Friday, August 31, 2012

Mudahnya Wanita Masuk Syurga !

Assalamualaikum :)


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita . " (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ramai wanita yang berasa sangat risau dan gementar bila membaca hadis ini . Tapi,tahukah sahabatku sekalian ? Sebenarnya di antara lelaki dan wanita,wanita merupakan kaum yang paling mudah untuk menempah tiket ke syurga . Seperti sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud :

" Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu,puasa Ramadhan,memelihara maruahnya,serta taat kepada suaminya,maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki . "

Tapi,hakikatnya ? Perkara senang pun masih ramai yang berat tulang untuk melakukannya,betul tak ? Dulu,aku jugak berat tulang untuk solat . Aku mengaku bukan kerana aku tak malu dan membuka aib sendiri . Tapi,aku mengaku kerana aku mengakui kedhaifan aku,dan berharap kawan-kawan aku takkan melakukan kesilapan yang sama pernah aku lakukan suatu ketika dulu .

Tapi,aku mula rasa insaf lepas arwah tok aku meninggal,dan aku dapat tau arwah tok aku meninggal waktu nak pakai telekung untuk melaksanakan solat subuh . Allah .. Terasa aku yang muda lagi,tapi malas solat ni . Atas sejadah arwah tok yang diberikan kepada aku,aku solat dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T .

Puasa Ramadhan tak pernah aku tinggalkan dengan sengaja sejak tahun 2006 kecuali disebabkan keuzuran . Sebab syarat wajib puasa kan baligh salah satunya . Tinggal puasa,berdosalah aku .. Tapi,yang hairannya di situlah . Tinggal solat,tapi puasa sayang nak tinggalkan . Astagfirlahalazim :'(

Semoga aku tergolong dalam kalangan wanita yang memelihara maruahku serta taat kepada ibu bapaku pada saat ini,dan taat kepada suamiku sesaat selepas selesai akad nikah suatu masa nanti . Aku manusia yang dhaif,tak terlepas dari melakukan kesalahan . Sebab tu,aku takut bila terkenang kembali aku yang dulu dan sekarang dan bagaimana agaknya aku pada masa hadapan nanti .

Sekalipun aku melakukan kesemua perkara di dalam hadis tersebut,aku masih bukan wanita yang dijamin ke Syurga . Bila difikirkan,betapa mudahnya wanita masuk ke syurga . Tapi masih ramai yang tidak mahu mengambil peluang ini . Betapa mudahnya ke Syurga,tetapi layakkah wanita seperti aku ke Syurga-Nya ? ._.

Kisah Sedih : Copy Paste Dari Seorang Sahabat

Kisah Suami dan Isteri


Seorang Ustaz menceritakan pengalamannya . Ada suatu ketika,seorang isteri menangis mahu memandikan jenazah suaminya,tetapi bapa mertuanya dan seorang polis forensik tidak membenarkan dia melakukan sedemikian . Sambil menangis,si isteri berkata :

" Ini janji kami suami isteri ... Abang mati dulu,kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang . Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang,abang akan mandikan jenazah kamu ... "

Dari luar bilik mayat hospital,Ustaz tersebut masuk dan tanyakan kepada mereka,apakah yang sedang berlaku . Ustaz tersebut berkata,tidak mengapa jika isteri ingin memandikan jenazah suami . Lantas,Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan jenazah suaminya .

Dengan tenang,si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa :

" Inilah wajah suami yang ku sayang . Tetapi Allah lebih sayangkan abang ... Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti ... "

Kemudian,si isteri membasuh tangan suaminya sambil berkata :

" Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami masukkan ke dalam mulut kami . Semoga Allah memberi pahala untukmu wahai suami ku ... "

Ustaz tersebut melelehkan air matanya bersama para pengiring . Inilah yang dikatakan cinta kerana Allah,sehingga si suami telah meninggal dunia,si isteri masih berbakti kepada suaminya ...

What Can I Do To Release My Tension ?!!

Assalamualaikum :)


This week is a week of my tension because I'm in examination right now . So,I have my own ways to release my tension although just a little bit . Sometimes,I will do a lot of work in different ways and in different times .

Firstly,I will go to the quiet place and stay there quietly . Then,I'll scream loudly . After that,I can feel better . But sometime,I'll scream loudly while I throw a lot of things ! That's why my room sometimes looked scattered . Hihi ^_^

Second,I'll draw about my tension on the paper . I would doddle paper until it's filled with my scribbles . Then,I'll throw the paper away from my view . And took another paper to scrap it again . That's why my paper will disappear everytime I search for it to write a note ! :O

Third,I will cry and tell about my problem to anyone that I believe and love . So,if there anyone that I ever have told about my problem,that's mean I love her/him :)

Lastly,I will read Al-Quran and prayer . It's can make me feel better . Furthermore,I think when I pray to Allah,it can make me easily forget about all of my problem .

Conclusion : Remembering Allah will make us forget everything about the temporal :)

Thursday, August 30, 2012

Frust Time Trial Examination xD

My trial examination started on 28 August 2012 . It's started with paper Quran Tajwid and Tauhid . I felt so nervous when I get into the hall because I've lost my memory about all of my studied . So,I pray to Allah S.W.T and ask from Him for succes .

