Sunday, September 30, 2012

Aku .. Usia .. Dan Kematian ..

Assalamualaikum :)


Pagi tadi,aku pergi sekolah awal . Yalah,cuba bayangkan kalau aku datang sekolah lewat,then dalam keadaan bawak kek pulak kena denda . Buat malu saja ... Huhu .. Hari ni,banyak ucapan yang aku terima . Dan aku cuma tersenyum lebar dengan jawapan yang sama .

" Farah ! Selamat Hari Lahir ! "

" Ok,terima kasih ! "

Ada jugak yang bagi hadiah pada aku . Huhu .. Pink semuanya . Malu aku . :3 Bukan malu sebab dapat hadiah warna pink,itu aku suka . Tapi malu sebab aku tak mintak pun hadiah . Aku malu nak terima . Apapun,bukan itu yang aku nak bincangkan dalam entri aku hari ni sebenarnya . 

Hari ni,lazimnya bila dah sampai tarikh 30 September memang hari lahir akulah tu . Tapi,bukan aku bermaksud untuk bagitau tentang bila hari lahir aku di sini . Huhu ... That's not my intention . Sekali lagi aku terbabas dari tajuk asal . =="

Actually,aku ingin menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan hari lahir di sini . Tadi,di sekolah,bila ada rakan-rakan yang ucapkan hari lahir pada aku,aku tersenyum lebar . Rasa gembira sebab aku sedar rupanya masih ada yang prihatin tentang aku . Aku ucapkan terima kasih,kemudian aku duduk termenung . Bukan hari lahir aku saja pada hari ni . Tapi hari ni jugak hari lahir seorang lagi sahabat aku . Aku tengok dia seronok . Penuh hadiah atas meja dia . Aku ? Dua saja hadiah . Haha . What I care ? Ingat aku nak sangat hadiah ? Aku malulah . Yang buat aku termenung bukan sebab hadiah . Tapi sebab aku teringat satu ayat yang aku pernah baca dalam sebuah buku beberapa tahun dulu .

" Semakin bertambah umur kita,maka semakin dekatlah kita dengan kematian . "

Eh .. Tua dah aku ni . Aku pegi jumpa umi aku .

" Umi .. Alang dah 16 tahun . Ingatkan muda lagi .. Hehe .. "

" Herm ... Itupun,perasan kecik lagi . "

Aku pergi pulak jumpak abah . Dengan harapan,abah layan aku yang masih perangai tak berubah ni . Huhu ... Tapi,abah ... =="

" Abah,Alang dah 16 tahun :) "

" Tu,dah boleh nikah pun tak berubah lagi . Cuba berubah sikit sikap tu .. "

Alamak ... Macam mana boleh keluar statement macam tu dari umi abah aku ? ==" Semakinlah aku rasa yang aku ni semakin tua ... Dan kematian pun makin menghampiri aku .. Bila ? Aku pun tak tahu . Apa yang jelas ... Aku,usiaku,dan kematianku kesemuanya dah jadi satu . Aku perlu berubah kerana usiaku yang semakin lanjut dan kematian yang semakin menghampiri aku . Herm .. I need to change ... :(

p/s : Aku rasa macam nak tembak orang,kenapa blogger berubah ni ?!! =="

Friday, September 28, 2012

Hikmah Di Sebalik Sebuah Takdir :')

Assalamualaikum :)


Dah lama aku tak update blog . Atas sebab aku yang busy mengalahkan Prime Minister agaknya . Tapi beliau busy kerana menguruskan rakyat sementara aku busy berperang dengan examination . Trial SMRA dah lepas dan aku hanya memperoleh peratus sebanyak 69% sahaja ( jujur kan aku ? ) . Amatlah menyedihkan . Apapun,bukan bab ni yang aku nak ceritakan kali ni . Err ... Sorry,terbabas dari tajuk pulak =="

Dalam entri kali ni,aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua dua buah cerita yang berkaitan dengan ketentuan Allah S.W.T iaitu takdir . Tak ada siapa yang boleh melawan takdir . Di sebalik perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T pasti ada hikmahnya yang tersendiri . Dan kisah yang aku akan ceritakan dalam entri ni,telah pun memberi hikmah kepada aku salah satunya .


