Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi,Kematian Semakin Mendekati .

Assalamualaikum :)

Aku baru balik dari solat tarawih di Masjid An-Nur,Pokok Sena,Kedah . Alhamdulillah,Ramadhan datang lagi . Lepas dari Ramadhan yang lepas,aku sering tertanya-tanya,adakah aku masih sempat menikmati Ramadhan kali ni ? Alhamdulillah,Allah dah pun jawab persoalan aku tu :)

Tapi,saban tahun menyambut Ramadhan,semakin aku rasakan kematian makin menghampiri . Umur makin meningkat . Aku berazam nak khatam Al-Quran bulan puasa tahun ni . Aku nak baca satu hari,satu juzuk,Insya-Allah :D


Ya Allah,rindunya aku nak menghafal Al-Quran macam dulu . Tadi,aku betul2 gembira . Sebab buat pertama kalinya aku boleh pergi solat sunat tarawih berjalan kaki dengan sahabat aku,iaitu Nur Adlin Sofiya . Dulu2 tak pernah lalui pengalaman best macam ni . Tambah pulak,malam ni bintang kelihatan sangat2 banyak ! :D Aku dan dia berjalan sambil mencari buruj dalam kumpulan bintang tu . Sangat2 seronok umpama kembali ke zaman kanak2 :)

Ramadhan aku tahun ni tanpa arwah kakak dan arwah tok . Al-Fatihah untuk mereka . Tak sangka,cepat betul masa berlalu . Herm,ada orang kata,aku ni tak pandai,tak matang,dan lain2 . Takpa larh,aku tak kisah bila diorang menilai luaran sebab hakikatnya dalaman aku tak macam tu,Alhamdulillah . Betul kan ? Pandai tak semestinya bijak . Diorang kata aku tak pandai,tapi tak pernah lagi aku dengar orang kata aku tak bijak,syukur Alhamdulillah :')

Tak semua yang kita lakukan,kita perlu bagitau orang lain kan ? Erm,Ya Allah,Aku rindu Allah . Sukar nak gambarkan apa yang aku rasa ni . Huhu . Tidur dulu . :'(

*sedih ni meyh*

p/s : Ya Allah,jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buatku andainya ini Ramadhan yang terakhir untukku .

Thursday, July 19, 2012

5 Perkara Agak Tak Sopan Kaum Hawa Lakukan .

Baru2 ni,masa dalam kereta nak pegi sekolah,aku perhatikan beberapa anak gadis yang berpakaian agak menjolok mata,pewit !

Serta-merta aku terpikir beberapa perkara yang sangat2 larh tak wajar dan buruk bila dilakukan oleh kaum perempuan . Nak tau apa ? Sini aku listkan . Tapi tak taulah korang sependapat dengan aku atau tak . Tapi kalau yang tak sependapat tu,jangan kutuk aku,tapi tegur yer :)

Lima Perkara Yang Agak Tak Sopan Kaum Hawa Lakukan :

1 . Menunggang atau membonceng motor sehingga menampakkan betis yang gebu .


Dah tau betis tu aurat,pegi tayang buat apa lagi kak ? Nak buat show ? Ker rasa panas nak selak bagi sejuk sikit ? Kat neraka nanti lagi panas tau ! Duduk bukak kaki luas2 tu,tak nak larh kak . Kita perempuan,tak sopan buat macam tu . Tapi kalau dah memang motor saja pengangkutan yang ada,nak buat macam mana kan ? Terpaksa larh sopan tak sopan pun . Tapi stokin kena pakai larh panjang sikit,tutup betis tu . Tak pun pakai seluar jer kat dalam . Yang pakai tudung,please pakai sweater supaya tudung tak terbang dan menampakkan rambut ataupun bentuk tubuh badan . Ianya umpama korang tak pakai tudung jugak kan ? Seriously,memang nampak tak sopan bila perempuan naik motor .

2 . Bercakap dengan membahasakan diri 'aku' dan 'kau' atau 'aku' dan 'hang' .

