak perempuan pakai jubah , tudung labuh . Apa yang kita akan fikirkan ? Alim ? Solehah ? Baiknya dia .. Betul ? 

Situasi Kedua :

Ok . Fikirkan pulak situasi ni . Bayangkan pulak kita nampak seorang perempuan yang free-hair . Walaupun tak berapa cantik , tapi apa pandangan kita ? Ehh .. Tak belajar bab agama ker dia ni ..? Ada tak fikir macam ni ..? 

Ok , bagi situasi pertama . Kita kena fikir jugak sebenarnya . Memang perempuan tu , dia pakai tudung labuh , jubah dan sebagainya . Tapi , belum tentu dia solehah . Belum tentu dia baik . Itu cuma pandangan manusia . Pandangan Allah ? Kita tak tau kan ? Mungkin jugak dia dipaksa untuk pakai macam tu atas sebab-sebab yang tertentu . Mungkin luaran dia pakai macam tu , tapi hakikatnya dia tak solat lima waktu , dia lupa Allah S.W.T dan lain-lain . Nak bangkang kata-kata aku ? Silakan :) . Tapi , aku akan ceritakan dulu dua perkara yang aku pernah tau terjadi dalam hidup aku .

First , time aku kat tahfiz dulu . Ada ramai sangat kakak-kakak tu yang pakai purdah , jubah , dan tudung labuh sebab terpaksa ikut peraturan maahad . Bila keluar tahfiz jer , terus hilang purdah , tudung labuh tu . Siapa kata tak pernah jadi ? Pernah , ini fakta bukan auta . Ni pengalaman aku .. Pernah jadi kes , pelajar tahfiz buang bayi luar nikah , orang ramai tau pun lepas bayi tu terbakar sebab orang yang bakar sampah tu tak tau dalam plastik hitam tu ada bayi . Masya-Allah ! :'( 

Second , ni ustaz aku cerita . Ada sorang gadis tu , dia pakai jubah , purdah . Bila dia nak meninggal , dia susah nak mengucap ( kalau tak silap ) . Mak dia cuba cari punca kenapa . Then , bila selak baju dia , mak dia nampak ada tatu berbentuk salib pada payudara gadis tu . Opss .. aku tak lucah , cuma terlalu straight . Tapi , hakikatnya ini adalah kenyataan -.- .

Bagi situasi kedua . Mungkin perempuan tu nak sangat pakai tudung . Tapi , disebabkan berasal dari keluarga berada , mak ayah tak benarkan . Mungkin akan dipulau kalau berhijab . Apa ? Ingat tak ada ker ?  Ada kawan aku waktu sekolah rendah , cina . Orang tanya , kenapa tak nak masuk Islam , pakai tudung . Dia jawab , memang dia nak masuk Islam , tapi mak ayah tak bagi . Dia seronok tengok kawan-kawan bertudung , tapi mak ayah tak bagi . Nampak tak ?

Kesimpulannya , janganlah terlalu cepat menghukum dan mengukur darjat seseorang tu . Cuba fikirkan diri sendiri . Cukup sempurnakah kita di sisi Allah S.W.T. ? Jangan jadi seperti 'mengata dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih' . Ok ? Tepuk dada , tanya iman :) .

p/s : Sekadar berpesan . Dunia semakin maju , manusia pun semakin maju . Fikir-fikirkan :) .

Thursday, January 10, 2013

Let's Talk About FRIEND . What ? -.-

Assalamualaikum :)


Pernah tengok cerita Spongebob Squarepants ? Opss .. Mesti larh pernah kan ? Orang tua pun suka tengok cerita ni . Huhu .. Cuba bagitau apa yang kita boleh nampak ciri-ciri yang ada pada Spongebob ni ? Ok .. Apa yang aku boleh nampak :

1. Spongebob sejenis sponge yang sentiasa ceria tak kira tempat dan waktu , mungkin sebab tu dia suka menyanyi .
2. Sentiasa bersedia melakukan kerja dan selalu menyebut ''saya sedia , saya sedia , saya sedia !" .
3. Sponge yang penyayang . Spongebob pernah menangis dengan teruk lepas kehilangan siputnya si 'Gary' .
4 . Pandai memasak sehingga boleh bekerja sebagai tukang masak di restoran Krabby Patty .
5. Pembersih coz Spongebob pernah bergaduh dengan Patrick bila ternampak tangan Patrick yang kotor .
6. Suka mencari keseronokan dalam suatu perkara yang kecil , contohnya tangkap obor-obor .

