Friday, May 31, 2013

Let's Talk About 'Sweet' :)

Assalamualaikum :) .

Aku habis baca buku , aku tak tau nak buat apa lagi . Perlukah aku mengulang baca buku yang sama sebanyak 20 kali ? Aku bosan . Tiba-tiba , aku dapat idea dari Facebook . Idea tercetus bila mana aku nampak , zaman sekarang ni orang suka bawak keluar ayat 'sweetnya' dari mulut turun ke tangan dan ditulis dalam Facebook -.- .


First dulu aku mula baca ayat tu kat gambar sorang kawan alam maya . Gambar tu menunjukkan dia yang tengah berdiri malu dengan 'boyafriend' dia . Aku yang  jenis lambat tangkap ni pun peliklah . Aku jadi pening kepala pasal aku dah perhatikan gambar tu 20 kali dengan putaran 360 darjah . Tapi aku tak nampak pun apa-apa benda yang manis kat dalam gambar tu . Nak kata ada ais krim , tak jugak . Ataupun diorang sebenarnya nak kata senyuman perempuan tu manis , mungkin ? -.- . Lama lepas tu , barulah aku faham apa maksud 'sweetnya' yang diorang katakan tu . Rupa-rupanya , diorang nak kata yang pasangan tu nampak best atau sweet larh . Owh ... -.- . So , aku yang memang tengah kebosanan ni pun , terus sign in to blogger dan mula larh update entri seperti sekarang ni .

*Tu mukaddimah :3 .*

Sebenarnya , aku bukan nak ajar cara-cara nak jadi sweet pun . Ingat aku pandai sangat ker nak sweet-sweet ni ? -.- . Tapi , aku nak cerita tentang sweet . Okeh . Setakat ni , siapa yang rasa entri ni bosan dan mengarut , boleh larh tekan pangkah laju-laju -.- .

Aku rasa , insan yang sweet pernah aku jumpa setakat ni ialah Umi dan Abah aku :) . Kenapa aku kata sweet ? Sebab , walaupun Umi dan Abah selalu berlaku perselisihan faham , tapi Umi dan Abah mampu handle masalah dengan baik . Abah pulak pandai dalam memujuk Umi :) . Bergaduh , alarh .. Lumrah dalam sesebuah rumah tangga kan ? Kalau tak ada pergaduhan , tak berlaku larh kisah sweet kan ? :3 .

Aku ada jugak terbaca kat satu artikel ni . Ciri-ciri suami yang sweet dan romantik . Ehh , ada jugak orang nak listkan benda-benda yang macam ni ek ? O.o



*CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK*


1. Call isteri waktu kerja sebab nak cakap rindu .

2. Peluk isteri secara tiba-tiba , contohnya waktu isteri sedang penat memasak .

3. Puji isteri cantik . ( Kalau tak cantik , perlu ker jadi hipokrit ? O.o ) .

4. Bergurau senda dengan isteri waktu baru balik dari kerja ( Kalau isteri letih sangat , penampar larh makan dia kan ? ) .

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri di dapur .

6. Picit kepala isteri dengan sukarela waktu tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV .

7. Tolak stroller baby atau dukung anak waktu keluar bersama isteri .

8. Berada di sisi isteri waktu isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak .

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri .

10. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday .

11. Dengar luahan isteri waktu isteri sedang sedih akibat Pain Month Sickness (PMS) sambil bagi kata-kata semangat .

12. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah S.W.T.

13. Buat candle light dinner secara mengejut ( Haishh ... :3 ) .

*Hamboihh ... Haishh ... :3* 



Sweet yang aku paling tak faham sekali , bila berlaku keadaan macam kat bawah ni :

*Sweet Yang Tak Sweet Langsung*

Boy : Hai sayang ... Awak dah makan ?

Girl : Belum larh sayang .. Lapar ... Jom , saya masak untuk awak , awak suapkan saya :D .

Mak Kat Belakang : Saya masak untuk awak konon , goreng telur pun tak reti ! Baik kau tolong mak masak , lagi bagus !

Haha .. Aduh , terasa :P . So , kesimpulannya nak jadi sweet tu mudah , kalau tau caranya . Tapi tak perlulah dipraktikkan kepada yang non-Halal macam makanan tak ada tanda Halal tu kan ? Dah tak ada tanda Halal , masih nak makan ker ? -.- . Itu bukan sweet namanya , itu berdosa -.- . 

