♥ Kisah Suami dan Isteri ♥

Seorang Ustaz menceritakan pengalamannya . Ada suatu ketika,seorang isteri menangis mahu memandikan jenazah suaminya,tetapi bapa mertuanya dan seorang polis forensik tidak membenarkan dia melakukan sedemikian . Sambil menangis,si isteri berkata :
" Ini janji kami suami isteri ... Abang mati dulu,kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang . Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang,abang akan mandikan jenazah kamu ... "
Dari luar bilik mayat hospital,Ustaz tersebut masuk dan tanyakan kepada mereka,apakah yang sedang berlaku . Ustaz tersebut berkata,tidak mengapa jika isteri ingin memandikan jenazah suami . Lantas,Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan jenazah suaminya .
Dengan tenang,si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa :
" Inilah wajah suami yang ku sayang . Tetapi Allah lebih sayangkan abang ... Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti ... "
Kemudian,si isteri membasuh tangan suaminya sambil berkata :
" Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami masukkan ke dalam mulut kami . Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suami ku ... "
Ustaz tersebut melelehkan air matanya bersama para pengiring . Inilah yang dikatakan cinta kerana Allah,sehingga si suami telah meninggal dunia,si isteri masih berbakti kepada suaminya ...
No comments:
Post a Comment