And one more thing .. Spongebob Squarepants ni merupakan sejenis hidupan laut yang sangat-sangat friendly kan ? :D .


Cuba tengok manusia sekarang , bertegur sapa dengan orang yang diorang kenal saja . Kalau dah tak kenal tu , harap sepatah perkataan pun takkan keluar . Kot larh nak sebut 'Assalamualaikum' . Tak ada aihh .. Nak ada pun bila perempuan lalu kat sebelah orang lelaki . Masa tu , tegur melebih larh . 

" Assalamualaikum cik adik .. Nak pegi mana tu ..? Sorang jer .. :3 "

Ehh ... Apa kono eh jang ? -.- 

Then , sekarang ni senang jer kalau nak jumpak kawan yang tikam belakang kawan . Pantang dengar jer benda buruk pasal kawan tu , mesti ada larh nak kutuk . Pegi bagitau kat Peah larh , Saodah larh , ajak mengumpat habis semua . Nak sedekah pahala kat kawan larh kononnya -.- . Macam ustazah yang ajar Pendidikan Syariah cerita larh . Ada budak tu dia mengandung luar nikah coz mak dia tak pernah pantau dia . Then , bila dia beranak dalam rumah pun , mak dia tak tau . Dia bawak anak tu pegi sekolah , bagi kat 'boyafriend' dia  -.- . Lepas tu bagitau kawan .

" Hang tau , jangan bagitau orang yang pagi tadi aku beranak ! "

Yang kawan tu pun biasa larh , sahabat sejati .. Cerita larh kat kawan lain ..

" Hang jangan bagitau orang lain tau , si Leha tu baru beranak pagi tadi ! "

Lastly , perkara tersebut tersebar ke satu sekolah , itupun mak dia tak tau lagi . Isk3 .. Tapi , pointnya yang aku nak cerita di sini bukan larh bab mengandung luar nikah . Tapi , aku nak cerita yang orang dok kata kawan tikam belakang tu . Haa .. ni kan aku dah terkeluaq bahasa Kedah ni .. Aihh .. Payah sangat aku nak sembang pun aihh ... ~ -.- .

Kadang-kadang aku tak suka , bila mana cikgu tak masuk , aku sibuk baca buku , kawan-kawan kat sebelah dok buat 'mesyuarat agung' sempena 'program sedekah pahala' kat orang lain -.- . Kalau tak kacau aku tak ada larh aku nak hairan sangat . Bagus apa hampa nak sedekah pahala kat orang . Buat apa aku nak halang kan ? Yang jadi masalahnya , dok mengumpat kawan-kawan , lepas tu gelak kuat . Amboihh .. tak ada sapa nak dengar hampa gelak aihh .. Aku agak terganggu tau tak ? Tambah pulak , tiba-tiba melayang rasa simpati aku terhadap orang yang diumpat tu . Huhu ..

Aku letak tajuk Let's Talk About FRIEND , kes aku nak ajar hampa cara-cara nak hargai kawan . Japgi dok fikir aku ajak mengumpat kawan pulak -.- . Ok , tutup bahasa Kedah . Aku dah tak pandai nak tulis bahasa Kedah banyak-banyak ni :3 .

Start from now , berubah larh . Nobody perfect , tau kan ? Setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan masing-masing . Kena belajar larh hargai kebaikan orang lain dan terima seadanya kelemahan orang lain . Takkan nak mengumpat orang lain jer selalu . Kenapa ? Kita saja baik , dia semua jahat , macam tu ? Kalau ada nampak kawan buat salah , tegur larh dia dengan cara yang berhemah . Islam dah ajarkan semua tu . Apa salahnya kalau praktiskan dalam hidup kan ?


Mesti ada orang nak kata . Kenapa aku mesti ambik Spongebob Squarepants sebagai model untuk entri aku kali ni ? Kenapa tak ambik Rasulullah S.A.W sebagai role model yang baik ? Haa .. Sini aku nak bagitau . Tujuan aku ambik Spongebob Squarepants sebagai model entri aku kali ni coz aku nak bagitau yang , kalau makhluk 'sponge' yang kecik dok dalam laut tu pun boleh hargai kawan , kenapa kita tak boleh ? Rasulullah S.A.W sememangnya merupakan role-model yang terbaik . Selama hari ni pun aku memang dah nasihatkan semua kawan-kawan aku , ikut larh cara hidup Rasulullah S.A.W . Tapi diorang kata apa ?

