Friday, October 19, 2012

Nafasnya Tamat Di Atas Telapak Tanganku ...

Assalamualaikum :)

Aku tengah exam SMRA sekarang . Btw,stress punya pasal aku sign in to blogger sekejap untuk share dengan sahabat semua satu cerita yang jadi baru-baru ni . Mungkin,cerita ni tak penting untuk semua yang membaca blog ni . Tapi,cerita ni penting untuk aku dan aku pun tak tau kenapa . Huhu . Cerita dan baca sajalah,ok ? :)


- Kenal Burung Ni Tak ? -

Aku tak kenal burung ni . Btw,aku memang tak pernah kenal jenis-jenis burung pun sebenarnya . Huhu . ==" . Umi kata,ni burung Tiong . Entahlah . Maybe kot ... Bukan setakat jenis burung saja . Jenis kereta,motor,phone, dan seumpamanya pun aku tak pernah kenal . So,aku cuma boleh tunjukkan gambar burung ni kepada sahabat semua . Mungkin sahabat semua kenal burung ni . :'D

Hari tu,masa aku tengah cuti sebab bakal menghadapi SMRA . Aku menghafal subjek Tafsir kat ruang tamu . Otak aku memang confuse masa tu . Banyak sangat tajuk yang perlu dihafal . Mujur larh waktu tu aku dah hafal beberapa tajuk . Then,confuse punya pasal,aku pun mulakan sesi termenung . >_<

Tiba-tiba,secara tidak semena-mena aku terdengar bunyi burung yang bingit kat luar rumah . Umpama bunyi 10 ekor burung yang tengah bergabung  :O . Aku pun buat tak tau mula-mula tu . Tapi,tetiba aku terpandang melalui tingkap,seekor burung yang sama macam dalam gambar kat atas ni,tengah terbang dengan bunyi yang bingit . Terbang berpusing-pusing . 

Aku pun terus bangun dan menghendap melalui tingkap tu . Aku pandang atas . Ada seekor burung tu tengah bertenggek atas besi atap rumah aku sambil mengepakkan sayap dan buat bunyi bising . Aku terus pandang bawah . Then,aku terkejut . Aku nampak kucing jiran aku tengah tindih leher seekor burung yang sama macam burung-burung tadi . Taring kucing tu pulak dibenamkan ke atas kepala burung tu . Secara automatik,aku terus ambil tudung dan keluar pegi kat kucing tu . Kakak dan adik aku pun ada sekali dengan aku . Tapi,aku teragak-agak nak ambik burung tu dari kucing tu .

" Burung ni tak patuk orang kan ? "

" Tak ! Ambik sajalah burung tu ! "

" Owh,ok ... :( "

Aku pun terus ambik burung tu . Memang susah jugaklah sebab kucing tu tindih kuat burung tu . Lepas tu,aku terus bawak burung tu pegi kat umi . 

" Umi,tengok ni . Macam mana nak buat ni ?!! "

" Ehh ... Alang ambik kat mana ? "

" Kucing jiran tangkap . Macam mana ni ? "

" Umi rasa,dia dah tak boleh diselamatkan ... "

Aku sedih . Burung tu masih di atas tangan aku . Aku pegi ke dapur . Then,aku titiskan beberapa titisan air paip ke dalam mulut burung tu . Tapi,aku rasa umi betul . Dia memang dah tak boleh diselamatkan .. :'( . Perlahan-lahan,dia pejamkan mata dia . Tapi,dia masih hidup . Cuma ... Mulut kecik dia tercungap-cungap bernafas atas tangan aku . Aku cuma boleh perhatikan dia dan belai badan dia yang kecik tu . Tak lama lepas tu,dia tarik satu nafas yang panjang sampai boleh nampak dada dia naik ke atas . Then,burung tu menghabiskan riwayat hidupnya di atas tapak tangan aku ... 

Aku dah cuba selamatkan dia . Tapi,apakan daya :'( . Aku tak tau kenapa aku sedih . Tapi,aku dah tak sanggup lagi menghadapi haiwan-haiwan lemah yang mati depan mata aku lepas burung ni ... Btw,itu saja larh cerita aku . Sekadar melepaskan tekanan menghafal subjek Hadis :'D . Ok,aku nak sambung menghafal balik . Apa-apa cerita menarik nanti aku akan update lagi lepas exam SMRA tamat Rabu ni . Chow dulu ! ^_^

p/s : Sayangilah haiwan kerana mereka sayangkan kita ! :'D

Sunday, October 14, 2012

Ajaibnya Tentang Air Zam-Zam ! ^_^

Assalamualaikum :)

Siang tadi, ada sorang auntie yang merupakan kawan abah, datang ke rumah aku . Dia datang dengan bawak sebotol besar air kosong . Hairan dan pelik . Lebih kurang saja kan ? Hehe ... So,dia kata orang bukan Islam dah cuba banyak kali untuk buat air menggunakan teknologi tinggi untuk menandingi air zam-zam yang terdapat dalam Mekah Mukarramah .

Tapi ...?

Diorang tak mampu menandingi kehebatan air zam-zam yang keluar tanpa henti di kota suci Mekah tersebut :) . Dan akhirnya, diorang serahkan air tu kepada abah aku . Why ? Entah . Aku pun tak tahu . Maybe diorang nak suruh abah guna untuk siram pokok bunga kat luar rumah kot . Hoho ... ^_^



Sejarah Air Zam-Zam : 


Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar iaitu isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail . Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu,Siti Hajar berlari anak 7 kali antara Bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu . Allah S.W.T menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu . Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya dan menangis . Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zam-zam yang bermaksud 'kepung air' . Ketika itu Mekah belum ada penduduknya lagi .