Yang nombor dua ni mesti ramai orang kata kat aku . "Eleh,dia pun tulis 'aku' kat blog,pigi daa ! " . Hambek kau ! Err .. Ok,aku terangkan . Kat blog,aku bahasakan diri aku sebagai 'aku' sebab at first aku mula berblogging,aku tak pernah fikir akan ada orang yang nak baca blog aku . Maklumlah,berblogging sekadar mencari keseronokkan . Jadi,bila dah ada orang baca ni,aku dah terbiasa larh . Tapi hanya membiasakan diri 'aku' di blog,tidak di luar . Kat luar,cakap 'kami' dan 'hampa' jer,atau 'saya' dan 'awak' . Haha . Skema tapi lebih sopan kan ? * malu :3 *

3 . Merokok,mencarut,melepak,dan perbuatan vandalisme yang lain2 .

Alahai,perbuatan vandalisme tu dah memang tak wajar dilakukan tak kira lelaki ataupun perempuan . Bila tengok lelaki lakukan pun dah buruk sangat rupanya,apatah lagi larh kaum perempuan . Tolong larh jaga sikit perlakuan kita yer kak ? Kalau akak tak malu,saya malu :3 Jadi janganlah malukan saya sebagai kaum perempuan .

4 . Pakai pakaian yang sama sebanyak tiga kali seminggu tanpa basuh .

Kalau lelaki yang buat macam ni,orang takkan kata apa,biasa jer semua tu kan ? Tapi kalau perempuan ? Alahai,pengotornya dia ! Kalau boleh,perempuan yang pembersih ni dinilai kalau dia mandi sehari paling kurang pun dua kali kan ? Baju pun kena tukar selalu,haha :D Tak kira larh dia mandi lima kali sehari sekalipun,kalau tak tukar2 baju tu memang kena cop pengotor .

5 . Ketawa kuat2 sampai nak pecah rumah,hancur segala kesopanan tu .

Cuba bayangkan,seorang perempuan yang bertudung,manis rupanya,lalu depan korang . Eh,sweet jer dia ! Dia duduk dengan kawan2 sambil tersenyum . Eh,sweet jer senyuman dia ! Tiba2,kawan dia sebutkan satu jenaka dan dia ketawa dengan kuat *umpama meruntuhkan bangunan* seperti Hahaha ! :O Ianya memang tak sopan kan ? Huhu,jadi,fikir sebelum bertindak .

p/s : Tak berat pun kalau nak jaga tatasusila sebagai seorang perempuan kan ? :)

Wednesday, July 18, 2012

Meow,maafkan Waniey !

Baru2 ni,aku bukak satu laman web yang menceritakan tentang kucing2 yang terbiar . Aku memang sukakan kucing sejak azali lagi . Then,aku ternampak satu gambar yang sangat2 cute .

Inilah gambar anak2 kucing yang di offer oleh admin blog tersebut . Ibu kucing2 ni dah mati sebab langgar lari . Jadi,anak2 kucing ni di offer untuk dijaga,bukan dijual kepada sesiapa yang nak jaga . Kesian kalau difikirkan balik . Anak kucing yang masih menyusu tu dah kehilangan ibunya . Kalau diambil jaga sekalipun,ia tetap tak sama . Mana ada manusia boleh menyusukan anak kucing kan ? Huhu -.-

Dulu waktu aku kecik,aku selalu berazam,besar nanti,aku nak jaga kucing2 yang terbiar . Aku akan rawat kucing2 yang sakit sampai sembuh . Aku akan lindungi semua kucing yang ada di muka bumi ni . Aku takkan biarkan siapapun menyakiti kucing2 yang ada .

Tapi,bila aku dah besar,walaupun aku masih ingat azam aku tu,tapi aku tak boleh nak laksanakan sebab aku tak mampu . Aku cuma mampu melihat . Huhu,sedihnya aku . :(

Sejak kebelakangan ni,aku selalu nampak bangkai kucing yang mati dilanggar kat tengah jalan . Perasaan aku ? Jangan ditanya . Aku rasa macam nak menangis guling2 atas lantai . Tragis dan menyayat hati tu yob !

Aku selalu cakap sorang2 bila aku sedih tengok nasib kucing2 terbiar ni . Aku suka bahasakan diri aku Waniey di kalangan kucing . Aku akan kata :

" Meow,maafkan Waniey . Waniey berniat untuk bantu Meow tapi Waniey tak laksanakannya . Kalau diletakkan diri Waniey di tempat Meow,siksanya hidup macam ni . Maafkan Waniey sebab tak mampu tolong kawan Waniey seperti Meow . "

Then,aku menangis . *touching sikit larh meyh*

p/s : Even korang tak suka kucing sekalipun,janganlah disepak kucing tu . Kalau dia sepak korang,korang suka ? Tepuk dada,tanya iman please !

