Friday, October 19, 2012

Nafasnya Tamat Di Atas Telapak Tanganku ...

Assalamualaikum :)

Aku tengah exam SMRA sekarang . Btw,stress punya pasal aku sign in to blogger sekejap untuk share dengan sahabat semua satu cerita yang jadi baru-baru ni . Mungkin,cerita ni tak penting untuk semua yang membaca blog ni . Tapi,cerita ni penting untuk aku dan aku pun tak tau kenapa . Huhu . Cerita dan baca sajalah,ok ? :)


- Kenal Burung Ni Tak ? -

Aku tak kenal burung ni . Btw,aku memang tak pernah kenal jenis-jenis burung pun sebenarnya . Huhu . ==" . Umi kata,ni burung Tiong . Entahlah . Maybe kot ... Bukan setakat jenis burung saja . Jenis kereta,motor,phone, dan seumpamanya pun aku tak pernah kenal . So,aku cuma boleh tunjukkan gambar burung ni kepada sahabat semua . Mungkin sahabat semua kenal burung ni . :'D

Hari tu,masa aku tengah cuti sebab bakal menghadapi SMRA . Aku menghafal subjek Tafsir kat ruang tamu . Otak aku memang confuse masa tu . Banyak sangat tajuk yang perlu dihafal . Mujur larh waktu tu aku dah hafal beberapa tajuk . Then,confuse punya pasal,aku pun mulakan sesi termenung . >_<

Tiba-tiba,secara tidak semena-mena aku terdengar bunyi burung yang bingit kat luar rumah . Umpama bunyi 10 ekor burung yang tengah bergabung  :O . Aku pun buat tak tau mula-mula tu . Tapi,tetiba aku terpandang melalui tingkap,seekor burung yang sama macam dalam gambar kat atas ni,tengah terbang dengan bunyi yang bingit . Terbang berpusing-pusing . 

Aku pun terus bangun dan menghendap melalui tingkap tu . Aku pandang atas . Ada seekor burung tu tengah bertenggek atas besi atap rumah aku sambil mengepakkan sayap dan buat bunyi bising . Aku terus pandang bawah . Then,aku terkejut . Aku nampak kucing jiran aku tengah tindih leher seekor burung yang sama macam burung-burung tadi . Taring kucing tu pulak dibenamkan ke atas kepala burung tu . Secara automatik,aku terus ambil tudung dan keluar pegi kat kucing tu . Kakak dan adik aku pun ada sekali dengan aku . Tapi,aku teragak-agak nak ambik burung tu dari kucing tu .

" Burung ni tak patuk orang kan ? "

" Tak ! Ambik sajalah burung tu ! "

" Owh,ok ... :( "

Aku pun terus ambik burung tu . Memang susah jugaklah sebab kucing tu tindih kuat burung tu . Lepas tu,aku terus bawak burung tu pegi kat umi . 

" Umi,tengok ni . Macam mana nak buat ni ?!! "

" Ehh ... Alang ambik kat mana ? "

" Kucing jiran tangkap . Macam mana ni ? "

" Umi rasa,dia dah tak boleh diselamatkan ... "

Aku sedih . Burung tu masih di atas tangan aku . Aku pegi ke dapur . Then,aku titiskan beberapa titisan air paip ke dalam mulut burung tu . Tapi,aku rasa umi betul . Dia memang dah tak boleh diselamatkan .. :'( . Perlahan-lahan,dia pejamkan mata dia . Tapi,dia masih hidup . Cuma ... Mulut kecik dia tercungap-cungap bernafas atas tangan aku . Aku cuma boleh perhatikan dia dan belai badan dia yang kecik tu . Tak lama lepas tu,dia tarik satu nafas yang panjang sampai boleh nampak dada dia naik ke atas . Then,burung tu menghabiskan riwayat hidupnya di atas tapak tangan aku ... 