Datuk Nabi Muhammad S.A.W bernama Abdul Muttalib telah mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di Kota Mekah pada zaman pra Islam . Perkataan 'zamzam dipercayai berasal daripada ungkapan 'zomk-zomk' yang bermaksud 'berhenti mengalir' - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar .


# Islam is A Beautiful Religion ! I'm Proud For Being A Muslimah ! #


Dah terbukti Islam itu agama yang benar . What you waiting for ? Let's choose the truth ! Allahu Akbar !


^_^


Friday, October 12, 2012

Perkara Pelik Aku Suka Buat Masa Kecik :D

Assalamualaikum :)


- standard larh bila cerita pasal zaman budak,letak lollipop pic - 

Setiap orang ada benda pelik yang korang suka buat waktu zaman kecomelan dulu kan ? Ada yang suka makan besi,gigit sofa,kencing dalam seluar .. Haha . Terkena batang hidung sendiri ker ? Gulp .. Ngee .. :P 

Aku sangat banyak pengalaman bab buat benda-benda pelik waktu kecik ni . Sini aku listkan di bawah ni . Saja nak release tension menghafal tak berhenti :D

Perkara Pelik Aku suka Buat Masa Kecik :

1. Makan Bedak Specially Bedak Yang Terlebih Letak Atas Muka .

Dulu,umi dan abah yang selalu letakkan bedak atas muka aku ni . Abah dan umi kata,kalau tak letak bedak,nanti tak comel :P . Selalu sangat jer bedak terlebih ( biasa larh budak-budak ) dah macam 'hantu tepung gomak' tau ? Then,aku akan ambik bedak yang terlebih tu dengan jari dan makan . Kadang-kadang,kalau tak puas lagi,aku ambik bedak umi dan tuangkan atas tangan,makan . Sedap :D . Lepas tu,kalau umi tengok bedak habis cepat tu,buat muka tak bersalah dah larh :P

2. Panjat Pokok Buah Kuinin Dan Terjun Balik .

Ini mungkin bukan perkara pelik bagi sesetengah orang . Tapi,pelik bagi aku yang merupakan seorang budak perempuan . Twink :3 . Tambahan pulak,kalau aku dah panjat sampai atas,aku akan terjun ke bawah macam terjun dalam sungai dan panjat semula . Seronok ! :D . Pernah sekali aku terjatuh tersembam,aku buat tak tau jer . Kuat larh konon :'D . Aku memang suka main dengan pokok,sampaikan pantang aku jumpa pokok,mesti aku akan panjat . Paling kurang pun,ambik akar pokok dan buat buaian cantik macam dalam cerita puteri . Haha :3

3. Makan Nasi Berkuahkan Air Sirap .

Ini mungkin ada jugak manusia lain yang buat macam ni . Huhu . Dah ada kuah,pegi tambah air sirap pulak setengah cawan . Best ! :D . Lepas tu,aku akan kena marah sebab memandai buat resepi sendiri yang tak berfaedah .

4. Tengok Cermin Dan Kata " Awak Comel ! " :3 .

Haha . Malu aku . Dulu,aku selalu merajuk dan muncung mulut 14 cm  kalau umi dan abah sikatkan rambut aku bukan mengikut kehendak aku . Then,kalau rambut dah rapi disikat,bedak dah letak,aku akan tengok cermin . " Awak comel ! " . Konon-kononnya macam orang dalam cermin tu kawan ghaib jer . Perasan sorang jer . :3 

5 . Asingkan Ikan Bilis Dari Nasi .

Ok . Ini memang tak pelik . Tapi,yang peliknya adalah sebab kenapa aku suka asingkan ikan bilis dari nasik . Dulu,waktu tadika,aku selalu terfikir yang setiap benda yang ada atas muka bumi ni,mesti tercipta dari satu benda yang lain . Masa tengah makan dengan kawan-kawan,aku tanya . Agaknya ikan bilis diperbuat dari apa ? Diorang kata,mungkin diperbuat dari cicak . Sebab tu,aku suka asingkan ikan bilis dari nasik . Dan sampai sekarang pun,aku tak suka makan ikan bilis . Huhu =="

6. Makan Habuk Yang Terhasil Dari Pemadam .

Perangai ni start waktu aku umur 7 tahun . Kawan-kawan aku kata,kalau nak tengok hantu,kena makan habuk pemadam yang keluar lepas kita padamkan apa-apa yang ada atas kertas tu . Taksub punya pasal,aku pun ikut . Huhu . Khurafat betul . Lastly,aku pun dah terbiasa dengan benda tu dan selalu sangat aku telan habuk-habuk tu walaupun terasa siksa macam telan getah .

That's all ^_^

Sebenarnya,banyak lagi perkara pelik yang lain aku suka buat . Tapi aku malas nak bagitau . Eh2,malu sebenarnya :3 . Tapi,kebanyakan perkara yang aku suka buat kecik dulu,sekarang mesti aku dah tak pandai buat . Bila difikirkan balik,macam mana aku boleh buat semua tu dulu ekk ..? Panjat pokok dan tembok . Sekarang,berdiri atas kerusi pun dah gayat . Huhu .. Dulu,aku sangat suka main api,tapi sekarang ? Ngee ... Ntah lerr ... 

Tapi,apa yang aku suka buat kecik dulu terbatas . Sebab umur 8 tahun,aku dah masuk tahfiz . Aku tak lalui zaman kanak-kanak dengan baik pun :) . Penderaan aku kat situ membuatkan aku dah tak nampak macam budak-budak yang berumur 8 tahun . Mungkin sebab aku kena belajar jadi tegas dan garang masa tu . Kalau tak,macam mana aku nak teruskan hidup,kan ? :)

p/s : Orang kata aku pelik . Yer ker ? Pelik sikit tak apa,jangan jadi alien sudahlah ^_^

Tuesday, October 9, 2012

Tumpang Gembira ... Atau Tumpang Bersedih ?

