Sunday, April 28, 2013

I'm Weird ? Seriously ?

Assalamualaikum :) .

Ramai orang suka tafsirkan aku sebagai seorang manusia yang pelik . Ada jugak yang tafsirkan aku sebagai seorang manusia yang misteri . Memang tak dinafikan , aku agak sedih bila aku dipulaukan gara-gara aku dikatakan pelik . Bukan pelik dari segi fizikal , tapi sikap aku larh yang dikatakan pelik . Ada jugak manusia yang suka berkawan dengan aku gara-gara aku dikatakan unik . Dan tak dinafikan , aku larh bahan gelak ketawa untuk orang-orang di sekeliling aku .

Kenapa aku dikatakan pelik ?


1. Aku suka menyendiri .

Bila aku suka menyendiri , ramai manusia yang prihatin . Diorang fikir , mungkin aku ada masalah , walaupun hakikatnya aku tengah happy sangat seperti seekor burung helang yang tengah happy terbang berpusing , tapi orang akan fikir burung tu gila -.- . Kemudian , diorang jugak mungkin akan fikir yang aku ni tak ada kawan baik . Ehh .. Aku ada kawan baik ! Bukan sekadar kawan baik , bahkan sahabat ! Cuma , aku bukanlah seorang yang suka bercakap banyak . Sebab itulah , aku banyak dilihat menyendiri .

2. Aku selalu termenung dan bersembang seorang diri .

Ya . Aku mengaku tentang perkara ni . Tapi tak bermaksud aku pelik dan gila -.- . Memang aku suka termenung . Dan setiap kali aku termenung , aku suka fikirkan perkara-perkara yang buat aku rasa musykil . Antara perkara yang aku selalu fikirkan ialah , bila dan bagaimana agaknya aku akan mati ? Dan aku suka bersembang seorang diri , sebab itu merupakan cara aku meluahkan stress . Aku merupakan seorang manusia yang sangat tak suka meluahkan masalah pada orang lain . Aku cuma akan meluahkan masalah aku pada orang lain , bila aku betul-betul rasa aku perlu untuk luahkan masalah aku . So , pada waktu yang aku rasa malas nak meluahkan perasaan , aku akan sekadar bercakap seorang diri untuk meredakan stress dalam diri , bukan gila ok :) .

3. Aku suka menangis dan ketawa dalam satu masa yang sama .

Ramai suka tanya aku , "weyh , hang gila ka ?" . Ada jugak yang takut dengan aku , diorang fikir mungkin aku dirasuk hantu . Yalarh , ketawa dan menangis dalam masa yang sama , tak ker pelik ? Dan setiap kali aku dituduh gila , aku akan tersenyum . Tak . Aku tak gila . Aku ketawa sebab kelakarnya hal dunia . Dan aku menangis bila aku terfikir , betapa bodohnya aku yang ketawa sebab dunia , sedangkan syurga di akhirat belum tentu tersedia untuk aku . Allahurabbi ... :'( .

4. Aku makan banyak dan telan apa saja yang ada depan mata aku .

Kelakarnya , bila aku ditertawakan kawan-kawan sebab aku makan banyak , dan aku makan apa saja yang orang bagi kat aku walaupun ianya adalah cili -.- . Tapi aku makan benda yang munasabah saja . Kalau bagi aku racun , patut jugak ker aku makan ? -.- . Keluarga aku suka kata aku gemuk gara-gara sikap aku yang suka makan banyak . Tapi , berat badan aku tetap maintain 50 kg . Tau kenapa ? Sebab bila aku makan , aku akan makan banyak . Dan kalau aku tak ada rasa nak makan , aku takkan makan langsung . Aku makan apa saja yang ada depan mata aku walaupun aku tak suka sebab aku tak suka complain pasal makanan . Bagi aku , complain pasal makanan merupakan perkara yang tak beradab yang aku tak patut buat dalam hidup aku .