Firstly,Alhamdulillah,everything is alright because I can answer the question although I missed two question,I'm so sad ... After one day,my pen ink has dry . So,I felt so stress and felt like I want to kill someone ! Arghhh ! ._.

Then,I forgot again about what has I read in the book . Oh ! Refresh ! When I opened the paper,I saw that the question is different than what I have read . Oh,no ! How could I answer the question with the different answer ? How could they do this to me ? @_@

After the bell is ringing,I felt very happy because I thought that I'm in a holiday and the examination is finished . Then,I get out from the hall while I sing a song . Suddenly,when I check the schedule,I saw that I have to face two weeks of examination ! Two weeks,not two days ! Oh ! I'm faint for a minute ._.

My stress increase when I heard that,my principal will replace my teacher after she's giving birth later . My problem will increase that time . Just imagine !

>_<

Friday, August 17, 2012

Saat-saat Terakhir Sebelum Cuti Raya :)

Hari Rabu (15/8/2012) merupakan hari terakhir aku dan kawan-kawan di sekolah . Aiseh,ayat macam orang dah nak berhenti sekolah jer ... Actually,cuti larh sebab dah nak raya .. Seronok jer kawan-kawan aku,tak sabar nak beraya . Sementara aku,bermuram durja gara-gara aku adalah manusia yang paling tak suka cuti panjang . Apapun,aku bawak kamera pada hari terakhir sekolah tu .

Kamera + Aku = A Lot Of Memories :)

Hari tu larh,ramai orang datang salam dengan aku,minta maaf,cium pipi . Ahh ... so sweet ... :D Ada pulak adik-adik yang aku tak tau nama pun,tapi dorang dengan ramahnya datang salam dengan aku dan bagi nombor telefon dorang . Panggilan ''Kak Farah'' atau "Kak Hazwani" selalu jer kedengaran di telinga aku ni . Ehem2 ! Famous ker aku nih ? Takda larh .. Just kidding .. Hihi ... *malu :3*

- Mengemas untuk pulang ke rumah -

- Tunggu giliran nak salam cikgu -

- Beratur panjang tunggu giliran -

- Muka sabar tunggu duit raya -


Aku tunggu sekejap jer . Nak tau kenapa ? Sebab aku buat taktik kotor . Hihi .. Aku turun dari kelas lambat . Then,bila dah turun,dengan muka slambernya aku sembunyi dalam kelas dengan kawan aku,dan mencelah slow2 ke barisan depan . Kikiki ... ^_^

Dan aku berjaya salam dengan semua cikgu tanpa membuang masa . Hasilnya ...


taraa ...! selamat tinggal org di belakang ! turn aku dah lepas ..! ngee ... yeahh ... siap dpt duit raya lagi dah tua ni . Hihi ...

- Kucing aku,Cuty sebagai menteri kewangan aku -

Haha .. menteri kewangan aku bukan calang-calang punya makhluk tau ! :P

p/s : bila cuti ni akan berakhir ? tak best pun tau ! @_@

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan,don't leave me ! :'(


Yes . Ramadhan is leaving and maybe this is last Ramadhan for us . I'm so sad . Oh,Ramadhan ! I will miss you after this ! :'(

This Ramadhan have left me a lot of memories in my mind . I'll keep all in my mind forever . This Ramadhan is the first time I could do the Tarawikh every night except when I'm in the hospital . Everyday,I cried . Oh,Allah ! Ramadhan is leaving me like I want to lost my love !

This last Ramadhan,I hope I can be a good muslimah . I hope I can life till the next Ramadhan . Lastly,I hope can be the one person that has forgiven by Allah S.W.T like one hadith said :

" From Abu Hurairah Radhiallahuanhu, from The Prophet Muhammad Sollallahualaihiwassalam said: Those who fast Ramadan with faith and repentance, Allah has forgiven all past sins. "

To all my friends,thanks because gave me a lot of greeting cards .

p/s : This year,I will go back to my hometown in Selangor,insya-Allah :)

Pengalaman di PMC.

Assalamualaikum.


Tanggal 27 Julai 2012, aku dimasukkan ke unit kecemasan Putra Medical Centre (PMC) atas sebab aku demam secara tiba-tiba . Demam bukan sebarang demam . Aku menggeletar satu badan, dan aku dapat rasakan seolah-olah nyawa aku di hujung tanduk. Dalam pukul 1.45 a.m. aku dirawat sorang doktor lelaki berbangsa Cina . Mula-mula, dia ambik suhu badan dan bila suhu badan diambil, aku demam yang agak tinggi dalam 39 darjah celcius .