Assalamualaikum :)


Beberapa bulan yang lepas,aku dapat tau bahawa ada seorang teman hamil . Hamil luar nikah . Masya-Allah .. Terkedu aku . Niat aku menceritakan pasal ni bukan untuk mengaibkan sesiapa . Tapi aku nak remaja-remaja lain ambil iktibar dan jangan jadi seperti peribahasa " terlajak perahu boleh diundur,terlajak berzina dah tak ada guna " .. 

Aku sedih . Sebagai teman,kenapa aku tak mampu mentarbiyah teman-teman aku yang lain ? Dia terpaksa berhenti sekolah kerana masalah tersebut . Dan sekarang,dia telah bahagia di samping suaminya yang merupakan lelaki yang bertanggungjawab ke atas kehamilannya . 

Tadi,di sekolah ...

" Weyh ... Ingat dia tak ? "

" Dia ? Siapa ? "

" Alarh ... dia ... yang mengandung tu ... "

" Owh ... dia ... kenapa ? "

" Dia dah selamat lahirkan anak hari tu ! "

" Eh ... Yer ekk ..? "

" Yer larh ... anak dia comel sangat tau ! "

" Owh .. Lelaki ker perempuan ? "

" Perempuan . Nama ******* Binti Abdullah ... "

" Owh ... Alhamdulillah,dia selamat bersalin kan ... "

" Huhu ... Bersalin normal pulak tu .. "

" Erm ... "

Rasa macam biasa saja situasi di atas kan ? Huhu ... Bagi aku,tak biasa sebenarnya walaupun dia dah bernikah . Sebab .. sebab anak dia,anak luar nikah . Kesian dia . Kesian anak dia ... Tak perlulah aku sebutkan namanya di sini . Yang pasti,sahabat aku tak ramai yang baca blog aku ni . Tujuan aku tulis pasal ni pun bukan sebab aku nak aibkan sesiapa . Tapi ... cuba fikirkan . Kenapa sekarang mudah sangat kita dengar pasal kelahiran anak luar nikah ? Bertambah sedih bila kebanyakannya terdiri daripada remaja bawah umur 18 tahun ... :'(

Bila aku dapat tau yang dia dah bersalin,aku jadi keliru . Nak tumpang gembira atas kelahiran anak dia ? Ataupun tumpang sedih atas kelahiran anak yang tercipta kerana cinta berdasarkan nafsu tu ? Entahlah . Then,itu larh sebabnya kenapa aku diam membisu saja bila kawan-kawan yang lain ceritakan tentang dia dengan penuh excited . Bukan tak gembira bila kawan selamat melahirkan anak . Cuma sedih bila tengok ramai orang seronok dengan perbuatan melahirkan anak luar nikah tu .

Bukan niat aku nak hina sahabat aku di sini . Tak . Bukan itu yang aku cuba nak sampaikan . Sebenarnya,aku dapat rasakan seolah-olah kegiatan seks bebas ( aku seorang manusia yang direct . harap maklum . ) ni semakin dipandang ringan oleh masyarakat setempat . Seolah-olah perbuatan tu tak salah kalau dilakukan,walhal sebenarnya berdosa besar . 

" ولا تقربوا الزنى... "

Sesungguhnya,Allah S.W.T telah melarang kita untuk berbuat zina . Jadi,macam mana aku akan senang dengan perbuatan yang telah dilarang Allah S.W.T tu ? Nauzubillah ... Semoga aku tak termasuk di kalangan mereka yang dimurkai Allah .

Kesimpulannya ?

Pernikahan itulah jalan terbaik untuk kehidupan yang lebih sempurna . Jangan hanya kerana nafsu buta,akhirnya kita menjatuhkan maruah bukan sekadar seorang insan . Tetapi berpuluh-puluh insan iaitu mereka yang sangat sayangkan kita . Semoga cinta yang diperolehi membawa kita ke syurga Jannah . Insya-Allah,amin  :) .

p/s : Lama aku ambik masa untuk update entri ni saja sebab aku banyak kali sesak nafas . Huhu =="

Saturday, October 6, 2012

Kimia Dalam Fikiran :'D

Assalamualaikum :)


Sejak dulu lagi,aku sebenarnya mempunyai banyak sifat yang pelik . Mungkin itulah sebabnya kenapa ada yang kata aku ni istimewa ( Alhamdulillah ) dan tak kurang jugak ada yang kata aku ni gila ( senyum tak perlu kata apa-apa (: ) . Dan aku ni jugak,dari dulu suka fikir banyak perkara bila aku senyap . Diam-diam ubi berisi . Peribahasa agak sesuai buat aku :3 .

Dari perkara yang remeh,sampailah perkara yang besar . Semuanya aku akan fikirkan bila aku mendiamkan diri . Antara perkara yang remeh pernah aku fikirkan adalah bila aku tengok kaca . Ya,kaca ! Tak kiralah kaca tingkap,kaca kereta,atau lain-lain asalkan kaca .

Kaca diperbuat dari apa ? Untuk apa kaca mula dicipta ? Siapa yang cipta kaca ? Macam mana dia boleh mula dapatkan bahan untuk mencipta kaca ? Kenapa kaca senang pecah ?

Macam-macam aku akan fikir tentang satu perkara yang aku lihat . Dan sebab tu larh aku selalu dilihat termenung 24 jam,walhal sebenarnya tak :)

Perkara yang besar aku pernah fikirkan . Pasal hubungan aku dengan Allah S.W.T . Eh .. Rahsialah ! Tapi,aku akan ceritakan tentang perkara besar yang aku pernah fikirkan selain dari hubungan rahsia aku dengan Allah S.W.T :)

Adakah aku cukup sempurna di mata sahabatku ? Pernahkah aku membuat sahabatku bersedih ? Pernahkah aku menyusahkan sahabatku ? Pernahkah aku membuatkan sahabatku ketawa ataupun tersenyum ? Di manakah kedudukanku di dalam hati sahabatku ?

