Sunday, April 29, 2012

Bila Madu Bertukar Menjadi Racun ...

Setiap detik yang berlalu buatkan aku rasa sangat resah dan gelisah ... Setiap saat sakit aku makin terasa ... Ya Allah ... bukan aku minta semua ni berlaku ... aku tau Allah sedang menguji aku ... dan sebab itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia maya buat seketika untuk aku kuatkan hati aku dalam menghadapi semua dugaan ini ... kalau aku biarkan lebih lama,ianya mungkin akan berubah menjadi racun dalam jiwa aku ... :(

Aku nak lepaskan segala masalah aku jauh-jauh ... aku dah tak nak pikir lagi tentang semua ni ... let me go away ... ~

Kawan2 ... ambillah iktibar dari kisah hidup aku ... jangan sampai madu bertukar menjadi racun ... kebahagiaan tu dtg cuma sementara jika kita tak mampu mengawalnya dengan baik ... jangan pernah harapkan sesuatu yg tak pasti sebab kelak kita akan menyesal seumur hidup ... btw,aku frust sgt2 ... tp aku sedar,Allah sentiasa bersama aku ... :')

p/s : jangan pernah biarkan kesedihan menguasai diri ! ~ --"


Thursday, April 26, 2012

Jasad Manusia Akan Hancur Kecuali Tulang Ekor ?

Dalam sebuah hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah :

"Tidak ada dari jasad manusia kecuali akan hancur,kecuali tulang ekornya,dari tulang ekor inilah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat "

Al-Qurtubi di dalam kitab Tazkirahnya mengutip hadis ini dari kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.

Sahabat bertanya Nabi S.A.W, "Apakah tulang ekor wahai Rasulullah ?" Lalu dijawab oleh Nabi S.A.W, " Yakni seperti biji gandum,dari biji itulah ia tumbuh" - Riwayat Ahmad.

Tulang ekor juga disebut sebagai tulang sulbi atau coccyx.

Al-Qurtubi menyebut,kecuali jasad para nabi dan syuhada serta tulang ekor,semuanya akan hancur,Wallahua'lam ...

Sikapnya Menusuk Ruang Kalbuku ... :')

Aku perhatikan dia ... setiap masa diberi peluang,aku tak akan lepaskan untuk memerhatikan perilakunya ... dia yang dulunya tidak cemerlang seperti sekarang membuatkan aku kagum ... Keinginan untuk mengetahui rahsia kejayaannya membuatkan aku berusaha untuk mendekatinya ...

Setiap hari aku perhatikan dia ... tak pernah jemu walaupun sesaat ... aku berusaha untuk mengali rahsia kejayaan dia yang secara tiba-tiba terjadi ... namun,sepanjang aku berkawan dengannya,tidak sekalipun aku diberitahu tentang rahsia kejayaannya .. aku sangat kecewa dengan jawapannya ...

" tiada apa yang menjadi rahsia kejayaan saya ..."

Hampir dua tahun aku perhatikan dia,hanya itu jawapan yang aku dapat ?? kecewa di hati mula berdarah ... jadi aku ambil keputusan untuk tidak ambil tahu lagi tentang rahsia kejayaannya ...

tapi,ntah kenapa Allah membuka fikiranku untuk berfikir supaya terus berkawan dengannya ... dan kali ini,aku perhatikan dia dengan lebih jelas ... aku bukan sekadar membuka mata kasar ... malah aku juga turut membuka mata hatiku supaya aku boleh memerhatikan dia sambil berfikir dan merenung tentang kejayaannya ...

Setelah sekian lama aku perhatikan .... aku telah bertemu resepi rahsia kejayaan dia yang sebenar ... resepi kejayaan dia hanyalah HORMAT ... ya,hormat ! :)

Dia sentiasa menghormati guru2,ibu bapa serta rakan2 ... Dia diam tatkala guru berbicara,dia bangun setiap kali guru bangun atau lalu dihadapannya ... dia tidak pernah menyebut-nyebut tentang kekurangan yang ada pada gurunya ataupun ibu bapanya ... dia juga sentiasa menjaga hati sahabat2nya ... betapa mulianya sikap dia ... menarik hatiku yang alpa untuk mula berubah ...

Ya Allah,kejayaan itu memang selayaknya diberikan kepadanya,syukur,dialah sahabat aku ... anugerah dari Allah yang terindah .. :')

Tuesday, April 24, 2012

Cinta Itu Keperluan,Cita-cita Itu Kehendak :)

Assalamualaikum ...