Kisah Pertama :


Abah keluar rumah,nak pergi masjid . Umi pesan kat abah untuk pergi kedai dulu . Tak lama lepas tu,abah balik ke rumah dan aku terdengar bunyi suara anak kucing yang sangat nyaring . Aku nampak abah kelam-kabut masuk dalam rumah dan letakkan seekor anak kucing yang kecil dan berlumuran darah ke atas sehelai plastik .


" Abang jumpak dia bergerak-gerak tengah jalan . Tak gamak abang nak biar dia kena langgar dengan kereta yang lain . "


Aku dengar abah kata macam tu pada umi . Aku pun tengok anak kucing tu . Comel . Bulu basah dan berdarah,tali pusat panjang,kesejukan . Aku ambil sehelai tuala kecil dan balut kucing tu . Aku lapkan darah dan lendir tu sampai bulu dia kering . Tak sampai hati aku nak biarkan dia kesejukan . Aku ambik satu botol susu kecil . Nak bagi dia minum susu . Tapi mulut dia terlampau kecil pulak ( sebesar separuh dari kuku jari kelingking ) . Akhirnya,aku suapkan dia susu dengan menggunakan picagari kepunyaan adik aku . Bermula saat tu,aku jaga dia,malahan aku bawa dia ke sekolah . Kerja dia cuma tidur dan minum susu yang disuap oleh aku . Aku sayang dia sangat-sangat . Dia semakin comel dan gemuk dari hari ke hari dengan bulu yang dah kelihatan jelas berwarna oren putih .


Suatu hari Sabtu yang tenang . Aku nampak dia makin pelik . Oh ! Lupa nak bagitau . Namanya Gary . Gary makin pelik . Dia kerja tidur dan tak nak bangun untuk makan . Aku mula risau . Rasa macam nak menangis saja . Klinik haiwan pulak tutup . Aku pun cuba jugak selamatkan dia . Suapkan susu walaupun hanya dua tiga titis . Petang tu,dia mengiau tanpa suara . Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena . Umi pun kata,dia mungkin takkan hidup lama lagi . Aku pasrah ... 


Aku letih jaga dia yang sedang tidur . Jadi,aku pun ambil keputusan untuk tidur sekejap . Aku tidur dalam masa 1 jam . Pukul 5 tepat,aku bangun dari tidur . Tergerak hati untuk tengok Gary . Bila aku tengok,dia tengah tidur lagi . Aku sentuh dia . Sejuk . Aku rasa pelik . Aku angkat dia . Keras,dia dah mati . Mati dalam keadaan ibu jari dia yang kecil tu ada dalam mulut dia yang kecil . Dia tengah menghisap ibu jari macam anak manusia . Aku rasa sangat sedih . Terkesima aku waktu tu . Rasa nak menangis . Aku teringatkan doa aku pada hari pertama aku bawak dia ke sekolah . Ada beberapa sahabat aku kata,Gary takkan hidup lama sebab tak ada ibu . Jadi aku berdoa ...


" Ya Allah,tolong panjangkan umur kucing ni . Supaya aku boleh buktikan pada mereka,tanpa ibu dia,dia tetap boleh hidup dengan kudrat-Mu ... "

Malam tu,abang aku tanam dia . Hidup aku sunyi dari tangisan seekor kucing sejak malam tu .