Mungkin,disebabkan terlalu fikirkan perkara-perkara macam ni larh yang membuatkan aku selalu bersedih . Agaknyalah . Aku pun tak tau . Apapun,sikap aku telah banyak berubah sejak kebelakangan ni . Kenapa ? Semua sebab sedih . Takpa,aku nak jadi dulu balik . Allah kan ada :')

Gangguan seksual, salah siapa ?

Assalamualaikum :)


Aku terfikir . Sebagai seorang blogger, apa salahnya kalau sekali-sekala aku cuba untuk mempertahankan nasib orang yang memerlukan ? Aku tengok,sekarang gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan wanita semakin berleluasa . Apa salah mereka ? Tak dinafikan, aku jugak pernah menjadi mangsa . Apa punca semua ni berlaku sebenarnya ?

" Gangguan seksual berlaku atas sebab kecuaian mereka sendiri . Mereka sudah tahu bahawa lelaki tidak mampu mengawal nafsu,tetapi mereka masih tidak menjaga tubuh mereka dari terus dilihat lelaki . "

" Kedua-duanya bersalah . Kenapa mereka tidak menutup tubuh badan mereka dengan sempurna ? Kenapa lelaki tidak cuba mengawal nafsu ? "

Itulah hujahnya :) . Kononnya perempuan itu salah . Kononnya lelaki itu juga salah . Salah siapa sebenarnya ? Kita takkan pernah tahu . Aku akui,memang benar salah wanita yang tidak menutup aurat . Tapi,macam mana pulak dengan wanita yang menutup aurat sepenuhnya,tapi masih diganggu ? Walaupun jarang didengari,tapi hakikatnya wujud gangguan seksual di kalangan wanita yang menutup aurat secara sempurna . Kenapa ?

******

Itu  kisah kaum wanita . Macam mana pulak dengan lelaki ? Aku pernah chat dengan seorang hamba Allah di Facebook, dan dia lelaki. Aku tak pernah kenal dia pun. Tapi,dia ajak aku nikah . Pelik tak ? Huhu . Aku pun rasa pelik . *Trouble in my head . Error* -.-

" Ana suka anti . Eh, mana gambar anti ? Kenapa tak letak gambar dalam fb ? "

" Ana tak suka letak gambar dalam fb ."

" Kenapa ? "

" Sebab .. Ana tak suka gambar ana jadi tontonan umum . Semua orang boleh tengok . Ana memang tak suka . Tambah-tambah kalau orang lelaki yang tengok . "

" Pakai tudung dan purdah kan ? Letak jerlah . Apa masalahnya ? "

" Hmm ... nak tanya sikit boleh ? "

" Yer ? "

" Jujur . Kalau seorang perempuan tu letakkan gambar dia dalam fb although gambarnya bertudung penuh, berpurdah, berpakaian lengkap . Nafsu lelaki macam mana ? "

Dia diam sekejap lepas aku tanya macam tu . Mungkin dia terkejut kenapa aku tanya macam tu . Aku pun hairan sebenarnya . How could I asked him a question such that ? Huhu . -.-

  " Jujur ana katakan . Sebagai seorang lelaki,ana mengaku yang nafsu tu tetap ada walaupun sikit pada perempuan bertudung comel yang letakkan gambarnya di fb .. "

Akhirnya dia membalas pertanyaan aku . Dan jawapan dia .. See ? Syukur, aku tak letak gambar aku dalam Facebook . Katanya lagi, kaum perempuan selalu minta tolong lelaki jangan ganggu mereka . Kononnya, lelaki semuanya kejam . Cuma fikirkan nafsu saja . Tak fikirkan hati dan perasaan perempuan . Habis, hati dan perasaan kaum lelaki macam mana ? Siapa yang nak jaga ? Perempuan tak kejamkah ? 

" Ana tak kisah kalau nak hormati kaum perempuan . Tapi, ana harap kaum perempuan pun hormati kami sebagai kaum lelaki . Tolonglah kami untuk menjaga iman kami .. Nafsu kami boleh terdetik walaupun hanya dengan melihat pada jari kaki seorang wanita .. "

Aku terdiam . Salah siapa ? Err ... Nothing to say . But, we've got the conclusion from the story right ? Then,please think about it ! Kalau kawan aku,senang jer dia jawab .

" Apa pendapat anti tentang gangguan seksual ? Agak-agak, macam mana cara nak atasi ? "

" Alarh .. Gangguan seksual ? Salah semua ! Siapa suruh hidup suka hati ? Allah bagi panduan untuk hidup bersyariat,tapi tak nak ikut ! Kalau ikut betul-betul takda jadilah gangguan seksual ni ! Senang, kalau rasa tak dapat kawal sangat perasaan nak dedah aurat tu . Tak dapat kawal sangat perasaan nak lepas nafsu tu . Nikah sajalah ! Halalan Toyyiban ! "

Err ... Semangatnya kawan aku sorang ni ... Huhu .. Nothing to say again . =="

Friday, October 5, 2012

Segalanya tentang kakak ! :D

Assalamualaikum :)


Actually, dah lama sangat aku nak update pasal satu-satunya kakak aku yang tinggal yang aku sayang sangat ni . Dari bulan 3 lagi rasanya .

Okay . Aku ada dua orang kakak sebenarnya . Wah ! Untung aku kan ? Btw,kakak sulung aku telah lama meninggal dunia . Dalam umur aku 7 tahun (23/10/2003) . Meninggal sebab lemas di laut Terengganu . Lemas bersama aku, tapi Allah lebih sayangkan dia :') . So,tinggallah lagi seorang kakak aku . Yang meninggal tadi, namanya Farah Hanan . Yang tinggal ni, namanya Farah Hani .

