Wednesday, August 11, 2010

أرحب بك مرة أخرى يا صديقي ، رمضان...!!!

Ramadhan datang lagi...Setahun cuma sekali seperti yang kita tahu...Sebab utama yang paling aku suka bulan Ramadhan ialah MALAM LAILATUL QADAR...

Berdasarkan pengalaman aku sewaktu menuntut di madrasah dulu..malam lailatul qadar merupakan malam yang terbaik di antara seribu malam...Merupakan malam yang penuh berkat..Tak semua orang dapat menikmati malam lailatul qadar nih..
Nak mencari malam nih di antara 10 malam terakhir bukannya mudah..Hanya orang-orang tertentu saja yang boleh mendapatkannya..
Ketika bulan puasa ini jugak...Pelbagai amalan boleh dilakukan untuk menambahkan amalan kita yang kurang...Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina..marilah sama-sama kita menghayati dan menginsafi puasa pada tahun ini dengan penuh tawaduk...Beramallah seperti kita akan mati pada esok hari..

Saturday, July 17, 2010

Cerpen : Maafkanku wahai guru..

Farisha merenung kalung yang berada di dalam genggamannya.Dibelek-beleknya kalung itu dengan penuh teliti.Lantas,satu peristiwa hitam yang pernah terjadi menusuk ke kalbu ingatannya.Peristiwa hitam yang tidak pernah diundang dan tidak pernah disangka akan berlaku di dalam hidupnya...

"Farisha! Kalau awak rasa awak tak nak belajar,jangan datang ke sekolah lain kali! Apa gunanya awak datang ke sekolah kalau awak asyik tidur 24 jam?!"Jeritan Cikgu Farizatul menyebabkan Farisha tersentak dan terjaga dari mimpi indahnya.Farisha yang berasa sangat malu lantas membalas kembali kata-kata gurunya itu."Ikut suka hati sayalah nak buat apapun!Saya tidur dalam kelas pun,saya masih pandai.Buktinya,saya masih boleh belajar di dalam kelas pelajar paling pandai !".Cikgu Farizatul yang berasa terkejut dan geram mendengar apa yang diucapkan Farisha lantas mendendanya berdiri di luar kelas sambil membongkokkan badannya.Denda yang diberi kepada Farisha menyebabkan pelajar kelas tingkatan 2 Mawar ketawa.Farisha berasa sangat malu dan geram.Lantas,dia menyimpan perasaan dendam terhadap Cikgu Farizatul...

Lamunan Farisha terhenti seketika apabila ibunya,Mak Som,memanggilnya dan menyuruh dia membantu abangnya mengecat pintu pagar.Farisha bingkas bangun dari tempat duduknya dan memegang tin cat yang sememangnya berada di sebelahnya dari awal lagi.Direnungnya pula tin cat yang berwarna putih itu.Hatinya mula berasa sayu.

(Nanti plaklah sambung.. Dah tak larat nak tulis banyak-banyak..)

Saturday, July 10, 2010

WaNiTa...


Ramai yang bersetuju bahawa wanita merupakan perhiasan dunia..Namun begitu,dengarlah wahai wanita..Tidak semua wanita adalah perhiasan dunia...
Jika kesemua wanita di dunia ini adalah wanita solehah..Alangkah indahnya dunia ini..Namun begitu,keadaan seperti yang diimpikan tidak akan pernah terjadi..Kerana insan yang bernama wanita sekarang adalah insan yang mudah terpedaya dengan tipuan dunia..Insan yang bernama wanita sekarang adalah insan yang mudah terpedaya dengan hawa nafsu..Tidak ada walau sedikitpun rasa untuk menjadi seperti Aisyah Humaira'..Ataupun Siti Khodiejah..Sudah terpadam perasaan malu di dalam diri mereka..Sedarlah wahai wanita.."Jadilah seperti buah epal..Yang sentiasa ingin berada di puncak pokok yang tinggi..Bukannya buah epal yang mudah menjatuhkan dirinya tunduk ke atas tanah..Dan dibiarkan dirinya disentuh dan dirasa sesuka hati oleh orang yang tidak dikenali.."