Yang sweet itu dimaksudkan indah ,
Yang indah itu adalah yang diredhai ,
Yang diredhai itu adalah yang Halal ,
Yang Halal itu adalah bercinta selepas NIKAH :) .

*Sekian , Salam Pidato Dari Saya :3*

p/s : Entri ni menunjukkan betapa tensionnya diri sebab tak ada idea dan lain-lain . Adess -.- .

Wednesday, May 8, 2013

Mari Belajar Menghargai :) .

Assalamualaikum :) .

Lumrah dalam hidup manusia , bila tak dapat , kita merayu dan meminta . Tapi bila dah dapat , kita campakkan merata-rata sesuka hati . Itulah yang dikatakan 'tak pandai menghargai' . Seperti kera diberi bunga . Pernah tak dengar peribahasa tu ? 


Ingin aku ceritakan beberapa situasi tentang 'menghargai' yang telah berlaku dalam hidup aku di sini . Kerap kali jugak berlaku , tapi sebagai manusia yang non-perfect , kita tak pernah sedar tentang kesilapan yang telah kita lakukan . 

Situasi 1 :

Aku telah membeli 7 batang pen marker permanent . Tujuan asal aku beli marker-marker berharga RM14.00 tu atas sebab aku nak pinjamkan kepada adik-adik junior dalam kumpulan aku bagi Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) untuk bertanding dalam acara melukis atas polistren . Lepas habis acara tersebut dipertandingkan , diorang pulangkan balik pen-pen marker tersebut kepada aku . Tak lama lepas tu , aku selalu bawak pen-pen tersebut ke sekolah untuk mengisi masa lapang aku dengan membuat nota-nota Sejarah . Yalarh , buat nota menggunakan marker berwarna-warni kan lebih berkesan untuk ilmu terus masuk ke dalam otak . Dan seperti yang kita boleh agak , ramai larh kawan-kawan yang mintak nak pinjam marker-marker tersebut terutamanya marker berwarna kelabu untuk melukis dan lain-lain . Aku bagi diorang pinjam . Yer larh , nak berkira buat apa kan ? Tapi , yang menjadi masalahnya tu , selepas selalu diorang pinjam marker-marker tu , diorang dah mula berani ambik marker-marker tu dalam kotak pensel aku tanpa izin aku sendiri . Dan paling membuatkan aku marah , diorang ambik marker-marker aku dan tak pulangkan balik ! -.- . Bila aku tanya siapa yang ambik , sorang pun tak mengaku . Tahun lepas pun diorang pernah ambik buku origami kesayangan aku dan tak pulangkan balik . Aku sedih , tapi aku maafkan jer . Tapi , kali ni aku betul-betul marah . Aku baik dengan diorang , tapi diorang pijak kepala aku ! :( .

Situasi 2 :

Waktu aku duduk asrama dulu , aku berkawan dengan seorang senior yang bernama Zawani . Aku panggil beliau sebagai Kak Zawani . Al-kisahnya kat sini , beliau merupakan seorang yang 'kurang tangkas' dalam pemikiran tentang keadaan sekeliling . Jadi , beliau pun selalu dibuli dan dikutuk serta dijadikan bahan ketawa . Walaupun aku tak pernah membela beliau setiap kali dikutuk , tapi aku selalu jugak larh rasa kesian dengan nasib yang beliau terpaksa alami . Tambah pulak , bila beliau dibuli oleh adik-adik yang tak pandai menghormati orang-orang yang lebih tua dari diorang . Lepas lama beliau tamat persekolahan . Satu hari , aku terdengar satu berita yang mengejutkan . Yup , Kak Zawani telah pun meninggal dunia . Aku dan kawan-kawan menangis . Ada jugak yang ketawa , mungkin diorang fikir ni semua lawak jenaka . Kawan aku kata , dia menyesal sebab tak hargai Kak Zawani sepanjang beliau masih hidup . Tapi pada aku , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna .


Situasi 3 :

Ada lebih kurang 4 public phone dalam kawasan sekolah yang aku belajar sekarang . Tapi , hanya 3 yang betul-betul boleh digunakan . Aku berjalan-jalan dalam kawasan sekolah . Tiba-tiba , aku terdengar suara adik-adik junior yang mengeluh kerana terpaksa tunggu ibu bapa datang lewat gara-gara ibu bapa tak boleh dihubungi . Sebab apa ? Sebab public phone rosak . Mula-mula , aku cuma memerhati dari jauh . Tapi , lama-lama aku mula rasa kesian dengan diorang . Maklumlah , aku pun dah tau macam mana perasaan pahit getir kena balik lewat tu . Jadi , disebabkan aku ni kebetulan terbawak phone aku ke sekolah gara-gara termasukkan phone aku ke dalam beg sekolah , terus aku hulurkan phone aku kepada diorang . Nah , dik . Call larh mak ayah adik , lama mana pun tak apa . Asalkan lepas ni , adik dapat pengajaran . Tolong hargai kemudahan awam yang dah disediakan buat kita . Jangan masukkan 'bendasing' ke dalam public phone lagi yerr ... :) .