Aku dah cuba selamatkan dia . Tapi,apakan daya :'( . Aku tak tau kenapa aku sedih . Tapi,aku dah tak sanggup lagi menghadapi haiwan-haiwan lemah yang mati depan mata aku lepas burung ni ... Btw,itu saja larh cerita aku . Sekadar melepaskan tekanan menghafal subjek Hadis :'D . Ok,aku nak sambung menghafal balik . Apa-apa cerita menarik nanti aku akan update lagi lepas exam SMRA tamat Rabu ni . Chow dulu ! ^_^

p/s : Sayangilah haiwan kerana mereka sayangkan kita ! :'D

Sunday, October 14, 2012

Ajaibnya Tentang Air Zam-Zam ! ^_^

Assalamualaikum :)

Siang tadi, ada sorang auntie yang merupakan kawan abah, datang ke rumah aku . Dia datang dengan bawak sebotol besar air kosong . Hairan dan pelik . Lebih kurang saja kan ? Hehe ... So,dia kata orang bukan Islam dah cuba banyak kali untuk buat air menggunakan teknologi tinggi untuk menandingi air zam-zam yang terdapat dalam Mekah Mukarramah .

Tapi ...?

Diorang tak mampu menandingi kehebatan air zam-zam yang keluar tanpa henti di kota suci Mekah tersebut :) . Dan akhirnya, diorang serahkan air tu kepada abah aku . Why ? Entah . Aku pun tak tahu . Maybe diorang nak suruh abah guna untuk siram pokok bunga kat luar rumah kot . Hoho ... ^_^



Sejarah Air Zam-Zam : 


Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar iaitu isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail . Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu,Siti Hajar berlari anak 7 kali antara Bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu . Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu . Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya dan menangis . Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zam-zam yang bermaksud 'kepung air' . Ketika itu Mekah belum ada penduduknya lagi .


Datuk Nabi Muhammad S.A.W bernama Abdul Muttalib telah mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di Kota Mekah pada zaman pra Islam . Perkataan 'zamzam dipercayai berasal daripada ungkapan 'zomk-zomk' yang bermaksud 'berhenti mengalir' - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar .


# Islam is A Beautiful Religion ! I'm Proud For Being A Muslimah ! #


Dah terbukti Islam itu agama yang benar . What you waiting for ? Let's choose the truth ! Allahu Akbar !


^_^


Friday, October 12, 2012

Perkara Pelik Aku Suka Buat Masa Kecik :D

Assalamualaikum :)


- standard larh bila cerita pasal zaman budak,letak lollipop pic - 

Setiap orang ada benda pelik yang korang suka buat waktu zaman kecomelan dulu kan ? Ada yang suka makan besi,gigit sofa,kencing dalam seluar .. Haha . Terkena batang hidung sendiri ker ? Gulp .. Ngee .. :P 

Aku sangat banyak pengalaman bab buat benda-benda pelik waktu kecik ni . Sini aku listkan di bawah ni . Saja nak release tension menghafal tak berhenti :D

Perkara Pelik Aku suka Buat Masa Kecik :

1. Makan Bedak Specially Bedak Yang Terlebih Letak Atas Muka .

Dulu,umi dan abah yang selalu letakkan bedak atas muka aku ni . Abah dan umi kata,kalau tak letak bedak,nanti tak comel :P . Selalu sangat jer bedak terlebih ( biasa larh budak-budak ) dah macam 'hantu tepung gomak' tau ? Then,aku akan ambik bedak yang terlebih tu dengan jari dan makan . Kadang-kadang,kalau tak puas lagi,aku ambik bedak umi dan tuangkan atas tangan,makan . Sedap :D . Lepas tu,kalau umi tengok bedak habis cepat tu,buat muka tak bersalah dah larh :P

2. Panjat Pokok Buah Kuinin Dan Terjun Balik .

Ini mungkin bukan perkara pelik bagi sesetengah orang . Tapi,pelik bagi aku yang merupakan seorang budak perempuan . Twink :3 . Tambahan pulak,kalau aku dah panjat sampai atas,aku akan terjun ke bawah macam terjun dalam sungai dan panjat semula . Seronok ! :D . Pernah sekali aku terjatuh tersembam,aku buat tak tau jer . Kuat larh konon :'D . Aku memang suka main dengan pokok,sampaikan pantang aku jumpa pokok,mesti aku akan panjat . Paling kurang pun,ambik akar pokok dan buat buaian cantik macam dalam cerita puteri . Haha :3

3. Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap .

Ini mungkin ada jugak manusia lain yang buat macam ni . Huhu . Dah ada kuah,pegi tambah air sirap pulak setengah cawan . Best ! :D . Lepas tu,aku akan kena marah sebab memandai buat resepi sendiri yang tak berfaedah .