Kisah Kedua :


Pagi tu,aku dah lewat ke sekolah . Abah bawak laju kereta pagi tu . Sampai di satu persimpangan,abah perlahankan kereta sebab ada berlaku kemalangan jalan raya . Aku tengok,ada jenazah yang ditutup dengan sehelai kain . Aku rasa tak sedap hati dan aku pun tak tahu kenapa . Sepanjang di sekolah,topik perbualan yang aku selalu dengar dari mulut rakan dan guru hanyalah tentang kemalangan tu . Ada seorang guru tanya,aku kenal tak dengan pelajar yang meninggal tu . Owh .. pelajar rupanya . Aku tak kenal rasanya . Tapi tetap tak sedap hati .


Balik dari sekolah,aku ceritakan tentang kemalangan tu pada umi . Tapi,umi pulak yang ceritakan pada aku tanpa aku sempat menghabiskan ayat aku .


" Dia accident teruk ... Alang kenal tak dia ? "


Siapa ? Aku tertanya-tanya . Malam tu,abah keluar rumah dan pergi masjid . Balik tu,abah sebutkan nama dia . Aku agak terkejut . Ya,aku kenal dia ! Walaupun dia tak rapat dengan aku,tapi dia rapat dengan sahabat aku . Pelik . Tak sangka jenazah yang aku tengok dan rasa tak sedap hati tadi rupa-rupanya kawan aku dan kawan rapat kepada sahabat aku sendiri . Dua hari cuti,aku termenung sendirian ... Terfikir seketika tentang segalanya yang berlaku ...



Kesimpulannya ?

Semuanya dah tertulis oleh-Nya . Benar kata pujangga,dunia ini adalah pentas lakonan,kita hanyalah para pelakonnya saja . Berdasarkan kisah pertama,aku memang sangat sedih . Tapi,aku redha saja dengan ketentuan-Nya . Dan tak lama selepas aku redha,aku telah dikurniakan seekor anak kucing yang lain . Lebih comel dari Gary hakikatnya . Nampak tak ? Allah hilangkan satu,dan selepas aku redha,Allah gantikan ia dengan satu lagi yang lebih baik . Lagi satu,pada mulanya,aku terfikir yang doa aku supaya Allah panjangkan umur Gary tu tak termakbul,maka aku redha . Tak lama lepas tu,baru aku terfikir . Siapa kata doa aku tak termakbul ? Termakbul sebenarnya . Aku doakan semoga dia panjang umur pada hari kedua dia hidup . Dan ternyata,dia masih hidup walaupun hanya untuk lima hari . Kata sahabat-sahabatku,dia akan mati kerana tak ada ibu hanya dalam masa sehari dua saja lagi . Sedangkan telah terbukti,dia mati selepas hidup selama lima hari tanpa ibu . 


Kisah kedua,mungkin ibu bapanya akan bersedih atas kehilangan dia . Aku pun tumpang sedih . Tapi,kita tak pernah tahu rancangan Allah S.W.T kan ? Mana tahu,suatu saat nanti ibu dia akan hamil seorang anak yang lebih bagus dari dia . Mana tahu,Allah S.W.T ambil nyawanya untuk selamatkan dia dari masa depan yang penuh onak dan cabaran melintang . Sesungguhnya,Allah sangat sayangkan dia . Al-Fatihah ...

p/s : Jodoh juga sebahagian dari takdir . Kalau dia bukan milik kita,redha sajalah dengan takdir,wahai sahabatku :)

Friday, September 7, 2012

Dia Menangis Sesaat Dikhitbah ...

Assalamualaikum :)

Pada malam yang indah dan tenang ni,aku nak kongsikan sebuah kisah benar tentang seorang hamba Allah yang dulunya pernah hidup bersama seorang sahabat aku di atas muka bumi ni . Dialah orang yang sangat sahabat aku sayang suatu ketika dahulu . Namanya aku ubahkan di dalam cerita ni . Biarlah hanya aku dan sahabat aku yang tau siapa identiti dia yang sebenarnya .