Situasi 4 : 

Aku membaca surat khabar . Siapa yang selalu baca surat khabar akan mudah menulis karangan Bahasa Melayu , kata cikgu aku . Aku hairan . Setiap hari aku baca berita yang sama . Manusia dengan cubaan bunuh diri , dan manusia yang membunuh bayi . Teringat aku dengan artikel yang telah aku baca dalam sebuah majalah . Seorang doktor yang telah menjalankan bedah siasat terhadap satu mayat wanita yang telah dirogol dan sedang mengandung tiga bulan berkata , manusia memang tak pandai menghargai . Ada segelintir manusia inginkan zuriat , tapi tak dapat . Tapi ada segelintir manusia tak pernah inginkan zuriat , dan bila dah dapat , diorang campakkan sana sini sesuka hati . Apalah agaknya dosa bayi tersebut ? Dilahirkan di luar ikatan pernikahan , dan akhirnya dibunuh begitu saja . Aku terfikir seketika . Sungguh , manusia sememangnya kejam .


*******

Berdasarkan situasi 1 yang mana ia sememangnya pernah dilalui semua orang , ingin aku simpulkan di sini yang bahawasanya orang-orang yang berperangai begitu sangatlah teruk . Aku pun dah naik benci dengan orang-orang yang macam ni . Tired , so tired . Apalah salahnya kalau barang yang kita pinjam dari seseorang tu , kita pulangkan balik ? Lain kali boleh pinjam lagi kan ? Kenapa tak hargai pemberian pinjaman dari orang lain ? Situasi 2 , aku tak nak orang lain mengalami perkara yang sama macam aku lalui . Ingat , bila seseorang tu dah meninggal dunia , wang berjuta sekalipun dah tak boleh kembalikan roh ke dalam jasad dia . Sebab tu larh , tolong hargai dia walaupun dia itu teruk sikap dan penampilannya . Jangan sampai kita yang menyesal tak sudah .

Situasi 3 , kalau kita jalan-jalan di mana saja sekalipun , kita boleh nampak ada banyak kemudahan awam yang disediakan buat kita . Semuanya memudahkan kerja seharian kita . Tapi kenapa kita masih tak bersyukur dan merosakkan semua pemberian tu ? Sekalipun kita tak perlukan kemudahan-kemudahan awam dalam kehidupan kita , kenapa mesti menyusahkan hidup orang lain dengan merosakkan kemudahan awam tersebut ?


And lastly but not least , kalau tertekan sekalipun , kenapa perlu bunuh diri , sayang ? Tak sayangkah awak dengan nyawa awak ? Bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya ? Sebab itu setiap manusia dilahirkan beragama dan berakal . Supaya kita boleh gunakan akal kita dengan baik , dan berdoa setiap kali ditimpa masalah . Kenapa perlu bunuh bayi yang comel tu ? Awak telah berdosa kerana telah berzina , jangan ditambahkan lagi dengan dosa awak membunuh darah daging awak sendiri . Sekurang-kurangnya tak boleh jaga , serahkan saja pada Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun rumah anak-anak yatim . Malu ? Letakkan saja dengan baik dalam bakul dan tinggalkan di depan pintu rumah anak-anak yatim . Tak perlu pun membunuh kan ?

Kita manusia yang ada akal . Jangan samakan taraf diri kita dengan haiwan . Haiwan memang tak pandai berterima kasih . Tapi sekurang-kurangnya haiwan pandai menghargai tuan mereka dengan cara-cara yang tersendiri . Haiwan tak bunuh anak sendiri . Paling penting , haiwan terlalu sayangkan anak mereka . Tak malukah anda yang telah menggantikan tempat haiwan , bahkan jauh lebih teruk dari haiwan . Sila fikirkan sayang :) . Mari belajar menghargai . Hargailah apapun yang kita ada , walaupun kita tak suka . Jangan sampai bila ditarik semuanya , kita menangis tak ada guna .

p/s : Baru dapat berita kematian kawan kepada sahabat . Al-Fatihah .