Pelajar Dibenarkan Bawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013 ?

Assalamualaikum :)

Pelajar dibenarkan bawa phone ke sekolah mulai tahun depan,tu yang aku dengar dari mulut ke mulut . Di Facebook dan Twitter,dah ramai yang sebut tentang ni . Aku tak tengok pun berita semalam,tapi ada sumber yang bagitau,ini memang ada dalam berita,bukan aku yang buat2 ok ?

Actually,kali pertama aku dapat tau pasal ni,aku terus fikirkan,apa sebenarnya tujuan handphone dibenarkan bawa ke sekolah ni ? Aku terus fikirkan kebaikan dan keburukannya .


ok,aku listkan kebaikan dan keburukannya yg aku dah fikirkan . Kalau aku tersilap,tolong perbetulkan :)

Keburukan :

  1. Cuba bayangkan,cikgu sedang mengajar di depan,dan anak murid pulak sibuk membalas mesej di belakang . Dah tentu ada yang dia akan ketinggalan sebab terlalu kushyuk balas mesej . Then,cikgu pulak tak nak ulang apa yang dia cakapkan . Tak ker menyusahkan diri sendiri dan cikgu namanya tu ?
  2. Dalam peperiksaan,terlupa pulak apa yang dihafal ataupun dibaca . Jadi,kita mesej sajalah dengan kawan dan share jawapan,yer tak ? Akhirnya,semuanya lulus peperiksaan . Wah,bangga tak kiralah cikgu dengan pencapaian kita yang sebenarnya berkongsi otak tu ! :D
  3. Kalau cikgu berleter,murid pulak dengan senang hatinya pakai ear phone dan bukak lagu kuat2 . Especially kalau murid tu pakai tudung,senang jer tak nampak ear phone tu . Dan kalau yang tak pakai tudung pulak,bila cikgu suruh tanggalkan ear phone tu,dengan senang hatinya boleh jawab " maaf,saya sedang dengar UAI bagi ceramah ! " .
  4. Kalau murid yang guna phone berteknologi tinggi tu,ditambah pulak dengan sekolah dilengkapi wifi . Dengan senang hatinya boleh bukak Facebook dan Twitter dalam kelas . Itu belum kira lagi berkongsi pulak dengan rakan,bukak gambar pornografi yang tak patut ditonton .
  5. Bila cikgu rotan atau denda sebab tak buat kerja sekolah,murid gunakan phone yang canggih tu dan tangkap gambar atau rakam pelaksanaan denda tu . Then,tunjuk kat ibu bapa dan akhirnya sampai ke balai polis . Kononnya,cikgu salah sebab mendera murid . Sedangkan diorang sendiri yang carik pasal .
  6. Bawa phone nak simpan kat mana ? Of course dalam beg atau poket kan ? Then,kat sekolah confirm2 ramai pelajar lain yang kita tak kenal lebih dekat . Entah baik atau tidak . Kalau ditakdirkan hilang phone tu,tak ker susah namanya tu ? Entah nak cari macam mana,nak tuduh siapa ? Kalau diletakkan dalam poket sekalipun,tetap sama . Takkan tak pernah dengar pickpocket ataupun penyeluk saku ? :D
Kebaikan :

  1. Ok,kalau ada cikgu yang denda terlalu berat seperti ketuk ketampi 500 kali,sebat guna rotan 50 kali,dan lain2 . Mungkin murid boleh merakamnya dengan menggunakan phone untuk dijadikan bahan bukti penderaan . Tapi,kalau kesalahan itu berat baru dirakam,bukannya dengan sekali ketuk ketampi terus dirakam dan cikgu dipersalahkan .
  2. Untuk pelajar sekolah menengah yang pegi ke sekolah dengan menunggang motosikal,kalau berlaku emergency seperti minyak habis,motor rosak,dan lain2 . Bolehlah manfaatkan phone yang dibawa tu dengan menelefon ibu bapa untuk maklumkan hal2 yang berkaitan .
  3. Sekiranya berlaku emergency di sekolah seperti pengsan,histeria,pergaduhan dan lain2 . Boleh terus call ibu bapa kalau cikgu busy seperti meeting,pergi kursus dan lain2 . Tambah2 kalau berlaku emergency gangguan seksual ketika berjalan kaki untuk pulang dari sekolah,ataupun di sekolah sendiri,boleh terus call polis untuk datang ke sekolah .
Sebenarnya,aku pun dah tak tau apa lagi kebaikan yang ada bila bawak phone ke sekolah ni . Rasanya,keburukan lebih banyak berbanding kebaikan . Jadi,aku harap cadangan membenarkan phone dibawa ke sekolah tu dipertimbangkan semula . Kesannya bukan saja pada pelajar,malah ekonomi negara jugak .