******

" Tau tak ? Dia telah dikhitbah ! "

" Eh ? Kenapa ana tak tau ? Bila ? "

" Pergi tanya dia . "

Aku cuba untuk berjumpa dengan dia,tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan,aku tak sempat untuk bertanya tentang khabar berita tu . Tak berapa lama lepas tu,aku dapat tau bahawa dia telah terima 'khitbah' tersebut dan telah pun bertunang . Aku jadi tak senang duduk . Kenapa aku sebagai seorang yang rapat dengan dia tak dimaklumkan sendiri oleh dia sesaat dia dikhitbah ? Akhirnya,aku ambil keputusan untuk bertemu dengan dia pada hujung minggu . Tapi,yang aku jumpa hanya ibunya .

" Assalamualaikum,Maria ada ? "

" Maria ? Masuklah,dia ada dalam bilik .. "

Kemudian,aku masuk dan agak terkejut dengan keadaan dia . Dia nampak lemah dan pucat terbaring di atas katil . Dia pandang aku dengan satu senyuman terukir di bibir yang pucat lesi . Aku terduduk di sisinya .

" Kenapa dengan anti ? Ana dengar anti telah dikhitbah,tapi berbeza pulak dengan apa yang ana lihat sekarang . "


Sambil tersenyum,dia menjawab ...

" Memang benar,ana telah dikhitbah oleh ujian suatu penyakit ... Ana telah bertunang dengan redha ... dan ana bakal bernikah dengan kematian ... Oleh itu,ana berbesar hati untuk menjemput semua sahabat ana untuk menziarahi pusara ana,supaya semua bersedia untuk dikhitbah pula ... "

Aku menangis di sisinya . Baru aku tahu cerita sebenarnya . Rupa-rupanya dia telah lama menderita penyakit barah otak . Aku sebagai sahabat dia pun tidak pernah tahu . Tak berapa lama lepas tu,dia pergi menghadap Ilahi ...

******

Aku termenung bila teringatkan cerita tersebut . Kata sahabat aku,dia menangis sesaat sahabatnya 'dikhitbah' . Namun,dia tersenyum sesaat dia mahu 'bernikah' . Al-Fatihah untuknya ...

Andai Daku Setabah Yukabid ...

Assalamualaikum :)


Setiap kali aku melalui saat-saat yang menyedihkan dan memerlukan ketabahan hati,pasti aku akan menitiskan air mata . Seperti manusia lain,aku juga tak mampu untuk menahan rasa sedih dari datang dalam diri . Pada waktu tu,akan bisikkan kepada diri aku ...

" Kenapa aku tak mampu melawan rasa sedih ? Kenapa air mata aku mesti mengalir ? Ya Allah ... Seandainya aku setabah Yukabid ... Aku pasti antara orang yang berbahagia sekarang ... "

Siapakah Yukabid ? Ramai yang tak tahu tentang sejarah hidup wanita tabah ni . Sejarah hidupnya amat menyedihkan di saat dia terpaksa berpisah dengan anaknya kerana menurut perintah Allah,lalu menghanyutkan anaknya ke dalam sungai Nil .


Wanita mulia yang bernama Yukabid ini adalah ibu kepada Nabi Musa A.S. seorang wanita yang telah diberikan ilham oleh Allah S.W.T untuk menghanyutkan anaknya,seorang lelaki kerana kezaliman pemerintah Firaun yang mahu membunuh kesemua anak-anak lelaki pada masa itu . Nabi Musa yang dihanyutkan di sungai Nil dan diselamatkan oleh isteri Firaun,Asiah,dipelihara oleh Asiah dan Firaun kerana takdir yang tekah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Nabi Musa tidak mahu menyusu oleh sesiapapun . Maka,Asiah menjemput wanita-wanita yang berkebolehan untuk menyusukan Nabi Musa namun tiada siapapun yang berjaya . Akhirnya,saudara Nabi Musa datang menemui Asiah dan menceritakan bahawa ada seorang wanita yang boleh menyusukan Nabi Musa,iaitu Yukabid .

Sesungguhnya janji Allah itu benar . Yukabid telah menemui anaknya setelah dia menghanyutkan anaknya ke dalam sungai Nil .

