Monday, May 16, 2011

1001 wajah di Hari Guru..

Disebabkan ada kamera di tangan aku..jadik memang peliklah kalau aku tak ambik kesempatan untuk tangkap gambar..tak bolehlah lepaskan peluang keemasan yang ada nih...hehehe..dan inilah hasil kerja 'seni' aku di hari guru nih...


Ceria2 saja sumanya..tambah plak bila aku angkat jerk kamera keramat aku nih..mesti ada jerk yang jerit.."Farah..!!Tangkap gambar cepat..!!"Ewah..ewah..aku nih dah jadik kamera's girl lah plak..hahaha..

Saturday, May 14, 2011

Masyarakat Pompeii & Kaum Nabi Luth..

..Selalunya bila disebut tentang homoseksual..sudah tentu kita akan kaitkan dengan kisah kaum Nabi Luth a.s. yang binasa kerana tidak mampu melawan nafsu songsang..Walaupun Nabi Luth akur memberikan anak2 gadisnya kepada kaum lelakinya..namun kaum lelaki Nabi Luth tetap mahukan 2 orang malaikat yang menyerupai 2 orang lelaki yang tampan..Akibatnya..Allah memusnahkan tempat kaum Nabi Luth..

Tapi..kalau orang selalu cerita tentang kaum Nabi Luth..diorang jugak perlu tahu tentang kisah bandaraya Pompeii yang telah lenyap dan hilang selepas ditutup abu gunung berapi sepenuhnya..Semuanya kerana balasan dari Allah untuk diorang..Kaum Pompeii hanya cinta pada sesama jenis..Kalau lelaki dgn lelaki..klu perempuan dgn perempuan..Akhirnya,balasan Allah turun sama seperti kisah kaum nabi Luth a.s...

Bandaraya Pompeii hilang tanpa tanda..jadik macam padang pasir jerk..Dan bila ada orang buat kajian gali semula beberapa ribu tahun kemudian...Segala pertanyaan misteri tentang kehilangan bandar tersebut pun terungkai..Macam2 artifak yang diorang jumpa yang tak pernah dibayangkan oleh kita..



...memang kita tak pernah terbayang pun kan..??masyarakat Pompeii kesemuanya bertukar jadik macam batu yang diukir seperti patung...Budak2 yang tak bersalah pun turut bertukar jadik batu...Subhanallah..Kuasa Allah...


p/s : Bandaraya Pompeii cuma tinggal kenangan..cuma sbb masyarakatnya yang melakukan perbuatan hina..insaflah kwn2..jgn sampai Malaysia pun turut lenyap dari peta..

Thursday, May 5, 2011

...Mimpi Indah Si Puteri Merah Jambu...

...Suatu ketika..puteri merah jambu bersiar-siar di sebuah hutan yang luas..kemudian puteri pergi ke sebuah ladang epal utk bersiar-siar di situ...tiba-tiba,dilihatnya akan beratus-ratus ekor kerangga yang sedang mengangkat beberapa helai daun untuk dijadikan sarang...puteri tersebut memerhatikan kerangga-kerangga tersebut dari mula mereka mengangkut daun2 itu sehingga ianya berjaya dijadikan sebuah sarang kerangga...


Kemudian..puteri merah jambu meneruskan perjalanannya..tiba2 puteri terlihat pula akan seekor siput yang mengesot perlahan-lahan utk pergi ke beberapa helai daun hijau di atas tanah..siput tersebut mengesot dgn perlahan-lahan hingga akhirnya sampai ke atas daun hijau tersebut..kemudian siput itu makan daun tersebut hingga kenyang..

...puteri merah jambu masih meneruskan perjalanannya..dilihatnya pula sebatang sungai yang mengalir dgn tenang...sungai itu sangat bersih..puteri meneguk air dari sungai tersebut..dirasanya air itu sangat sejuk dan segar...kemudian puteri meneruskan perjalanan..dalam perjalanannya,beberapa ekor rama-rama yang besar dan cantik telah datang terbang di sekelilingnya..puteri berasa sgt gembira...

..tiba2..puteri merah jambu terlihat sebuah rumah yang kecil tetapi sgt cantik dan kemas..lantas puteri pergi ke rumah tersebut dan masuk ke dlmnya..di dlm rumah itu..puteri terlihat sebuah katil yang mempunyai tilam yg empuk..katil itu sgt bersih..lalu puteri tidur di atas katil tersebut dgn lenanya...tenang bermimpikan hari indahnya itu..

