Saturday, October 23, 2010

UkiRaN PeNseL....

Dah lama tak update blog kerana busy sejak kebelakangan nih...Nih nak update pun just nak copy from laman web remaja masjid jer....Dah tak ada banyak masa...

Cerita kali nih pasal ukiran pensel...Bukan semua orang boleh buat macam nih...

..yang nih my favorite picture...











Bukan calang2 orang boleh buat camni tau...!!!



p/s : teringin nak carik org yg buat nih nak mintak tunjuk ajar...


Tuesday, September 7, 2010

Termenung Memikirkan Masa Lampau..??

Tajuk entri macam pelik..Memikirkan masa lampau..??Bukan memikirkan masa depan ker...?
Pelik dari yang lain...Takper......Jangan jadik alien dahlah...Okeyh..Straight to the point...

Kekadang tuh..bila duduk sorang2..Teringat kawan2 dulu...
First sekali,kawan2 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad..


#SKWAS~2003-2004#


Rindu sangat kawan2 kat sini....Tapi bila jumpa ngan diorang...wah...!!Buat "shy-shy cat"gitu...hehehe..
Seterusnya,pameran 'sekolah-sekolah lama' diteruskan dengan Maahad Tahfidz Lorong Alif,Jitra..



#MTALA~2004-2005#




huhuhu...malas nak sebut..(tapi kena jujur)...nakalnya daku ketika itu...!!Walaupun di maahad tahfidz...by the way..tak bertahan lama pun..tengah bulan 6...daku berpindah lagik...Ke Madrasah Darul Ulum Al-Hilmiah...(M.D.U.A.H)...Harap maaf kerana gambarnya sudah tiada berikutan cuaca yang sering berubah-ubah..hahaha..
Di madrasah nih..Boleh bertahan dari 2005-2006...Kerana kesulitan yang dialami...Daku mengisytiharkan perpindahan lagik...huhuhu....



#SRAZ~2007-2008#


Makin meningkat umurku...Semakin banyak kenangan manis and pahit di sekolah..Macam2 peristiwa yang terjadi di sini...>tragedi mistik..hahaha..Tapi dah teringat mak ayah yang bersusah payah...Memaksa mengusahakan jugak diri ini untuk menghabiskan pelajaran di sini...dan setelah penghujung tahun..Diri ini telah tamat belajar untuk sesi tahun 6 di situ...Lantas,membeli borang maktab mahmud dan mengisinya..

Maktab Mahmud Padang Terap...??Itulah keputusan yang diterima..



.......................




Tapi,coz masalah teknikal yang dialami...Aku menyimpangkan diri ini dari dunia Maktab Mahmud...dan mengisi borang di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah...Terlambat dari orang lain...2 minggu...Anyway,masih dapat belajar..Dah kira bersyukur sangatlah..Dan kini,inilah sekolahku...(namun masih ada hati nak pindah lagik lepas nih...)



(*_*") now i'm here..




Semakin banyak sekolah yang didiami..semakin banyak kenalan...faham2lah...



p/s : kenalan tak beerti pakwe or makwe...haram bercouple..I don't like...!!Yang dipinta sekarang hanyalah..Semoga ukhwah diriku dan sahabat2 yang ku kenali..ataupun dikenali berkekalan selamanya...



Good Luck buat sahabat2 ku...
'o'(^_^)'o'














Monday, September 6, 2010

Ramadhan Melambaikan Tangan..Syawal Datang Menerpa..

Sedih bila bulan Ramadhan yang mulia sudah hendak berangkat pergi meninggalkan kita...Walaupun bulan Syawal merupakan hadiah buat umat Islam yang berpuasa,namun keindahan Ramadhan lebih dirasai...

Wah...!!Pendek benar mukaddimah yang aku berikan....(^_^)

Entri kali nih hanya ingin menceritakan tentang bulan Syawal...Seperti yang kita sering lihat,setiap kali Syawal bakal menjelang..Pasti umat Islam akan berkerumun di pasaraya-pasaraya yang menjual baju,kain...dan seumpamanya...


~dah siap beli baju,possing pulak..~




Tuh saja untuk setengah orang yang kaya ataupun tak pernah sibuk untuk menghabiskan masa di pasaraya...(maybe)..Bagi sesetengah orang yang lain pulak ...Bila bulan Syawal bakal menjelang..Banyak perkara yang perlu difikirkan...

~ketupat tak siap lagik..~

~baju raya tak beli lagik..~



Bulan Ramadhan,bila suruh solat tarawih lari....Yang solat pun kadang2 tuh coz 'moreh' jer lebih...Kadang2,yang solat tarawih pun masih ada yang tak khusyuk..Handset di poket berbunyi terus angkat walaupun tengah solat..