Kakak aku yang Farah Hani ni, dipanggil Acik . Apapun, dia selalu bahasakan diri dia sebagai Kak Ani . Nice nickname :) .

Acik selalu tolong umi buat kerja rumah . Dari umur 8 tahun pun, dia dah tau memasak . Sedap sangat dia masak ! :D . Aku ? Hihi . Jangan tanya :3 . Bukan tak reti larh . Tapi, aku ... Trouble with the fire . Oh ! :(

Acik sangat rajin . Sepanjang aku study untuk exam UPSR dulu, dia larh yang buat semuanya . Sebab umi abah aku busy . Apalah salahnya hidup sebagai seorang anak kalau tak boleh membantu kan ? Hehe . Dia sidaikan baju, dia memasak, dia kemas rumah, dia .. dia ... dia ... huhu .. Lenguh tangan kalau taip semuanya .

Walaupun acik garang macam singa, tapi dia tetap sharing is caring tau :) .

Acik seorang yang rajin bukan hanya pada kerja, tapi pada study . Kadang-kadang, acik mintak aku temankan acik pukul 3 pagi untuk study matematik . Cuba bayangkan . Dulu dia selalu dapat markah rendah dalam subjek tu . Tapi sebab dia rajin study, dia dapat A+ ! :) . Dia dapat 9A 1B dalam peperiksaan SPM . Aku merupakan salah seorang yang menangis sebab seronok masa dapat tau pasal tu . Hehe :'3 .

So,sekarang dia dah masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin ( UnisZa ) di Terengganu diploma bahagian undang-undang . Huhu . Aku ditinggalkan keseorangan di sini . Selama hari ni, segalanya aku buat dengan dia . Tapi, bila dia tak ada, aku kena belajar berdikari . Sebelum ni, aku akan ceritakan segala masalah aku kat dia sebab aku percayakan dia . Tapi, sekarang ? Aku cuma bercakap dengan bantal peluk yang selalu temankan aku tidur setiap malam :'( .

Haha . Macam-macam kalau nak cerita pasal kakak aku ni . Tapi, aku kena sign out sekarang sebab Mr. Mama dah marah aku duduk atas lewat malam ni . Huhu . Apapun, aku bangga ada kakak macam kakak aku . Tapi tak tau larh pulak dia bangga atau tak ada adik macam aku . Hmm . =="

Kisah Sedih : Kerana Dia Ibuku ...

Assalamualaikum :)

Pada petang ni . Aku ingin menceritakan tentang sebuah kisah sedih . Aku hanya manusia prihatin yang ingin menceritakan kisah ini pada sahabat sekalian . Namun,cerita asalnya datang dari si kecil sendiri . Tidak kira ianya cerita dongeng,mitos,lagenda,ataupun lain-lain . Pengajarannya tetap memberi 1001 makna di dalam kehidupan kita sebagai manusia . Ingatlah ... Si kecil sentiasa memerlukan kita  untuk terus membesar dengan aman di atas muka bumi ini .. :')


Aku terasa sejuk . Dingin . Tanganku menggenggam lembut seutas tali besar di atas dadaku . Entahlah dari mana datangnya tali tersebut . Aku tidak tahu . Di manakah aku sekarang ? Aku juga tidak tahu . Hanya terasa aku sedang di dalam sebuah kelambu kecil yang lembut . Di sekelilingku berwarna kemerahan saja . Aku ingin terus membuka mata . Namun,aku hanya mampu mengedipkan mataku sebentar dan memejamkannya semula .

Rasanya sudah lama aku di sini . Mungkin saja hampir 9 bulan aku di sini . Di manakah aku ? Sekali lagi aku tertanya-tanya . Aku mendengar suatu suara lembut menyanyikan sebuah lagu merdu . Aku turut merasa tangannya mengusap dinding yang berada di sekelilingku . Aku semakin keliru . Perlahan-lahan,aku memejamkan mataku . Terlena diulit sepi ..

Aku merasa rimas dengan tali yang berada di atas dadaku . Aku menendang kakiku ke hadapan . Secara tiba-tiba,aku dapat merasakan kesakitannya melalui suaranya yang sedang mengeluh kesakitan . Selama beberapa jam,aku mendengar suara keluhannya . Hinggalah tiba satu detik . Aku terlihat satu cahaya terpancar dari suatu arah . Aku dapat merasakan tubuh kecilku perlahan-lahan ditarik ke arah cahaya tersebut . Tidak lama kemudian,aku merasakan seolah-olah duniaku cerah berbanding sebelumnya . 

Aku cuba membuka mataku sedikit . Aku dapat lihat beberapa manusia yang memakai baju berwarna hijau sedang memandangku sambil tersenyum lebar . Tali besar yang berada di atas dadaku sekian lama itu telah pun dipotong . Aku diletakkan di atas dada seorang wanita . Kata mereka,dia adalah ibuku . Wah ...! Dunia ini luas ! Aku yakin,wanita yang bernama ibu ini pasti akan melindungi tubuhku yang kecil setiap masa . Aku berasa sangat gembira ..


Kini aku semakin membesar . Benar sangkaanku . Ibuku membesarkanku dengan penuh kasih sayang . Ibuku sentiasa menyuap makanan ke mulutku setiap kali aku menangis kerana kelaparan . Aku ditatang bagai minyak yang penuh . Namun,sepanjang aku membesar,aku sering terdengar mereka menyebut tentang ayah . Ayah ? Apakah itu ayah ? Aku tidak tahu . Kata mereka lagi,setiap anak mempunyai ayah . Tapi ... dimanakah ayahku ?

Semakin aku membesar,ibu semakin berubah . Ibu semakin tua . Dan ibu semakin garang . Setiap apa yang aku lakukan,pasti menjadi kesalahan di matanya . Apa salahku ? Di manakah ayah yang sepatutnya melindungiku ? Aku dipukul,dirotan,dimarahi walaupun hanya atas sebab yang kecil . Aku juga sering mendengar rakan-rakan ibu yang lain menghalang ibu untuk memukulku . Namun,ibu tetap memukulku dengan penuh perasaan marah ..