5. Aku benci make-up , shopping , etc .

Aku selalu dituduh lesbian . Tak kurang ada jugak yang kata aku ni mungkin tak suka kat orang lelaki sebab aku tak suka make-up . Apakah ? -.- . Cuba fikir secara logik . Kalaulah aku lesbian , tak mungkin aku boleh ceritakan tentang aku pernah bercinta sebelum ni . Aku pun manusia normal , jatuh cinta kat orang lelaki . Heww :3 . Aku cuma tak suka make-up sebab aku lebih suka muka yang natural . Paling penting , aku rasa kecantikan tu tak perlu ditayang kot ? Bedak pun aku tak tau macam mana nak pakai , selalu bertompok-tompok :3 . Aku akan belajar make-up , Insya-Allah . Itupun lepas aku dah jadi isteri orang , besar nanti . Make-up kat rumah jer larh :3 . Then , aku tak suka shopping , sebab aku rasa semua tu membazir . Kalau shopping barang keperluan , tak apa . Tapi , kalau shopping sampai dua tiga jam itu buang masa namanya -.- . Jujur , aku bukan seorang yang materialistik . Aku tak suka emas , gelang , segala bagai . Aku jugak tak sukakan teknologi yang canggih . Mungkin sebab itu , aku dianggap pelik -.- .

6. Aku tak menyebelahi mana-mana parti politik .

Yang ni macam pelik sikit bunyinya . Ngee ... Bukan aku nak cerita bab politik di sini . Tapi , sejujurnya aku memang tak suka sistem politik zaman sekarang . Aku pun tak tau kenapa . Tapi , aku bukan di pihak mana-mana . Aku sangat suka berangan , semoga sistem pemerintahan seperti di zaman Khulafa' Ar-Rasyidin akan kembali pada masa akan datang :) . Opss ... Maaf kalau tak suka , ini hanya pendapat seorang budak pra-matang yang tidak mahu terlibat dalam bidang politik :) .

Banyak lagi punca dan jawapan aku dikatakan pelik . Apapun , sebagai manusia yang tak sempurna , kita sebenarnya tak patut menuduh seseorang sebarangan . Menunding jari tanpa sebab . Kadang-kadang , jawapan kepada sesuatu persoalan tu adalah lebih munasabah dan di luar dari apa yang kita fikirkan .

p/s : Bak kata sorang kawan aku di Sabah : "Unik takpa , jangan jadi pelik bagai alien suda ." 

Saturday, April 13, 2013

Mom , mom , mom :') .

Assalamualaikum :) .

Amaran ! Entri ini hanya sesuai untuk 18 tahun ke atas sahaja . Haha .. Ok , serius balik -.- . Takda larh , baca jer . Aku pun tak sampai umur 18 tahun lagi , ada hati nak bagi amaran macam tu -.- . Ok , amaran terbaru ! Sila baca entri ini dengan penuh perasaan . Okeh tak ? :3 .


Waktu aku kecik , aku sangat cerewet . Pantang ada benda yang tak memuaskan hati , aku mesti akan menangis . Semuanya mesti ikut kemahuan aku . Bila Umi mintak aku belajar rajin-rajin , aku buat tak tahu . Tapi , aku tetap cuba dapatkan yang terbaik dalam peperiksaan . Pernah aku dapat 100% dalam subjek Bahasa Melayu dan 98% bagi subjek Matematik . Umi seronok sangat dengan pencapaian aku .

Tak lama lepas tu , aku pindah masuk tahfiz . Aku mula menghafaz Al-Quran . Umi dan Abah excited nak tengok aku khatam Quran cepat . Tapi , aku tak pernah faham . Aku suka sangat main-main . Aku selalu sakit . Aku selalu tak masuk kelas hafazan . Aku nakal sangat waktu kat tahfiz . Aku jugak selalu kena buli . Aku tertekan , aku sedih , aku berubah jadi kasar . Tapi , aku tak pernah berkongsi dengan Umi .

Waktu hujung tahun , aku umur 10 tahun . Aku tanya kat Abah :

" Keluarga dalam Bahasa Inggeris , apa ? "

" Family . "

" Owh .. Alang tak tau langsung Bahasa Inggeris sebab tak belajar . Cuma hafal Quran . "

Tak lama lepas tu , Umi dan Abah pindahkan aku masuk ke Sekolah Rendah Al-Azhar , Jitra , Kedah . Waktu tu , aku dah hafal lebih kurang 8 juz dalam Al-Quran . Kesian Umi dan Abah , tak sempat tengok aku jadi hafizah yang berjaya . Cuma nak aku jadi pandai seimbang dunia dan akhirat . Tapi , mula aku pindah sekolah , aku dah tak pandai Matematik . Aku dah tak pandai semuanya . Aku tak pernah tau macam mana nak tulis karangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Semuanya nampak susah buat aku .

" Kalau tak ada yang susah dan semuanya nak senang , itu bukan belajar namanya . "

Kata-kata Umi masuk ke telinga aku . Aku cuba belajar dan belajar . Tapi , aku tetap tak boleh . Aku suka main-main . Dan akhirnya , aku dapat keputusan UPSR dan Umi agak kecewa .