Tapi bila orang datang umah mintak derma...Terus kunci pintu dan sembunyi bawah katil sambil peluk dompet...

Tu semua perangai manusia zaman sekarang...


p/s : Saja nak menceritakan tentang bulan Syawal bila dah nak masuk bulan Syawal nih...Kepada semua umat Islam di seluruh dunia..Salam Aidilfitri dari aku...nak tanya apa2..boleh tanya di formspring aku...


(^0^)

Wednesday, August 11, 2010

أرحب بك مرة أخرى يا صديقي ، رمضان...!!!

Ramadhan datang lagi...Setahun cuma sekali seperti yang kita tahu...Sebab utama yang paling aku suka bulan Ramadhan ialah MALAM LAILATUL QADAR...

Berdasarkan pengalaman aku sewaktu menuntut di madrasah dulu..malam lailatul qadar merupakan malam yang terbaik di antara seribu malam...Merupakan malam yang penuh berkat..Tak semua orang dapat menikmati malam lailatul qadar nih..
Nak mencari malam nih di antara 10 malam terakhir bukannya mudah..Hanya orang-orang tertentu saja yang boleh mendapatkannya..
Ketika bulan puasa ini jugak...Pelbagai amalan boleh dilakukan untuk menambahkan amalan kita yang kurang...Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina..marilah sama-sama kita menghayati dan menginsafi puasa pada tahun ini dengan penuh tawaduk...Beramallah seperti kita akan mati pada esok hari..

Saturday, July 17, 2010

Cerpen : Maafkanku wahai guru..

Farisha merenung kalung yang berada di dalam genggamannya.Dibelek-beleknya kalung itu dengan penuh teliti.Lantas,satu peristiwa hitam yang pernah terjadi menusuk ke kalbu ingatannya.Peristiwa hitam yang tidak pernah diundang dan tidak pernah disangka akan berlaku di dalam hidupnya...

"Farisha! Kalau awak rasa awak tak nak belajar,jangan datang ke sekolah lain kali! Apa gunanya awak datang ke sekolah kalau awak asyik tidur 24 jam?!"Jeritan Cikgu Farizatul menyebabkan Farisha tersentak dan terjaga dari mimpi indahnya.Farisha yang berasa sangat malu lantas membalas kembali kata-kata gurunya itu."Ikut suka hati sayalah nak buat apapun!Saya tidur dalam kelas pun,saya masih pandai.Buktinya,saya masih boleh belajar di dalam kelas pelajar paling pandai !".Cikgu Farizatul yang berasa terkejut dan geram mendengar apa yang diucapkan Farisha lantas mendendanya berdiri di luar kelas sambil membongkokkan badannya.Denda yang diberi kepada Farisha menyebabkan pelajar kelas tingkatan 2 Mawar ketawa.Farisha berasa sangat malu dan geram.Lantas,dia menyimpan perasaan dendam terhadap Cikgu Farizatul...

Lamunan Farisha terhenti seketika apabila ibunya,Mak Som,memanggilnya dan menyuruh dia membantu abangnya mengecat pintu pagar.Farisha bingkas bangun dari tempat duduknya dan memegang tin cat yang sememangnya berada di sebelahnya dari awal lagi.Direnungnya pula tin cat yang berwarna putih itu.Hatinya mula berasa sayu.

(Nanti plaklah sambung.. Dah tak larat nak tulis banyak-banyak..)

Saturday, July 10, 2010

WaNiTa...


Ramai yang bersetuju bahawa wanita merupakan perhiasan dunia..Namun begitu,dengarlah wahai wanita..Tidak semua wanita adalah perhiasan dunia...
Jika kesemua wanita di dunia ini adalah wanita solehah..Alangkah indahnya dunia ini..Namun begitu,keadaan seperti yang diimpikan tidak akan pernah terjadi..Kerana insan yang bernama wanita sekarang adalah insan yang mudah terpedaya dengan tipuan dunia..Insan yang bernama wanita sekarang adalah insan yang mudah terpedaya dengan hawa nafsu..Tidak ada walau sedikitpun rasa untuk menjadi seperti Aisyah Humaira'..Ataupun Siti Khodiejah..Sudah terpadam perasaan malu di dalam diri mereka..Sedarlah wahai wanita.."Jadilah seperti buah epal..Yang sentiasa ingin berada di puncak pokok yang tinggi..Bukannya buah epal yang mudah menjatuhkan dirinya tunduk ke atas tanah..Dan dibiarkan dirinya disentuh dan dirasa sesuka hati oleh orang yang tidak dikenali.."