" Payah .. tu payah .. Rasulullah S.A.W ada larh orang yang mulia . Tak ada siapa boleh jadi macam dia .. "

Bila aku sebut pasal Spongebob , diorang kata aku macam budak-budak . Banyak alasan sangat .. Hurm .. Aku malas nak komen banyak . Fikir larh sendiri . Cuma satu benda yang aku nak diorang fikir . Fikir larh kalau kat sekolah , kita ada masalah , sedih .. Siapa yang selalu datang pujuk kita , tanya apa masalah kita ? Kita tak faham cikgu ajar , kepada siapa kita rujuk selain cikgu waktu kat sekolah ? Siapa yang selalu temankan kita kat sekolah ? Semuanya kawan . Lain kali jangan kata aku tak matang . Sebab walaupun aku nampak kebudak-budakan , sekurang-kurangnya aku bukan jenis tikam belakang kawan , dan duduk saja pun aku masih boleh fikir baik buruk sesuatu percakapan . Aku lebih suka berfikir daripada bercakap . Buang masa saja . Ok , stop here .

Opss ... Dan kepada kawan-kawan aku , tak kira larh kawan , sahabat , teman or anything else .. Terima kasih coz selama hari ni banyak tolong aku dalam banyak benda . Aku tak marah kalau diorang nak mengumpat atau lain-lain . Cuma aku sebagai kawan , aku rasa aku ada tanggungjawab untuk menegur , aku sayang diorang tak nak kerana mulut badan binasa , so aku tegur .. Berlapang dada larh ekk .. :)

p/s : Aku keluarkan bahasa Kedah bermaksud ayat penegasan . Jangan cepat putuskan seseorang tu matang atau tak . Sila jaga tepi kain sendiri ok :) .

Monday, January 7, 2013

Kisah Seorang 'Aku' Yang Pelupa

Assalamualaikum :)

Tengok tajuk entri , dah tahu yang kali ni bukan entri sedih . Hehe ... Tu bermakna mood aku agak ceria hari ni , walaupun aku masih rindukan arwah sahabat aku :') . So , aku kena ceria selalu macam yang arwah pesan kat aku sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir .. 

Entri ni akan aku ceritakan tentang aku . Aku ni seorang yang pelupa sebenarnya . Terus-terang aku katakan , penyakit lupa aku sangat-sangat larh teruk sampaikan setiap kali apa saja yang aku nak buat , aku kena tulis kat atas kertas 'memo pad' . Ok , berdasarkan entri ni jugak , korang boleh nilai aku dengan baik ekk .. Siapa rasa tak nak ada isteri pelupa , jangan cuba kacau aku k .. Huhu .. Just kidding in seriously .. :3


Ok , aku ni sangat-sangat pelupa , sampai pernah terjadi beberapa perkara dalam hidup aku . Antaranya :

1. Terlupa Untuk Tutup Api Dapur 

Pernah satu hari tu , family aku teringin nak makan sejenis kuih yang dipanggil karamel . Jadi , diorang mintak aku buatkan memandangkan aku memang suka buat kuih tu . Cara penyediaan kuih tu pun mudah saja . Cuma perlukan gula setengah cawan , susu cair satu tin , telur 7 biji , then kukus jer larh . Lepas aku nyalakan api dapur , aku tengok jam . Aku perlu tunggu dalam 30 minit untuk pastikan karamel tu betul-betul masak . Nak dijadikan cerita , lepas 15 minit aku dah lupa yang aku tengah kukus karamel tu . Then , kakak aku ajak pegi jalan-jalan naik kereta dengan dia . Aku pun ikut larh dekat 45 minit jugak larh .. Bila balik rumah , baru aku ingat yang aku tengah bukak api dapur . Aku terus pegi dapur dan tutup api dapur tu . Air dah kering ... Huhu .. :3 . Alhamdulillah , aku ingat sebelum tong gas tu pulak yang meletup .. Err ... Nauzubillah ~