" Sudahlah ! Bukan salah dia yang mahu dilahirkan ke dunia ini dengan cara itu ! Mengapa perlu dilepaskan tekanan ke atasnya ?!! Dia tidak ada ayah,mengapa dia perlu diperlakukan sedemikian rupa ?!! "

Aku terdiam sejenak . Di manakah ayahku ? Siapakah aku sebenarnya ? Suatu hari,sedang aku duduk membaca buku dengan ibuku . Tiba-tiba,datang seorang lelaki masuk ke dalam rumahku sambil membawa sebilah pisau belati di tangannya dan menarik tangan ibuku . Aku terkejut . Aku ingin membantu ibu . Namun,aku pula ditikam oleh lelaki kejam tersebut . Aku menangis kesakitan . Sayup kedengaran suara jeritan ibuku . Aku tidak sedarkan diri lagi ..


Kini,sudah hampir 10 tahun ibu pergi meninggalkan aku . Aku teringat peristiwa itu . Lelaki kejam itu menikamku dan aku tidak sedarkan diri . Buah pinggangku semakin parah . Akhirnya,seseorang telah mendermakan buah pinggangnya dan saat itu juga ibu pergi meninggalkan aku seorang diri di dunia ini . Mengapa ibu ? Siapa lelaki itu ? Mengapa dia ingin membunuh ibu ? Mengapa ibu sering memukulku dahulu ? Semuanya menjadi tanda tanya hinggalah suatu saat,aku terjumpa sebuah buku diari yang disembunyikan di bawah katil ibuku . Bebola mataku membaca isi kandungannya dengan penuh minat ..

" Aku dirogol dan aku mengandung . Di manakah harus aku letakkan anakku ini ? Dia tidak bersalah .. Kejamnya lelaki itu ! Mengapa aku dianiaya ? Aku ingin gugurkan anak ini ! Tapi ... Aku sangat sayangkan dia .. Aku akan berikan dia kepada orang apabila dia telah dilahirkan suatu saat nanti .. "

" Saatnya telah tiba,sekarang aku lemah ... Aku telah selamat melahirkan anakku,seorang bayi lelaki yang comel . Aku sayangkan dia . Aku akan menjaganya dengan sepenuh kasih sayangku .. Maafkan ibu,nak ... Ibu tidak dapat memberikanmu kasih sayang seorang ayah seperti yang setiap orang inginkan ... "

" Anakku semakin membesar dengan baik . Namun,aku sentiasa dalam keadaan tertekan . Lelaki itu sering muncul kembali dalam hidupku ! Dia sentiasa menggangguku ! "

" Anakku dalam keadaan kritikal .. Semuanya kerana lelaki kejam itu ! Ya Allah .. Selama ini,aku abaikan tanggungjawabku sebagai seorang ibu dengan memukulnya .. Dan sekarang,aku akan tebus kesemua kesalahanku .. Wahai anakku,jagalah buah pinggang ibu,nak .. Ibu sayangkan kamu .. "

Aku menangis semahu-mahunya .. Rupa-rupanya lelaki itu adalah ayahku dan aku hanyalah anak luar nikah ! Anak yang tidak diundang ! Ibu ... Mengapa ibu tinggalkan Irfan ...! Di sisi pusara ibu,aku mendoakan kesejahteraan rohnya di sana . Meskipun aku dibesarkan dengan kesedihan,dia tetap ibuku ... Dan kerana dia ibuku,aku sangat sayangkan dia .. Ya Allah ! Tempatkanlah ibuku di kalangan orang-orang yang beriman ! Amin ...

Aku memejamkan mataku . Terdengar sayup suara ibu membisik di telingaku ...

" Muhammad Farwan Irfan . Semoga dia menjadi seorang anak yang akan membawaku ke syurga suatu hari nanti .. "

Aku melangkahkan kaki untuk pergi meninggalkan kawasan perkuburan . Namun,langkahku berat .. Untuk pergi dengan terlalu cepat kerana dia ibuku ... Dan aku menangis lagi ..

Sekiranya Mereka Mampu Membaca Hati ... :'(

Assalamualaikum :)


Manusia ... Tak pernah lekang dari melakukan kesilapan . Aku sebagai manusia pun,tak pernah sempurna . Siapalah yang pernah sedar tatkala melakukan kesilapan ? Kekhilafan yang tak disengajakan,semuanya tanpa sedar . Kadangkala,ada segelintir manusia yang bersifat kejam,cuba mencari kesilapan orang lain tanpa sedar kesilapan diri sendiri . Sempurnakah mereka ? Layakkah mereka menfitnah orang yang tidak bersalah,yang tidak sedikitpun menyentuh hidup mereka ? Tak malukah mereka ?

" Manusia tak mampu membaca hati orang lain . Sebab tu,manusia jugak tak mampu menjaga hati dan perasaan orang lain . Serta tak mampu untuk menilai setitis air mata .. "

Jadi,kenapa tak diamkan diri saja ? Kenapa perlu membuka mulut untuk berbuat dosa ? Manusia tak mampu kembali ke masa lalu . Dan manusia jugak tak mampu untuk mengubah masa lalu . Tapi masa depan masih boleh dirancang dan diubah . Apalah salahnya memberi peluang untuk insan yang daif dan tersasar melakukan kekhilafan ? Sungguh,Allah S.W.T itu Maha Pengampun ! Kenapa kita sebagai hamba-Nya yang keji dan hina pun masih bongkak dan tak boleh berikan peluang kedua kepada mereka yang memerlukan ? Tepuk dada tanya iman . 