Aku menyelak buku motivasi tersebut ... Wadah Cinta Solehah,tajuk yang sangat indah juga mempunyai motivasi yang sesuai untuk para remaja ...

sampai pada satu bab ... aku tertarik untuk membacanya ...

" Cinta itu keperluan,Cita-cita Itu Kehendak "

serta-merta otak aku bekerjasama dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah untuk berfikir tentang perkara ini ... setelah lama aku berfikir ... aku mula mengatur jawapan ... Ya,benar ... Cinta itu sebenarnya adalah satu keperluan ... Dan cita-cita itu sememangnya satu kehendak ...


Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang ada pada diri ... dan setiap manusia juga dilahirkan dengan sifat cinta ... iaitu ingin dicintai dan juga ingin mencintai seseorang ... Dengan cintalah manusia bersatu dengan cintanya ... dan lahirlah satu nyawa yang suci dari dosa juga dengan rasa cinta ... Tanpa cinta di muka bumi ini, manusia ibarat ikan yang kehilangan air di lautan ...

Hadirnya cinta dari pencipta yang menciptakan cinta,kepada kita untuk mencintai satu sama lain dengan perasaan cinta yang akhirnya akan melahirkan generasi yang baru yang juga mempunyai rasa cinta ... Sesungguhnya,Allah yang menciptakan cinta ... Dia berhak untuk memberi dan menarik kembali cinta seseorang manusia ...

Cita-cita pula merupakan kehendak yang wujud di dalam diri setiap manusia sejak azali lagi ... Cita-cita boleh dirujuk kepada dua jenis cita-cita iaitu cita-cita yang menuju ke arah keduniaan dan cita-cita yang menuju ke arah ukhrawi ... Setiap manusia mempunyai cita-cita (kehendak) dan manusia juga sering inginkan kehendaknya terlaksana ... namun mereka akan kalah untuk memperjuangkan kehendak mereka kepada keperluan,bukan keperluan biasa,tetapi keperluan yang luar biasa iaitu cinta ...


Hakikatnya,kita harus berusaha untuk mendapatkan cita-cita (kehendak) kerana dengan berolehnya ia,maka kita juga telah hampir kepada pencapaian cinta (keperluan) ...

Jika kita belajar di dalam subjek Kemahiran Hidup serta Perdagangan ... Keperluan lebih penting daripada kehendak ... Namun,dalam proses mendapatkan cinta dan cita-cita bagi para remaja,prosedur tersebut selayaknya diterbalikkan :)

Saturday, April 21, 2012

Istikharah 3 Cinta,2 Jiwa,1 hati ...

Assalamualaikum cinta ...

Kali pertama ia singgah di hati ...Sungguh indah rasa hidup ini ...Ia buatkan hati manusia berbunga-bunga ...Sepi juga bisa bertukar riang tawa ...Alangkah indahnya saat itu ...Setiap saat inginkan cinta hadir di sisi ...

Namun cinta tidak selalunya indah ...Ingatkah dikau saat ia mengguris hati dan perasaanmu ..??Namun bibirmu masih bisa mengukir senyuman yang menyembunyikan 1001 duka dihati...Mengapa perlu bersusah payah mengukir 1 senyuman yang tidak mempunyai secebis keikhlasan semata-mata kerna cinta ...??

Terkadang cinta itu membuatkan manusia lupa pada Allah yang menciptakan cinta ...Tidakkah kau terpikir ...??Dia bisa memberikan cinta,maka Dia juga bisa menarik kembali cinta tersebut ...

# kdg kala cinta bisa menjadi racun kepada jiwa mnusia #

Kerana itulah terjadinya istikharah 3 cinta di dalam 2 jiwa buat 1 hati yg terpilih ... Seandainya cinta Allah diletakkan pling tnggi ... maka tidak akan pernah terukir senyuman yg tidak mmpunyai secebis keikhlasan :)

Monday, April 16, 2012

They make me like a doll ... :(

I wonder why many people love me ... while I don't have any privileges .. people ever said it was very happy when we're loved ... but, why do I feel very sad when I know that there are people who love me so much ...??

I receive his love ... by the way,he want to leave my love to his best friend .. I felt very disappointed ... if Allah give me the chance to run .. I would choose to run away from all the people that I know ... in fact, it very painful when we're loved ...



they always ignore my feelings ... they make me like a doll ... :(

I'm confused to choose who is my true love ... so, I decided to forget everything ... I want to study hard to escape from all these problems .. I don't want to be hurt again ...I'm so sad ... let me go away ... ~ :(

if they put themselves in my place ... will they be able to survive and be patient like me ...? think for a moment ...

p/s : Allah is my true love ...