2. Terlupa Tengah Seterika Baju 

Baju sekolah baru beli tu .. Excited punya pasal , aku jadi rajin nak seterika . Then , aku rasa dahaga sangat , maklumlah bila seterika baju tengah malam ni kan .. Aku terus pegi dapur dan minum air . Lepas tu , aku pegi guna komputer , ikut jadual , bukak air-cond untuk sejukkan bilik , main dengan kucing .. Bayangkan , lepas berapa belas minit baru aku ingat yang aku tengah seterika baju . Menggelabah larh .. Aku terus pegi tengok baju aku .. Nak tau ? Aku bukan saja lupa yang aku tengah seterika baju . Tapi aku jugak lupa yang aku pegi letak seterika tu atas baju aku . Makanya , aku pun menangis tak berlagu larh mengenangkan baju aku yang berlubang bentuk seterika tu .. Thanks Mr.Iron coz make a beautiful shape on my clothes !

3. Terlupa Bawa Barang Ke Sekolah

Selalu sangat jadi macam ni . Hari ni , kawan-kawan mintak aku bawak apa-apa . Aku pun jawab , ok . Then , esok hari bila diorang mintak barang tu , aku akan lupa bawak barang tu . Huhu ... Sampai aku malu dengan diri sendiri . Mesti kawan-kawan dah malas betul nak layan sikap aku yang selalu lupa ni .. Kadang-kadang , homework pun aku terlupa nak buat , bukan sengaja . Aku akan cuba ingat ada homework atau tak . Then , bila aku sure yang tak ada homework , aku akan terus tidur . Esok harinya , bila kawan-kawan ingatkan aku , baru larh aku ingat dan hidup dalam ketakutan ... Rasa macam nak menangis air mata darah .. Huhu .. Sampaikan start awal tahun ni , aku terpaksa tulis segala kerja sekolah tu dalam buku , atas tangan , dan dalam Facebook coz aku perlu ada seseorang untuk ingatkan aku .. Dan Alhamdulillah , setakat ni semua kerja sekolah berjaya aku siapkan dengan baik :) .


4. Terlupa Tempat Letak Barang 

Satu-satunya barang yang aku selalu sangat terlupa letak kat mana adalah cermin mata aku . Aku jarang gunakan cermin mata kat rumah . Aku lebih banyak pakai cermin mata masa keluar rumah . Then , setiap kali aku tanggalkan cermin mata , aku terpaksa cari dengan penuh susah payah lepas tu coz aku terlupa kat mana aku letak . Kadang-kadang , benda yang ada dalam tangan pun aku boleh tercari-cari . Huhu .. So , sebab tu larh sekarang aku hanya pakai cermin mata waktu belajar . Bila aku tanggalkan cermin mata , aku akan pegang bawak merata .. Huhu .. Terpaksa ~ :'(

Ada lagi tak .. Urm .. Itu saja kot .. Ntah larh .. Huhu .. Apapun , sekarang aku dalam latihan untuk cuba pulihkan penyakit ingatan aku yang semakin serius ni . Semua ni bermula bila aku sakit kepala dengan teruk waktu Form 3 . Apapun , tolong doakan aku pulih semula .. Coz semua ni bukan aku yang mintak ..

Sunday, January 6, 2013

Mengejar Erti Kebahagiaan :) .

Assalamualaikum :)

Ramai yang pelik , kenapa entri aku selalu sedih ? Hehe .. Aku pun tak tau . Mungkin ikut mood kot :) . So , entri kali ni tak ada larh pasal sedih rasanya . Mengejar kebahagiaan , aku maksudkan sebagai seseorang yang kesedihan tapi cuba untuk mencari kebahagiaan dalam longgokan kesedihan tu . Eh2 , ada jugak larh pasal kesedihan ni . Ngee ~ :3


" Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi , tidak pernah berada di atas kepala kita sendiri tetapi selalu berada di atas kepala orang lain .  ( Thomas Hardy ) "

Kenapa perlu rasa sedih ? Sedangkan bahagia itu telah tercipta buat kita :) . Satu senyuman palsu boleh menyembunyikan 1001 kesedihan kan ? Jadi , sentiasa larh senyum walaupun pahit seperti hempedu . Walaupun kita tak pernah mintak kesedihan tu datang dalam hidup kita , hakikatnya kesedihan memang dah ditakdirkan dalam hidup setiap insan .