Seandainya manusia mampu membaca hati manusia,tiada lagi rasa sedih di atas muka bumi ini . Kerana betapa mereka menjaga hati orang lain kerana tahu apa yang dibenci dan disukainya . Tiada lagi rintihan kesedihan yang bergema di dalam hati .

" Aku sedih,kenapa mereka bencikan aku ? "

" Aku kecewa,kenapa mereka bersikap begini denganku ? "

" Kenapa mereka tak sedar betapa terlukanya hati aku ? "

" Sampai bila aku mampu bertahan ? "

" Pedihnya hati aku dengan kata-kata mereka .. "

Pernahkah kita mendengar rintihan-rintihan tersebut keluar dari mulut orang yang sentiasa dekat dengan kita ? Mereka sangat menginginkan kita memahami hati mereka . Tapi,kita ? Kenapa manusia tidak diberikan kemampuan untuk membaca hati manusia ? Kerana Allah mahu kita merasakan kenikmatan janji-Nya ! Bukankah Allah telah berjanji di dalam Al-Quran ?

" Sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu akan ada kesenangan ... "

Jika manusia sering hidup dalam kebahagiaan kerana mampu membaca hati orang lain,bilakah manusia mampu untuk merasai kesedihan ? Kesedihan itulah yang akan mendorong kita untuk berubah menjadi lebih baik . Sedarkah kita ? Kesedihan itu indah sebenarnya,sahabat ... Dan kerana itulah,aku masih mampu berdiri teguh di atas muka bumi Allah ini . Meskipun segala fitnah,cacian,tohmahan,segalanya aku lalui . Aku tetap tabah kerana aku yakin memang ada mereka yang bencikan aku dan sayangkan aku . Tapi,peratusnya ? Mereka yang benci aku hanyalah 10% berbanding mereka yang sayangkan aku lagi 90% ! Bersyukurlah ... Aku sangat dihargai sebenarnya .. :')

Teruskanlah menfitnah aku . Teruskanlah mencaci aku . Teruskanlah menyakiti hati aku . Kerana aku redha . Tapi,satu yang aku mintak . Tolong jangan sakiti diri sendiri di akhirat kelak . Dan jika aku mati,tolong redhai segala kesalahan aku kerana aku ingin pergi dengan tenang dan tolong jangan tangisi pemergianku kerana aku redha dengan ketentuan-Nya . Hidup aku telah diatur begini . Jalan hidupku semuanya telah diatur . Aku redha,Ya Allah ! :')

Thursday, October 4, 2012

Siapa Aku Untuk Melawan Takdir ?

Assalamualaikum :)


Bulan puasa yang lepas,aku disahkan mempunyai jangkitan kuman di dalam rahim . Tiga hari aku ditahan dalam wad bersalin yang penuh misteri tu . Then,lepas dari tu aku dilepaskan keluar (chewah .. macam keluar penjara pulak ) atas sebab dah sembuhlah kononnya .

Aku kena makan ubat itu . Ubat ini . Tak cukup,umi tambahkan lagi . Perut aku penuh dengan ubat saja . Aduh .. Aku memang sembuh lepas tu,alhamdulillah . Tapi sekarang,aku kembali jadi macam dulu . Sakit tu datang balik . Setiap masa aku sakit . Dalam kelas,aku tak boleh fokus . Ya Allah .. Rahim aku .. Sakit .. Huhu ... :'(

Sahabat aku meninggal . Ini cerita lain pulak . Bukan seorang,tapi dua orang . Allah .. Sungguh,aku diuji .. Kuatkan imanku .. Hari tu,aku nak melintas jalan . Untuk pengetahuan umum,aku takut bila berjalan atas jalan raya . Sangat-sangat takut . Lebih takut kepada lori . Tak kira kecik atau besar . Ok,sambung cerita . Selalu sangat aku terbabas dari cerita sebenar . ==" 

Hari tu,aku nak melintas jalan . Entahlah dari mana lori tu terbang,hampir-hampir nak langgar aku . Aku terus ke tepi walaupun sememangnya aku di tepi jalan . Lori tu yang bersalah . Itu satu . Lagi satu,aku nak lintas jalan untuk pergi kedai . Secara tiba-tiba,sebuah kereta yang kononnya mewahlah ( bukan boleh bawak masuk kubur pun ok ? ) datang dengan laju meluru ke arah aku . Aku terkejut terus ke belakang sikit . Kalau kawan-kawan nak tau,jarak di antara tayar kereta Mr. Mewah tersebut dengan hujung jari kaki aku hanyalah 3cm saja . Yup,tiga sentimeter bukannya tiga meter ! Kalau aku mati kat situ,memang tak taulah apa nak jadi kat umi dan abah aku . Aku cukup takut atas jalan raya . Sebab tu,aku tak pernah berniat nak belajar bawak kereta . Jangan nak berangan . 


Banyak lagi yang jadi kat aku sejak kebelakangan ni . Tapi,Alhamdulillah . Aku masih hidup untuk terus beribadah kepada-Nya . Siapa aku untuk melawan kehendak Allah ? Aku terfikir,16 tahun 4 hari aku hidup atas muka bumi ni . Sedetik pun aku tak boleh bersyukur ? Macam-macam yang jadi pada aku . Aku pernah lemas bersama arwah kakak aku di laut . Tapi siapa yang meninggal ? Kakak aku dan bukannya aku ! Aku pernah hampir dilanggar kereta dan lori,tapi Allah masih sayangkan aku . Buktinya ? Allah selamatkan aku,beri peluang untuk aku terus beribadah ! Aku pernah hampir dipatuk ular . Tapi Allah kirimkan seekor katak untuk bantu aku . Aku pernah hampir dibunuh seekor kala jengking . Tapi Allah kirimkan seekor kucing untuk selamatkan aku . Aku pernah hampir disentuh lelaki yang tak kenal erti dosa pahala . Tapi ? Allah masih sayangkan aku . Allah kirimkan seorang manusia untuk selamatkan aku masa tu . Masih tak bersyukur ...?