*****
..hurm..kenapa plak tetiba wat cerita pasal puteri merah jambu nih..??klu nak tahu..kisah puteri merah jambu nih..byk iktibarnya..beratus kerangga bekerjasama utk membina sebuah rumah utk berlindung..napa manusia buat x kisah jerk bila tidur tepi jalan..napa x ada usaha langsung utk carik tempat berteduh..??

siput yang lemah dan berjalan perlahan pun bleh carik dan makan makanan sampai kenyang..makanan yg halal dan hijau lagik..napa manusia x bleh nak usaha utk m'cari sesuatu yag halal utk dijamah..??napa perlu melacur diri krn kononnya perlu menyara keluarga..??sdgkan mengutip tin di tepi jln pun dah mendapat keberkatan dan makanan yg halal..

..puteri sgt gembira apabila mendapati sungai tenang tanpa sampah..rama-rama pun bleh terbang bebas dan seronok tanpa bau..tpi,napa manusia masih mencemarkan alam sekitar sdgkan mereka tahu..hidup lebih indah tanpa pencemaran..bila bau busuk dtg..mulalah komen..padahal bau tuh dtg dri perbuatan diorang sendiri..

klu suma yg diidamkan menjadik kenyataan..alangkah indahnya dunia ini..tpi kenapa masih ada manusia yg tak mampu mencontohi suma nih..??puteri merah jambu bahagia walaupun hanya di dlm mimpi..alangkah indahnya jika ianya nyata..

..tak malu ker dgn kerangga dan siput..??sedarlah wahai manusia sekalian..klu korang tak nak hari yg indah seperti puteri merah jambu pun..fikirkanlah masa depan kanak2 dan org lain..aku sgt rindukan alam yg indah seperti hari indah puteri merah jambu..

(-_-)

p/s : hurm.. kan bagus klu aku pun jadik puteri merah jambu...


Tuesday, May 3, 2011

Ya Allah .. Aku Rindukan Cinta .




Aku sangat percaya setiap orang yang mula memasuki peringkat remaja pasti akan ada masalah tentang perasaan cinta...tak payah berselindung..aku tahu suma orang rasa macam tuh...

Tujuan aku menulis entri yang sebegini bukannya pasal sesaja nak menggedik..tapi aku nak suma remaja yang selalu rasa macam nih dapat terima hakikat yang sebenarnya...inilah yang selalunya terjadi bila seseorang meningkat remaja...

Tapi aku tak nak remaja menerima hakikat nih dengan cara yang salah..remaja zaman skang selalu terus mencari kekasih bila mula terpancar rasa cinta...benar..terimalah hakikat bahawa kamu sudah remaja..tetapi tidak semestinya perlu mencari kekasih...

Tanpa rasa yang berselindung,aku nak kongsikan ttg diri aku sendiri kepada suma orang yang membaca entri nih...Memang benar aku pun ada rasa untuk bercinta...tambahan pulak bila aku tgk remaja2 lain yang sebaya dengan aku dah ada kekasih dan handphone...tak macam aku yang masih lagik ditelan zaman nih..handphone ada...kekasih pulak x ada...Kwn2 plak tanya aku..napa x ada kekasih sedangkan handphone ada jerk..itulah jalan yang paling mudah untuk mula berkasih kan..??

tapi..walaupun keinginan dan peluang tuh dah ada di depan mata aku..aku takkan sesekali gunakan peluang tuh sebab aku tetap nak pegang prinsip hidup aku sebagai buah epal...aku nak jadik buah epal yang paling tinggi di atas pokok...tak suma org mampu capai epal tuh..

..aku yakin sgt..klu suma remaja ada prinsip yang sama..mungkin tak akan ada lagik kes ditangkap khalwat mahupun pembuangan bayi...



..jadik..kepada suma kwn2..lupakanlah cinta buat sementara..jika ingin bercinta juga..cintailah si dia kerana Allah dan bukan semata-mata kerana nafsu...buat remaja2 plak..bila rindukan cinta..ingatlah Allah sentiasa dan mohonlah kepada Allah supaya kita mendapat jodoh yang baik suatu hari nanti..dan sentiasalah percaya...bahawa Allah telah menetapkan jodoh seseorang itu dari alam rahim lagi...

Tak perlu risau tentang cinta kerana ini bukan masa buat kita bercinta..Jangan risau diri tidak akan laku sbb tidak bercinta kerana AKU JUGA RINDUKAN CINTA...tetapi kerana sebiji buah epal..aku berjaya menghadapi muslihat cinta remaja..