p/s : Aku takda phone,tak payah fikir nak bawak phone atau tak ke sekolah,ianya tetap sama :D

Wednesday, July 11, 2012

Misteri : Jurang Mariana


Aku suka pasal misteri-misteri ni ... Antaranya,misteri jurang Mariana,misteri kehilangan kapal Flying Dutchman,misteri kehilangan pesawat yang melalui segitiga bermuda dan lain-lain ... Tapi,hari ni aku akan ceritakan tentang Jurang Mariana dulu,yang aku copy paste petikannya dari Wikipedia :)

Jurang Mariana merupakan jurang yang paling dalam di dunia,dengan kedalaman sehingga 11 km ( 6.8 batu ),dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ... Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana,di timur Mindanao,Filipina ... Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina ... Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu ...

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina ... Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka) ... Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa,lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut ...

Sekian,laporan dari aku untuk hari ini :D

p/s : Aku selalu terfikir,kalau ada orang lemas di Jurang Mariana tu,agaknya macam manalah nak cari mayatnya dalam jurang yang sangat-sangat dalam tu ...

Thursday, July 5, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih ! :')

Assalamualaikum.


" Allah menguji hamba-Nya kerana Allah sayangkan hamba-Nya ... "

Aku terdiam setiap kali kata-kata tersebut tergiang-giang di telingaku ...

" Ya Allah,benarkah Engkau menguji aku kerana sayangkan aku ? Mengapa aku diuji begitu berat ? Adakah Engkau mengujiku kerana aku terlalu banyak dosa dengan-Mu ? Aku tak mampu tanggung semua ni lagi,Ya Allah ... "

Kata-kata tersebut sering aku bisikkan dalam hati ... Lemahnya aku ... Baru diuji sedikit tapi sudah mengeluh ... Nikmat yang Allah berikan selama hari ni begitu besar ... Jadi,apa salahnya aku diuji seketika,separuh dari nikmat yang aku perolehi ?

Buat seketika,sementara aku diuji,aku kehilangan nikmat berkasih sayang sesama keluarga,nikmat dikasihi guru,serta persahabatan yang selama ni aku cuba pertahankan ... Demi Allah,sekarang pun aku masih pertahankan persahabatan aku,cuma ianya semakin runtuh kerana kelemahan aku ... Tapi aku takkan biarkan ! Dia sahabat aku ! Aku tak rela kehilangan sahabatku,Ya Allah ... Bantulah aku !

" Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi apa yang kita mampu .. "

Aku terkedu tatkala mendengar apa yang ustaz katakan ... Ya Allah,aku bukan tak mampu hadapi semua ni ... Allah takkan menguji aku melebihi apa yang aku mampu ... Aku mampu tapi iman aku yang lemah untuk hadapi semua ni ... Astagfirlahalazim ... Ampunkan dosaku,Ya Allah ... Aku merungut kerana imanku lemah ... Sedihnya aku ...

" Ya Allah ... Sesungguhnya aku benar-benar sedih dengan ujian yang sedang Engkau timpakan kepadaku ... Namun aku cuba ikhlas dan redha menerimanya ... Kerana aku yakin dengan janji-Mu,selepas setiap kedukaan itu akan hadir kegembiraan ... Subhanallah ... "

Aku menitiskan air mata ... Kata-kata sahabatku sentiasa bermain di fikiranku ... Benar,Allah menguji hamba-Nya kerana sayangkan hamba-Nya ... Aku tidak perlu bersedih dan berputus asa kerana aku masih mempunyai ramai insan yang memberi semangat kepada aku ... Dan lebih lagi,aku ada Allah yang sentiasa memberiku penawar selepas diberikanku kedukaan yang bersifat sementara ... :')

p/s : Wahai hati ... Ikhlaskan pemergiannya ... Bertemu dan berpisah kerana Allah ... Insyaallah,satu masa nanti,aku akan bertemu dengannya ...