One more thing,(speaking ni serabut,back to Malay version ==" ) aku hampir di operate gara-gara jangkitan kuman dalam rahim aku . Doktor perlu cuci rahim aku . Tapi ? Allah masih selamatkan aku ! Doa dan sokongan umi di sisi aku saat aku lemah telah banyak membantu aku .. Aku kembali kuat untuk melawan sakit aku dan akhirnya,aku tak jadi dibedah . Mengapa sukar untuk bersyukur,wahai Ummu Khautar ? 

Aku pernah terfikir . Aku sedih dengan dugaan . Kenapa Allah tak ambil aku kembali ? Kata mereka,Allah lebih sayangkan orang-orang yang meninggal . Habis,kenapa Allah tak ambil nyawa aku ? Allah tak sayangkan aku ? Astagfirlahalazim ... Sekarang aku sedar,Allah sangat sayangkan aku .. Dia selamatkan aku dari segala bencana sebab dia nak berikan aku peluang . Peluang untuk aku bertaubat dan mula belajar untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai-Nya ...

Bersyukurlah wahai diri ... Dirimu sangat beruntung ...! :')

Ya Allah .. Aku redhai pemergiannya ...

Assalamualaikum :)


" كل نفس ذائقة الموت... "

Hari ni,aku dikejutkan dengan berita kematian sahabat aku . Innalillahiwainnailaihirajiun .. Allah lebih sayangkan dia .. Aku rasa sangat-sangat sedih + terkejut bila dengar tentang berita kematian dia yang lebih tua dari aku . Mula-mula,aku tak percaya .

" Eh,meninggal ? Biar betik ? Kenapa ? "

Aku pun mula pelik . Aku pergi jumpa cikgu aku . Bukan aku tak redha dengan takdir dan tak dapat menerima kenyataan . Bukan ! Tapi sebab aku nak pastikan kesahihan berita ni . Aku betul-betul terkejut masa tu . Jantung aku jadi laju . Langkah aku lemah longlai . Kepala aku sakit . Aku keliru . Bertambah lemah bila cikgu aku katakan,memang betul,dia dah meninggal pagi tadi . Aku terus terduduk di sisi cikgu aku,di depan kawan-kawan lain,depan kelas . Aku menitiskan air mata,setitis saja . Cikgu tau aku sedih . Cikgu kata,kalau aku nak tengok jenazah dia,pergilah ikut ustazah aku . Tapi,aku ...

" Saya memang nak pegi ! "

Aku terus kesat air mata di pipi aku . Aku ke belakang kelas,tempat duduk aku dalam kelas . Semua kawan pandang aku . Aku tunduk . Sampai di tempat duduk,aku pandang seorang sahabat aku .

" Betul weyh ... Dia dah tak ada . Dia dah meninggal pagi tadi .. "

Aku cuba tahan air mata aku yang bergenang . Tapi,aku ... Aku terus tarik tudung aku dan tutup muka aku . Aku menangis semahu-mahunya . Aku nampak sahabat aku tundukkan kepala ke bawah . Butiran air mata jatuh setitis demi setitis . Aku terkedu . Tiba-tiba saja terdengar suara arwah tergiang-giang di telinga aku ...

" Hai ! Sorang jer ? Kalau sunyi,kita nak temankan .."

" Kenapa sedih ni ..? Ceritalah ... Mungkin,Kak Wani boleh bantu Wani .. "

" Wani,depa kata Wani ni adik angkat Kak Wani ! "

" Wani .. Kak Wani sedihlah .. Depa kata Kak Wani macam-macam ... "

" Wani,minta maaf .. Kak Wani tak boleh temankan Wani .. Kak Wani nak pergi ziarah kubur adik Kak Wani .. Wani jangan sedih,nanti Kak Wani sedih jugak .. Boleh demam terkejut tau ... "

Wani ... Wani ... Wani ... Arghh ....! Aku tergamam . Kenapa aku ni ?!! Redhalah dengan ketentuan-Nya,Waniey ! Aku menangis lagi . Ya Allah .. Apa aku buat ni ? Semasa hayat arwah dulu,arwah merupakan seorang manusia yang sangat baik dengan aku . Tapi,aku ? Aku selalu main-mainkan dia ! Bila dia dah tak ada,baru aku menyesal ! Padan muka aku ! 

Aku harap sangat yang aku boleh pergi ziarah jenazah dia . Tapi ... Bila aku maklumkan tentang hal ni pada abah,abah kata kena cepat pergi kerja . Memang nak ziarah,tapi kena cepat pergi kerja . Esok sajalah . Aku sedih + sedih + sedih + sedih ! Abah ... Kenapa abah ...? Aku teringat kata-kata sahabat aku ..

" Tau tak ? Sepanjang dia sakit,dia harap sangat kita pergi tengok dia ... "

Kepala aku semakin sakit . Sepanjang hayat dia,aku abaikan dia . Bila dia sakit,aku tak ziarah dia . Bila dia meninggal,aku tak mampu ziarah jenazah dia ! Sahabat macam apa aku ni ?!! Aku menangis lagi dan lagi .

" Sudahlah Waniey ... Redha saja dengan qada dan qadar Allah . Allah lebih sayangkan dia ! "

Aku terdiam . Sudahlah ... Aku nak sedekahkan Al-Fatihah pun tak mampu . Keuzuran,terbatas . Redha saja . Ya Allah ... Aku sayang dia,sahabat aku yang aku tak pernah sedar selama hari ni selalu ambil berat pasal aku . Semoga Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman . Amin ...

p/s : Ramai sahabat aku meninggal sekarang . Aku ? Bilalah agaknya ... Herm ...