4. Tengok Cermin Dan Kata " Awak Comel ! " :3 .

Haha . Malu aku . Dulu,aku selalu merajuk dan muncung mulut 14 cm  kalau umi dan abah sikatkan rambut aku bukan mengikut kehendak aku . Then,kalau rambut dah rapi disikat,bedak dah letak,aku akan tengok cermin . " Awak comel ! " . Konon-kononnya macam orang dalam cermin tu kawan ghaib jer . Perasan sorang jer . :3 

5 . Asingkan Ikan Bilis Dari Nasi .

Ok . Ini memang tak pelik . Tapi,yang peliknya adalah sebab kenapa aku suka asingkan ikan bilis dari nasik . Dulu,waktu tadika,aku selalu terfikir yang setiap benda yang ada atas muka bumi ni,mesti tercipta dari satu benda yang lain . Masa tengah makan dengan kawan-kawan,aku tanya . Agaknya ikan bilis diperbuat dari apa ? Diorang kata,mungkin diperbuat dari cicak . Sebab tu,aku suka asingkan ikan bilis dari nasik . Dan sampai sekarang pun,aku tak suka makan ikan bilis . Huhu =="

6. Makan Habuk Yang Terhasil Dari Pemadam .

Perangai ni start waktu aku umur 7 tahun . Kawan-kawan aku kata,kalau nak tengok hantu,kena makan habuk pemadam yang keluar lepas kita padamkan apa-apa yang ada atas kertas tu . Taksub punya pasal,aku pun ikut . Huhu . Khurafat betul . Lastly,aku pun dah terbiasa dengan benda tu dan selalu sangat aku telan habuk-habuk tu walaupun terasa siksa macam telan getah .

That's all ^_^

Sebenarnya,banyak lagi perkara pelik yang lain aku suka buat . Tapi aku malas nak bagitau . Eh2,malu sebenarnya :3 . Tapi,kebanyakan perkara yang aku suka buat kecik dulu,sekarang mesti aku dah tak pandai buat . Bila difikirkan balik,macam mana aku boleh buat semua tu dulu ekk ..? Panjat pokok dan tembok . Sekarang,berdiri atas kerusi pun dah gayat . Huhu .. Dulu,aku sangat suka main api,tapi sekarang ? Ngee ... Ntah lerr ... 

Tapi,apa yang aku suka buat kecik dulu terbatas . Sebab umur 8 tahun,aku dah masuk tahfiz . Aku tak lalui zaman kanak-kanak dengan baik pun :) . Penderaan aku kat situ membuatkan aku dah tak nampak macam budak-budak yang berumur 8 tahun . Mungkin sebab aku kena belajar jadi tegas dan garang masa tu . Kalau tak,macam mana aku nak teruskan hidup,kan ? :)

p/s : Orang kata aku pelik . Yer ker ? Pelik sikit tak apa,jangan jadi alien sudahlah ^_^

Tuesday, October 9, 2012

Tumpang Gembira ... Atau Tumpang Bersedih ?

Assalamualaikum :)


Beberapa bulan yang lepas,aku dapat tau bahawa ada seorang teman hamil . Hamil luar nikah . Masya-Allah .. Terkedu aku . Niat aku menceritakan pasal ni bukan untuk mengaibkan sesiapa . Tapi aku nak remaja-remaja lain ambil iktibar dan jangan jadi seperti peribahasa " terlajak perahu boleh diundur,terlajak berzina dah tak ada guna " .. 

Aku sedih . Sebagai teman,kenapa aku tak mampu mentarbiyah teman-teman aku yang lain ? Dia terpaksa berhenti sekolah kerana masalah tersebut . Dan sekarang,dia telah bahagia di samping suaminya yang merupakan lelaki yang bertanggungjawab ke atas kehamilannya . 

Tadi,di sekolah ...