Masih adakah wanita setabah Yukabid pada zaman sekarang ? Subhanallah ... Ingin sekali aku menjadi setabah Yukabid ...

Thursday, September 6, 2012

Andai Tibanya Hari Itu ...

Assalamualaikum :)


Aku teringat peristiwa yang berlaku waktu aku exam di dalam dewan pada Isnin ( 3/9/12 ) yang lepas . Aku tengah exam trial SMRA,tapi masih ramai yang bersuara,angkat tangan untuk bertanya kepada Ustaz . Maklumlah,waktu tu exam subjek Usul Fikh,memang ustaz tu yang ajarkan subjek tu . Dan setiap kali ada pelajar yang panggil ustaz,mesti ustaz tu akan kata ...

" Waktu belajar tak nak tanya ... Maka,tiada persoalan pada hari ini ... "

Entah kenapa,tiba-tiba saja aku rasa satu perasaan sedih dan gementar bila dengar ayat tu . Aku terbayang,macam mana agaknya keadaan manusia ketika di akhirat nanti ? Pada waktu tu,manusia mungkin akan menangis kerana memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa ketika di dunia . Pada masa tu,semua orang akan memohon kepada Allah S.W.T supaya dapat dikembalikan ke dunia untuk berbuat kebaikan . Tapi,adakah kita akan diberi peluang kedua pada masa tu ?

" Ketika di dunia,kamu tidak memohon keampunan kepada Allah S.W.T serta tidak beribadah penuh tawadhuk kepada-Nya . Maka,tiada lagi tangisan dan rayuan pada hari ini ... "

Astagfirlahalazim ... Tanpa aku sedar,aku menangis kerana terlalu gementar pada bayangan dan khayalan sendiri . Aku memandang sekeliling . Kawan-kawan masih sibuk bertanya ustaz tentang soalan yang terpampang di atas meja masing-masing . Aku termenung seketika .

" Ya Allah .. Semoga aku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang diredhai-Mu ... Aku bukanlah hamba yang solehah,aku hina dan dhaif .. Namun,aku cuba untuk menjadi hamba-Mu yang taat kepada-Mu ... Ampunkan dosaku,kerana aku telah khilaf tenggelam dalam nikmat duniawi ... "

Lepas tu,aku sambung semula jawab soalan Usul Fikh tu . Sepuluh minit fikirkan kata-kata ustaz tu,memang mendalam . Terima kasih pada ustaz sebab ucapkan kata-kata tu . Dan Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana izinkan akal fikiran aku untuk fikirkan kata-kata ustaz tu dengan mendalam ...

Wednesday, September 5, 2012

Jika Benar Kamu Mencintainya ...

Assalamualaikum :)

Jika benar kamu mencintainya ...

Sudah tentu kamu akan pimpin dia ke jalan-Nya . Bukannya kamu merosakkan dia dengan cara kamu memegang erat tangannya,walhal kamu tidak halal baginya .

Sudah tentu kamu akan mengajaknya berbuat kebaikan dengan cara bernikah dengannya secepat mungkin . Bukannya kamu minta pada dia untuk bercouple sehingga lima tahun,kemudian kamu tinggalkan dia begitu saja dengan alasan dia tidak sempurna yang kamu mahu .

Sudah tentu kamu mampu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya . Kerana kamu tahu bahawa setiap manusia itu tidak pernah sempurna . Bukannya kamu menolak dia ke tepi dan pilih yang lain setelah kamu tahu tentang kekurangannya .

Sudah tentu kamu akan mendoakan keselamatannya,kesihatannya, dan kebahagiaannya . Bukannya kamu menangis saat dia berduka dan hanya menambah kesedihannya .

Sedarkah kamu ?

Cinta itu hanya satu permainan . Kata orang,ianya manis walhal ianya sangat menyakitkan . Berhati-hatilah kamu dengan tipu daya dunia . Semoga kamu akan temui cintanya di dalam redha-Nya,insya-Allah :)