Tapi , memang dah jadi lumrah manusia ni akan bersedih dengan perkara-perkara yang remeh . Aku misalnya , ada larh seorang manusia yang sangat suka bersedih . Tau kenapa ? Sebab aku tak pernah jumpak kebahagiaan yang 'pure' dalam hidup aku . Kadang-kadang , otak aku akan fikir yang kebahagiaan tu mungkin akan datang dari seseorang . Jadi , setiap kali ada sesiapa yang berkawan dengan aku , aku akan cuba cari di mana letaknya kebahagiaan tu . Tapi , aku takkan pernah jumpak kebahagiaan yang 'pure' tu .. Dan dengan perasaan penuh duka , kecewa .. aku akan perlahan-lahan tinggalkan orang yang aku anggap boleh bawak kebahagiaan dalam hidup aku tu .

Setelah lama aku cari kebahagiaan yang tersembunyi di sebalik kesedihan tu , aku berjaya temui formula kebahagiaan aku sendiri . Iaitu dengan cara aku menyendiri dan mula carik keseronokan dalam sesuatu perkara yang kecil dan mudah . Ya larh .. setiap kali aku cuba carik kebahagiaan dalam diri orang lain , aku akan di kecewakan . Jadi , better from now aku mula berubah . Berdikari dan tak bergantung kepada orang lain lagi .


Susah untuk mencari kebahagiaan tu sebenarnya , tapi bila dah jumpak , kita kenalah hargai . Kebahagiaan yang aku nampak sekarang ni pun , ada larh dengan cara menjauhkan diri dari semua orang supaya aku takkan susahkan diorang lagi . Isn't I'm wrong ?

Ramai kawan-kawan dah tak berapa suka dengan perubahan aku yang diorang kata matang tapi terlalu serius . Aku tak tau nak buat macam mana sebab aku tak suka ditertawakan bila diorang anggap aku ni macam budak-budak . Tapi aku jugak tak suka kehilangan kawan-kawan aku disebabkan perubahan aku . Jadi , aku akan cuba jadi macam dulu balik walaupun pahit :( .

Tapi .. kebahagiaan tu tetap akan aku carik .. :')

Thursday, January 3, 2013

Bila Aku Melihat Ke Langit.

Assalamualaikum :)


Setiap kali aku rasa sedih , aku selalu tercari-cari cara macam mana nak buang rasa sedih tu. Saat tu jugak , Allah S.W.T utuskan seorang insan yang bernama 'kamu' untuk menceriakan hati aku . Setiap kali aku bersedih hati , 'kamu' akan datang dan mengingatkan aku kepada Dia . 'Kamu' akan menggembirakan aku sehingga aku kembali bahagia . Aku terlalu bahagia hingga aku sering berdoa , "Ya Allah , tolong jangan ambil dia sebelum aku .. "

Suatu hari , 'kamu' katakan kepada aku :

" Jika suatu saat nanti aku pergi tinggalkan kamu , bolehkah kamu terus kelihatan bahagia ? "

Tahu tak ? Ketika 'kamu' katakan begitu , aku dapat merasakan ada sesuatu perasaan timbul di dalam hatiku . Aku tercari-cari perasaan apakah itu , namun aku tak pernah tahu dan aku biarkan saja perasaan tersebut berlegar-legar di dalam fikiran aku .

Dan bila suatu hari 'kamu' menghilangkan diri dari hidup aku , aku mula merasakan perasaan itu datang kembali . Bila aku ceritakan kepada kawan-kawan , mereka menjelaskan bahawa itulah yang dipanggil sebagai perasaan 'terasa kehilangan' dan 'rindu' . Secara tiba-tiba , aku dapat merasakan setitis air yang jernih mengalir di pipiku . Entahlah datangnya dari mana . Mungkin dari mataku yang sedari tadi bergenang dengan air mata ..

Aku kembali bersedih hati . Aku lupa segala nasihat 'kamu' . Aku begitu berharap supaya 'kamu' akan kembali . Hinggalah suatu hari .. kamu datang kepadaku dengan wajah penuh senyuman . Aku berasa sangat gembira , walaupun ada sedikit duka di dalam hati . 'Kamu' telah tinggalkan aku dan kembali dalam keadaan tersenyum ? Tidakkah 'kamu' merasakan kesedihan yang sama sedang aku alami ?


Kerana 'kamu' telah membahagiakan aku , sedikit pun aku tidak memperdulikan tentang kekecewaanku kepada 'kamu' . Selepas 'kamu' kembali , 'kamu' telah berubah begitu banyak . Namun , sekali pun aku tidak ambil peduli . Begitu banyak 'kamu' menyakiti hatiku , setiap kali itu juga aku cepat maafkan 'kamu' . Apa yang penting adalah 'kamu' ...