" Weyh ... Ingat dia tak ? "

" Dia ? Siapa ? "

" Alarh ... dia ... yang mengandung tu ... "

" Owh ... dia ... kenapa ? "

" Dia dah selamat lahirkan anak hari tu ! "

" Eh ... Yer ekk ..? "

" Yer larh ... anak dia comel sangat tau ! "

" Owh .. Lelaki ker perempuan ? "

" Perempuan . Nama ******* Binti Abdullah ... "

" Owh ... Alhamdulillah,dia selamat bersalin kan ... "

" Huhu ... Bersalin normal pulak tu .. "

" Erm ... "

Rasa macam biasa saja situasi di atas kan ? Huhu ... Bagi aku,tak biasa sebenarnya walaupun dia dah bernikah . Sebab .. sebab anak dia,anak luar nikah . Kesian dia . Kesian anak dia ... Tak perlulah aku sebutkan namanya di sini . Yang pasti,sahabat aku tak ramai yang baca blog aku ni . Tujuan aku tulis pasal ni pun bukan sebab aku nak aibkan sesiapa . Tapi ... cuba fikirkan . Kenapa sekarang mudah sangat kita dengar pasal kelahiran anak luar nikah ? Bertambah sedih bila kebanyakannya terdiri daripada remaja bawah umur 18 tahun ... :'(

Bila aku dapat tau yang dia dah bersalin,aku jadi keliru . Nak tumpang gembira atas kelahiran anak dia ? Ataupun tumpang sedih atas kelahiran anak yang tercipta kerana cinta berdasarkan nafsu tu ? Entahlah . Then,itu larh sebabnya kenapa aku diam membisu saja bila kawan-kawan yang lain ceritakan tentang dia dengan penuh excited . Bukan tak gembira bila kawan selamat melahirkan anak . Cuma sedih bila tengok ramai orang seronok dengan perbuatan melahirkan anak luar nikah tu .

Bukan niat aku nak hina sahabat aku di sini . Tak . Bukan itu yang aku cuba nak sampaikan . Sebenarnya,aku dapat rasakan seolah-olah kegiatan seks bebas ( aku seorang manusia yang direct . harap maklum . ) ni semakin dipandang ringan oleh masyarakat setempat . Seolah-olah perbuatan tu tak salah kalau dilakukan,walhal sebenarnya berdosa besar . 

" ولا تقربوا الزنى... "

Sesungguhnya,Allah S.W.T telah melarang kita untuk berbuat zina . Jadi,macam mana aku akan senang dengan perbuatan yang telah dilarang Allah S.W.T tu ? Nauzubillah ... Semoga aku tak termasuk di kalangan mereka yang dimurkai Allah .

Kesimpulannya ?

Pernikahan itulah jalan terbaik untuk kehidupan yang lebih sempurna . Jangan hanya kerana nafsu buta,akhirnya kita menjatuhkan maruah bukan sekadar seorang insan . Tetapi berpuluh-puluh insan iaitu mereka yang sangat sayangkan kita . Semoga cinta yang diperolehi membawa kita ke syurga Jannah . Insya-Allah,amin  :) .

p/s : Lama aku ambik masa untuk update entri ni saja sebab aku banyak kali sesak nafas . Huhu =="

Saturday, October 6, 2012

Kimia Dalam Fikiran :'D

Assalamualaikum :)


Sejak dulu lagi,aku sebenarnya mempunyai banyak sifat yang pelik . Mungkin itulah sebabnya kenapa ada yang kata aku ni istimewa ( Alhamdulillah ) dan tak kurang jugak ada yang kata aku ni gila ( senyum tak perlu kata apa-apa (: ) . Dan aku ni jugak,dari dulu suka fikir banyak perkara bila aku senyap . Diam-diam ubi berisi . Peribahasa agak sesuai buat aku :3 .

Dari perkara yang remeh,sampailah perkara yang besar . Semuanya aku akan fikirkan bila aku mendiamkan diri . Antara perkara yang remeh pernah aku fikirkan adalah bila aku tengok kaca . Ya,kaca ! Tak kiralah kaca tingkap,kaca kereta,atau lain-lain asalkan kaca .

Kaca diperbuat dari apa ? Untuk apa kaca mula dicipta ? Siapa yang cipta kaca ? Macam mana dia boleh mula dapatkan bahan untuk mencipta kaca ? Kenapa kaca senang pecah ?