" 2A 2B 1C . "

" Bahasa Melayu dua-duanya gred A . Sains dan Bahasa Inggeris gred B . Matematik gred C . Alang kena pulun lebih lagi ni . Alang boleh sebenarnya . "

Walaupun Umi agak kecewa , Umi cuba jugak bagi semangat kat aku . Tapi aku tetap tak ada kesedaran dalam diri !

Masuk Form 1 , aku mula berazam nak belajar elok-elok . Tapi bukan untuk aku . Aku cuma nak lawan kawan aku yang merupakan anak murid Umi waktu sekolah rendah . Aku pun belajarlah elok-elok sampai aku boleh dapat banyak mata pelajaran tertinggi dalam kelas . Aku dapat kedudukan dalam kelas tempat kedua sebanyak dua kali . Dan akhirnya , aku dinaikkan ke kelas pertama . Bila aku mula naik kelas pertama , aku mula main-main . Sebab objektif aku belajar dah tercapai . Belajar bukan kerana Allah , bukan kerana nak gembirakan ibu bapa . Periksa penggal pertama , aku dapat nombor 15 dari 35 orang dalam kelas . Tak lama lepas tu , keputusan aku mula merosot . Umi dan Abah banyak kali menyatakan rasa kecewa yang teramat kat aku .Tapi , aku masih tak peduli . Tak fikir masa depan .

Masuk Form 3 , aku dah mula berubah sikap . Aku terikut kawan-kawan dengan cara bercinta . Bila Umi dapat tau yang aku bercinta , Umi rasa sangat kecewa dengan aku . Umi menangis . Aku masih ingat air mata Umi yang jatuh sebab aku .  Umi bertambah sedih dengan aku bila aku dapat result PMR . Umi jangkakan aku akan dapat gred E , sebab aku main-main . Tapi , aku dapat result yang lebih kurang dengan result UPSR aku .

" How much ? "

" 2A 6B IC . "

" Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu gred A . Bahasa Arab , Sains , Bahasa Inggeris , Geografi , Sejarah , Pendidikan Islam gred B , dan Matematik gred C . "

" Macam mana Alang boleh dapat Pendidikan Islam gred B ? Alang main-main sangat .. Tengok ni , Matematik dapat gred C . Alang kurang buat latihanlah ni .. "

Aku menangis waktu dapat result PMR tu . Padan muka aku . Sejak tu , aku mula ada rasa nak berubah . Tapi ada rasa saja , aku tetap tak berubah . Susah betul nak berubah aku ni . Hurm -.- .


Satu hari , cikgu Sejarah aku tanya dalam kelas , result beberapa orang yang cikgu rasa nak tanya . Dan aku adalah salah seorang yang ditanya tentang result PMR . Jadi , aku cuma senyum tutup malu dan tunduk geleng kepala . Lepas tu , cikgu tak jawab apa-apa dan sambung belajar . Tapi , disebabkan aku rasa bersalah dengan cikgu tu , aku pergi ke bilik guru dan jumpa cikgu tu .

" Cikgu , saya minta maaf . Bukan saya tak nak jawab waktu cikgu tanya tadi . Cuma , saya malu . Saya dapat sikit berbanding kawan-kawan lain . Saya dapat 2A 6B IC saja . "

Tiba-tiba , cikgu peluk aku . Cikgu pandang muka aku dan senyum sambil tepuk belakang aku dengan perlahan .

" Waktu kamu nak periksa PMR tu , kamu busy kan ? Kamu ada banyak tekanan sebab banyak kerja yang perlu kamu buat kan ? Cikgu faham kamu , walaupun orang lain takkan faham kamu . Tak apa . Cikgu anggap semua gred B kamu tu adalah gred A . Cikgu anggap kamu dapat 8A 1C , dan bukannya 2A 6B 1C . Tingkatkan usaha kamu untuk SPM yang akan datang . Cikgu percaya kamu boleh buat . "

Aku rasa sangat terharu bila cikgu kata macam tu . Dan bermula dari saat tu , aku mula ada kesedaran diri yang sedikit dalam . Dari awal tahun , aku dah mula menghafal segala subjek yang perlu dihafal . Aku boleh belajar dengan sempurna . Tapi , tiba-tiba aku kembali kena ganggu dengan 'makhluk halus' yang selalu menganggu aku dalam tahun 2010 dulu . Dan bila selalu aku kena ganggu , semua tu membuatkan aku jadi selalu lupa apa yang aku hafal gara-gara aku selalu mengalami sakit kepala . Jadi , keputusan peperiksaan aku agak merosot .