Satu ketika , 'kamu' katakan yang bahawa 'kamu' takkan sesekali membiarkan seseorang yang 'kamu' sayangi bersedih kerana 'kamu' akan turut berdukacita . Aku tak pernah sekali pun faham apa maksud 'kamu' , namun aku hanya tersenyum di sebalik satu perasaan sedih .

Aku berasa sangat hairan tatkala 'kamu' kelihatan bersedih setiap kali aku menceritakan kisah tentang aku dan 'dia' . Hinggalah suatu hari , kawan-kawan memberitahu bahawa seseorang yang 'kamu' sayangkan itu adalah 'aku' . Saat itu , aku telah terlambat . 'Kamu' telah jauh pergi meninggalkan aku . 

Pernah 'kamu' katakan yang aku adalah seseorang yang 'kamu' maksudkan . Tapi kenapa 'kamu' tak pernah serius dengan kata-kata 'kamu' ? Kini aku telah kehilangan 'kamu' , mungkin untuk selamanya . Bodohnya perkataan itu , yang kawan-kawan maksudkan kepadaku ianya adalah cinta . Aku terasa perkataan 'cinta' itu terlampau bodoh . Ia telah merosakkan hubungan aku dan 'kamu' . Ketika 'kamu' bahagia bersama 'dia' , aku pergi dengan sejuta rasa . Tiada lagi penghibur hatiku selepas ini . 'Kamu' pergi mungkin untuk selama-lamanya ..


Kini , saat aku cuba untuk melupakan 'kamu' yang dulunya pernah hadir di dalam hidup aku .. Aku sering melihat ke langit ..

" Allah .. dia tinggalkan aku ketika aku benar-benar perlukan dia .. "

Dan aku akan tersenyum dalam kesedihan saat aku teringat tentang 'kamu' . Terima kasih 'kamu' , kerana pernah menceriakan hari-hari aku .. Tinggalkan aku , ya .. itulah keputusan terbaik yang 'kamu' seharusnya lakukan selepas 'kamu' dipengaruhi oleh 'cinta' yang bodoh itu .. Aku tidak marah dengan 'kamu' , tidak sama sekali ! Tapi , aku marah dengan perkataan 'cinta' itu , kerana dialah yang telah membuatkan 'kamu' pergi jauh dari aku ..

Langit terlalu indah pada malam ini . Aku mengagak , mungkin 'kamu' juga sedang melihat langit yang indah ini . Atau mungkin ... 'kamu' sedang sibuk dengan 'dia' yang tidak pernah mengecewakan 'kamu' .. Bintang begitu banyak bertaburan di atas hamparan langit .. Dan bulan bercahaya terang menyinari wajahku yang kelihatan kelat menahan keperitan di dalam hatiku seorang diri ..

" Bulan ... berhenti sinari aku kerana aku tak mahu melihat wajahku yang dalam kesedihan .. Bintang ... temani aku kerana kegemerlapan dirimu mungkin boleh membuatkan aku kembali tersenyum .. Allah .. tolong jagakan dia .. Kerana dialah yang Engkau telah kurniakan kepadaku untuk menggembirakan hatiku , dan sekarang aku redha bila Engkau menariknya kembali , jika Engkau sekadar ingin menguji aku , aku sambut ujian itu dengan penuh kesyukuran .. Kerana aku tahu bahawa Engkau sayangkan semua hamba-Mu yang Kau berikan ujian , semuanya berhikmah .. Salam penuh kerinduan aku utuskan untuk kamu yang jauh di sana .. Mungkin aku juga akan menyusul kamu suatu saat nanti .. "

Aku menarik nafas lega tatkala tanganku berhenti menulis . Aku kesat air mata di pipi dan perlahan-lahan , aku rebah di atas hamparan bumi-Nya .. letih memikirkan segalanya yang telah berlaku ... dan mataku terlelap bertiup bayu malam yang dingin ..

p/s : Entri ni sekadar untuk menguji tahap penulisan aku , harap jangan salah faham . Dan ucapan takziah aku ucapkan buat keluarga sahabat aku yang telah meninggal dunia pada bulan lepas . Sad , but life must go on ...