Assalamualaikum :)

Aku teringat peristiwa yang berlaku waktu aku exam di dalam dewan pada Isnin ( 3/9/12 ) yang lepas . Aku tengah exam trial SMRA,tapi masih ramai yang bersuara,angkat tangan untuk bertanya kepada Ustaz . Maklumlah,waktu tu exam subjek Usul Fikh,memang ustaz tu yang ajarkan subjek tu . Dan setiap kali ada pelajar yang panggil ustaz,mesti ustaz tu akan kata ...
" Waktu belajar tak nak tanya ... Maka,tiada persoalan pada hari ini ... "
Entah kenapa,tiba-tiba saja aku rasa satu perasaan sedih dan gementar bila dengar ayat tu . Aku terbayang,macam mana agaknya keadaan manusia ketika di akhirat nanti ? Pada waktu tu,manusia mungkin akan menangis kerana memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa ketika di dunia . Pada masa tu,semua orang akan memohon kepada Allah S.W.T supaya dapat dikembalikan ke dunia untuk berbuat kebaikan . Tapi,adakah kita akan diberi peluang kedua pada masa tu ?
" Ketika di dunia,kamu tidak memohon keampunan kepada Allah S.W.T serta tidak beribadah penuh tawadhuk kepada-Nya . Maka,tiada lagi tangisan dan rayuan pada hari ini ... "
Astagfirlahalazim ... Tanpa aku sedar,aku menangis kerana terlalu gementar pada bayangan dan khayalan sendiri . Aku memandang sekeliling . Kawan-kawan masih sibuk bertanya ustaz tentang soalan yang terpampang di atas meja masing-masing . Aku termenung seketika .
" Ya Allah .. Semoga aku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang diredhai-Mu ... Aku bukanlah hamba yang solehah,aku hina dan dhaif .. Namun,aku cuba untuk menjadi hamba-Mu yang taat kepada-Mu ... Ampunkan dosaku,kerana aku telah khilaf tenggelam dalam nikmat duniawi ... "
Lepas tu,aku sambung semula jawab soalan Usul Fikh tu . Sepuluh minit fikirkan kata-kata ustaz tu,memang mendalam . Terima kasih pada ustaz sebab ucapkan kata-kata tu . Dan Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana izinkan akal fikiran aku untuk fikirkan kata-kata ustaz tu dengan mendalam ...
No comments:
Post a Comment