Then, dia scan buah pinggang dan rahim aku . Doktor tu kata ,buah pinggang aku perlu di check, jadi dia buat 'urine test' . Dia scan bahagian rahim dan dia ternampak something yang agak meragukan. Jadi, dia soal selidik aku dan doktor tu syak, aku mungkin terkena jangkitan kuman dalam rahim . Aku perlu ditahan dalam wad supaya Dr.Yeoh ( doktor yg rawat aku ) boleh scan seterusnya . Kalau bernanah, aku mungkin akan di operate . Apa lagi, menangis tak berlagulah aku masa tu . Sambil menangis, aku peluk umi, aku kata banyak kali.

" Alang tak nak kena operate ! Alang takut ! " 

Malam tu, aku kena dua suntikan . Satu di bahagian tertutup dan satu lagi di tangan . Sakitnya Allah saja yang tahu . Bertambah sakit sebab nurse kat situ berkelakuan terlampau ganas terhadap aku . Ada ker patut ? Dia cucuk tangan aku untuk ambik darah, pastu dia tampar kuat-kuat kat tempat yg dibenamkan jarum tu, tak ker menyiksa aku namanya tu ? Adoii ... Sabar jer larh .
Banyak sangat pengalaman aku kat situ . Ada satu malam tu, nurse nak masukkan air sebelum aku masuk tidur . Tapi, disebabkan aku terlalu leka tengok cerita kartun best kat tv, dia terpaksa tunggu aku . So, mundar-mandir larh dia kat depan katil aku . Dan aku dengan muka tak bersalahnya buat tak tau saja larh dengan kehadiran dia tu . Hihi :'D .
Nak dijadikan cerita pulak, bila aku dah mengantuk dan nak tidur, dia masukkan air dan tentukan sukatan . Tapi, bila dia tengok tak masuk, dia kuatkan lagi sukatan tu dan terus kuatkan . Aku rasa macam dia nak balas dendam kat aku yang dah buat dia tunggu lama . Lastly, malam tu aku lambat tidur sebab menangis tahan sakit . Bayangkanlah, lubang yang disuntik kecik saja, tapi sukatan air yang dimasukkan laju sangat . Allahuakbar,sakit sangat .
Tangan aku bengkak dan tak boleh digerakkan sangat . Jadi, umi larh yang tolong pakaikan baju, seluar untuk aku . Umi bagi aku makan, walaupun umi puasa . Sebab aku tak dibenarkan puasa masa tu . Dan pada hari Ahad, aku boleh keluar wad, itupun sebab aku yang mintak . Siapa larh yang nak duduk lama-lama kat wad bersalin tu . Masa aku tunggu nak keluar, ada kejadian aneh berlaku . Aku nampak sorang budak lelaki main kejar-kejar sorang diri . Pelik betul . Apapun, terima kasih pada semua yang datang melawat aku sepanjang aku dalam wad . Tak lupa jugak terima kasih pada mereka yang telah mendoakan aku . Semoga Allah merahmati sahabat semua :'D .

Wednesday, August 15, 2012

Kerja Part Time Masa Cuti ^_^

Assalamualaikum :)


Wah2 ... Dah lama rasanya tak update blog Wanie_96 ni kan ? Dalam sebulan ada kot . Huhu ... Busy mengalahkan Perdana Menteri larh katakan ... Actually,aku busy dengan kerja-kerja part time aku dan study untuk exam yang bakal menyusul lepas raya ni . jeng3 ... bukan carik duit untuk duit raya larh ... Tapi untuk menyara masa depan aku yang aku selalu risaukan . huhu ... serius x main-main ni . -.-

Aku terfikir,kalau aku dapat sambung pelajaran ke mana-mana,aku tak nak susahkan umi dan abah aku . Jadi,aku bertekad nak kumpul duit sendiri dari sekarang . Once more,kalau aku sakit,aku dapat biaya bil rawatan tu dengan menggunakan duit aku sendiri . Takda larh nak membebankan umi dan abah aku kan ?

Aku kerja tak berat pun .. cuma menggunakan sedikit kemahiran aku dalam menggunakan teknologi komputer dan internet . First,aku buat satu blog tentang perniagaan aku dan kawan-kawan aku . Second,aku terima tempahan buat penanda buku . Ngee ... Tak perlu kot aku sebutkan semuanya,kerja-kerja aku memang simple saja .


Tapi,kerja tu kerja larh jugak . Study aku tak lupa . Bila ada masa terluang,aku akan buat nota-nota kecil dan menghafal,mengulang kaji . Opss ! Sebelum aku terlupa,lagi satu kerja part time aku ialah menulis novel . Aku pun tak faham,knapa kluar idea novel cinta dalam kepala aku ni . Huhu .. Mujurlah novel tu novel Islamik,ada jugak pengajarannya . Aku menulis setiap kali aku ada idea,walaupun pada pukul 3 pagi . Sekarang baru di bab 5 .. Aku target dalam 23 bab . Ok,doakan aku supaya dapat habiskan novel tu dengan cepat . Actually,menulis novel hanyalah sebahagian dari novel aku . Tapi,atas nasihat orang ramai,aku akhirnya cuba untuk menjadikannya sebagai cita-cita aku . Ok,all the best for myself . Hihi ..

p/s : Korang kerja apa pulak ? Ngee .. aku tau,mesti kutip duit raya jer kan ? Huhu ...