Macam-macam aku akan fikir tentang satu perkara yang aku lihat . Dan sebab tu larh aku selalu dilihat termenung 24 jam,walhal sebenarnya tak :)

Perkara yang besar aku pernah fikirkan . Pasal hubungan aku dengan Allah S.W.T . Eh .. Rahsialah ! Tapi,aku akan ceritakan tentang perkara besar yang aku pernah fikirkan selain dari hubungan rahsia aku dengan Allah S.W.T :)

Adakah aku cukup sempurna di mata sahabatku ? Pernahkah aku membuat sahabatku bersedih ? Pernahkah aku menyusahkan sahabatku ? Pernahkah aku membuatkan sahabatku ketawa ataupun tersenyum ? Di manakah kedudukanku di dalam hati sahabatku ?

Mungkin,disebabkan terlalu fikirkan perkara-perkara macam ni larh yang membuatkan aku selalu bersedih . Agaknyalah . Aku pun tak tau . Apapun,sikap aku telah banyak berubah sejak kebelakangan ni . Kenapa ? Semua sebab sedih . Takpa,aku nak jadi dulu balik . Allah kan ada :')

Gangguan seksual, salah siapa ?

Assalamualaikum :)


Aku terfikir . Sebagai seorang blogger, apa salahnya kalau sekali-sekala aku cuba untuk mempertahankan nasib orang yang memerlukan ? Aku tengok,sekarang gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan wanita semakin berleluasa . Apa salah mereka ? Tak dinafikan, aku jugak pernah menjadi mangsa . Apa punca semua ni berlaku sebenarnya ?

" Gangguan seksual berlaku atas sebab kecuaian mereka sendiri . Mereka sudah tahu bahawa lelaki tidak mampu mengawal nafsu,tetapi mereka masih tidak menjaga tubuh mereka dari terus dilihat lelaki . "

" Kedua-duanya bersalah . Kenapa mereka tidak menutup tubuh badan mereka dengan sempurna ? Kenapa lelaki tidak cuba mengawal nafsu ? "

Itulah hujahnya :) . Kononnya perempuan itu salah . Kononnya lelaki itu juga salah . Salah siapa sebenarnya ? Kita takkan pernah tahu . Aku akui,memang benar salah wanita yang tidak menutup aurat . Tapi,macam mana pulak dengan wanita yang menutup aurat sepenuhnya,tapi masih diganggu ? Walaupun jarang didengari,tapi hakikatnya wujud gangguan seksual di kalangan wanita yang menutup aurat secara sempurna . Kenapa ?

******

Itu  kisah kaum wanita . Macam mana pulak dengan lelaki ? Aku pernah chat dengan seorang hamba Allah di Facebook, dan dia lelaki. Aku tak pernah kenal dia pun. Tapi,dia ajak aku nikah . Pelik tak ? Huhu . Aku pun rasa pelik . *Trouble in my head . Error* -.-

" Ana suka anti . Eh, mana gambar anti ? Kenapa tak letak gambar dalam fb ? "

" Ana tak suka letak gambar dalam fb ."

" Kenapa ? "

" Sebab .. Ana tak suka gambar ana jadi tontonan umum . Semua orang boleh tengok . Ana memang tak suka . Tambah-tambah kalau orang lelaki yang tengok . "

" Pakai tudung dan purdah kan ? Letak jerlah . Apa masalahnya ? "

" Hmm ... nak tanya sikit boleh ? "

" Yer ? "

" Jujur . Kalau seorang perempuan tu letakkan gambar dia dalam fb although gambarnya bertudung penuh, berpurdah, berpakaian lengkap . Nafsu lelaki macam mana ? "

Dia diam sekejap lepas aku tanya macam tu . Mungkin dia terkejut kenapa aku tanya macam tu . Aku pun hairan sebenarnya . How could I asked him a question such that ? Huhu . -.-

  " Jujur ana katakan . Sebagai seorang lelaki,ana mengaku yang nafsu tu tetap ada walaupun sikit pada perempuan bertudung comel yang letakkan gambarnya di fb .. "

Akhirnya dia membalas pertanyaan aku . Dan jawapan dia .. See ? Syukur, aku tak letak gambar aku dalam Facebook . Katanya lagi, kaum perempuan selalu minta tolong lelaki jangan ganggu mereka . Kononnya, lelaki semuanya kejam . Cuma fikirkan nafsu saja . Tak fikirkan hati dan perasaan perempuan . Habis, hati dan perasaan kaum lelaki macam mana ? Siapa yang nak jaga ? Perempuan tak kejamkah ? 