Umi nampak kecewa berkali-kali . Akulah yang paling sedih . Orang-orang di sekeliling dah mula pandang rendah kat aku . Sebab aku tak berjaya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SMRA . Aku rasa sangat sedih bila kawan aku sendiri ketepikan aku sejak aku dapat keputusan SMRA tu . Kawan aku mula berkawan dengan orang-orang yang setaraf dengan dia saja . Tapi , Umi tetap tak putus asa menasihatkan aku .

" Alang , bila Alang gagal , musuh Alang akan ketawakan Alang . Kawan Alang akan tinggalkan Alang . Orang lain takkan sukakan Alang lagi . Alang kena buktikan . Alang boleh buat . Biar diorang terkejut dengan pencapaian Alang . "

Aku mula belajar . Tapi , aku masih susah untuk serius . Umi selalu rasa susah hati dengan aku . Umi sedih bila dapat tau ada kawan-kawan yang perlekehkan aku . Tapi aku sendiri pun tak sedar semua tu . Sampailah satu hari , sepupu aku selamat melahirkan seorang bayi yang comel . Aku pergi melawat sepupu aku di Alor Setar . Kemudian , aku dengar cerita sepupu aku mengenai pengalaman dia melahirkan anak melalui kaedah pembedahan caesarean .

Air ketuban pecah sebulan sebelum waktu yang doktor jangka . Disebabkan kedudukan bayi songsang ( kepala ke atas dan kaki ke bawah ) , doktor terpaksa buat pembedahan . Tak boleh bersalin secara normal . Sebelum pembedahan , doktor masukkan melalui punggung sejenis cecair untuk bagi mudah bersihkan najis dalam usus . Waktu tu , kena tahan rasa malu sangat-sangat . Kemudian , doktor cucuk di bahagian tulang belakang . Sebelum tu , doktor bagi bantal sebab injection tu sakit . Jadi kalau rasa sakit sangat , peluk bantal . Injection tu memang sangat sakit . Tak tau macam mana nak gambarkan . Kemudian , sepupu aku rasa lali dan tertutup mata sikit . Tapi , dalam keadaan tak sedar pun , sepupu aku masih dapat rasa doktor tu membelah perut dengan menggunakan pisau , dan sepupu aku masih boleh nampak perutnya yang dah terbuka sebab dibelah . 

Aku rasa sangat ngilu bila dengar cerita tu . Bayangkan , melalui pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi , seorang ibu kena tahan rasa malu sekaligus rasa sakit . Terus bergenang air mata aku . Umi sakit melahirkan aku . Bila aku dah besar , Umi harapkan kejayaan aku . Tapi , apa yang aku bagi ? Aku terus peluk Umi .

" Umi , Alang minta maaf .. Umi susah lahirkan Alang , tapi Alang tak hargai .. "

Aku mula mohon maaf sambil muka malu-malu kucing gitu :3 . Tapi , mata aku dah berair , terharu . Sejak dari peristiwa tersebut , aku mula belajar tak berhenti .

" Umi , SPM 10A+ , Insya-Allah . I'll prove it . "

" Buat , jangan cakap saja ekk .. "

" Ok , Umi . Err .. Paling kurang pun , 9A atau 8A ok tak ? Hehe .. "

Lalu , aku diketuk kepala oleh kakakku yang comel itu . Umi mencubit aku dengan perlahan .

" Tadi dah yakin sangat . Tiba-tiba tarik balik kenyataan ! Huh ! Tak ada pendirian tetap langsung ! " 

" Hehe .. Ok-ok , 10A , Insya-Allah :3 . "


Itulah kisah aku yang agak susah nak berubah . Bukan tak nak berubah . Cuma masih belum dapat jadi yang terbaik . Untuk Umi , aku tujukan entri ni . Walaupun aku tau , Umi mungkin takkan baca entri ni , tapi Abah saja yang akan buka blog bersawang aku ni . Hehe .. :3 . Terima kasih sebab lahirkan 'bayi yang sudah membesar' ni :') . Kepada kawan-kawan  di luar sana , jangan jadi macam aku . Dah berabad barulah nak sedar diri . Haishh ...! -.- . Ingat , ibu kita tak pernah mengharapkan kesempurnaan dari kita . Cukuplah sekadar menjadi yang terbaik buat dia :) .

p/s : I love you till Jannah , Umi :) .