" Ana tak kisah kalau nak hormati kaum perempuan . Tapi, ana harap kaum perempuan pun hormati kami sebagai kaum lelaki . Tolonglah kami untuk menjaga iman kami .. Nafsu kami boleh terdetik walaupun hanya dengan melihat pada jari kaki seorang wanita .. "

Aku terdiam . Salah siapa ? Err ... Nothing to say . But, we've got the conclusion from the story right ? Then,please think about it ! Kalau kawan aku,senang jer dia jawab .

" Apa pendapat anti tentang gangguan seksual ? Agak-agak, macam mana cara nak atasi ? "

" Alarh .. Gangguan seksual ? Salah semua ! Siapa suruh hidup suka hati ? Allah bagi panduan untuk hidup bersyariat,tapi tak nak ikut ! Kalau ikut betul-betul takda jadilah gangguan seksual ni ! Senang, kalau rasa tak dapat kawal sangat perasaan nak dedah aurat tu . Tak dapat kawal sangat perasaan nak lepas nafsu tu . Nikah sajalah ! Halalan Toyyiban ! "

Err ... Semangatnya kawan aku sorang ni ... Huhu .. Nothing to say again . =="

Friday, October 5, 2012

Segalanya tentang kakak ! :D

Assalamualaikum :)


Actually, dah lama sangat aku nak update pasal satu-satunya kakak aku yang tinggal yang aku sayang sangat ni . Dari bulan 3 lagi rasanya .

Okay . Aku ada dua orang kakak sebenarnya . Wah ! Untung aku kan ? Btw,kakak sulung aku telah lama meninggal dunia . Dalam umur aku 7 tahun (23/10/2003) . Meninggal sebab lemas di laut Terengganu . Lemas bersama aku, tapi Allah lebih sayangkan dia :') . So,tinggallah lagi seorang kakak aku . Yang meninggal tadi, namanya Farah Hanan . Yang tinggal ni, namanya Farah Hani .

Kakak aku yang Farah Hani ni, dipanggil Acik . Apapun, dia selalu bahasakan diri dia sebagai Kak Ani . Nice nickname :) .

Acik selalu tolong umi buat kerja rumah . Dari umur 8 tahun pun, dia dah tau memasak . Sedap sangat dia masak ! :D . Aku ? Hihi . Jangan tanya :3 . Bukan tak reti larh . Tapi, aku ... Trouble with the fire . Oh ! :(

Acik sangat rajin . Sepanjang aku study untuk exam UPSR dulu, dia larh yang buat semuanya . Sebab umi abah aku busy . Apalah salahnya hidup sebagai seorang anak kalau tak boleh membantu kan ? Hehe . Dia sidaikan baju, dia memasak, dia kemas rumah, dia .. dia ... dia ... huhu .. Lenguh tangan kalau taip semuanya .

Walaupun acik garang macam singa, tapi dia tetap sharing is caring tau :) .

Acik seorang yang rajin bukan hanya pada kerja, tapi pada study . Kadang-kadang, acik mintak aku temankan acik pukul 3 pagi untuk study matematik . Cuba bayangkan . Dulu dia selalu dapat markah rendah dalam subjek tu . Tapi sebab dia rajin study, dia dapat A+ ! :) . Dia dapat 9A 1B dalam peperiksaan SPM . Aku merupakan salah seorang yang menangis sebab seronok masa dapat tau pasal tu . Hehe :'3 .

So,sekarang dia dah masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin ( UnisZa ) di Terengganu diploma bahagian undang-undang . Huhu . Aku ditinggalkan keseorangan di sini . Selama hari ni, segalanya aku buat dengan dia . Tapi, bila dia tak ada, aku kena belajar berdikari . Sebelum ni, aku akan ceritakan segala masalah aku kat dia sebab aku percayakan dia . Tapi, sekarang ? Aku cuma bercakap dengan bantal peluk yang selalu temankan aku tidur setiap malam :'( .

Haha . Macam-macam kalau nak cerita pasal kakak aku ni . Tapi, aku kena sign out sekarang sebab Mr. Mama dah marah aku duduk atas lewat malam ni . Huhu . Apapun, aku bangga ada kakak macam kakak aku . Tapi tak tau larh pulak dia bangga atau tak ada adik macam aku . Hmm . =="