Saturday, February 23, 2013

Hakikat Sang Pelangi Dan Mentari :) .

Assalamualaikum :) .


Tatkala hujan mula turun dengan lebatnya . Guruh mula berdentum di angkasaraya . Manusia mula mengeluh dan menangis mencari ke mana hilangnya mentari , tanpa mengetahui bahawa Allah S.W.T telah menyediakan sang pelangi indah buat kita bagi menggantikan kelamnya hujan :') .

Seringkali manusia bersedih dan terus bersedih . Tanpa sedar , manusia telah melupakan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Selepas setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan . "

Fikirkan tentang hakikat pelangi . Bila manusia pandang pelangi . Ramai yang akan rasa gembira , seronok tak tergambar kerana indahnya pelangi tersebut . Sedangkan hakikatnya , kita tak tau apa 'perasaan' pelangi tu . Mungkin juga pelangi sedang 'bersedih' kerana manusia hanya menghargai keindahannya dengan hanya tersenyum , dan bukannya dengan memuji penciptanya , Allah S.W.T .

Wahai insan yang bersedih .. Cubalah menjadi seperti sang pelangi . Hadirnya tak pernah diduga , tapi membawa seribu senyuman , menghilangkan berjuta tangisan . Dalam masa yang sama , bersyukurlah kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita . 

Kita juga boleh menjadi seperti mentari . Hadirnya membawa seribu kebencian , tetapi ia tetap memberikan sejuta sinar kepada seluruh manusia . Begitu juga kita . Sekalipun seribu dugaan dan cacian menimpa diri kita , bersabarlah dan teruslah memberikan senyuman dan penghargaan kepada orang-orang di sekeliling kita . Biar apabila kita sudah tiada suatu masa nanti , mereka yang mencaci dan menghina kita itulah yang akan menjadi orang yang paling merindui kita .. 

# Smile Although It's Hard :') # 

Friday, February 22, 2013

Hargailah Nilai Setitis Air Mata :')

Assalamualaikum :) .


Ni lukisan abstrak yang aku lukis semalam . Dalam lukisan ni , aku cuba untuk menceritakan tentang generasi masa depan yang akan bersedih atas sikap ketamakan manusia pada masa sekarang yang selalu mencemarkan alam sekitar . Lukisan ni juga menceritakan tentang haiwan-haiwan yang akan bersedih dengan kemusnahan habitat mereka . Masa depan akan jadi gelap dan penyelamat bagi kesemua situasi tu adalah perubahan kita pada masa sekarang .

Apa Kaitan Gambar Ni Dengan Tajuk Entri Ni ? 

Tak ada kaitan pun sebenarnya . Mungkin larh . Fikirkan larh sendiri . Tapi , dalam entri kali ni aku nak ceritakan tentang nilai setitis air mata .

Selalu sangat kita tengok , budak-budak muda zaman sekarang ni suka menangis . Kenapa agaknya ? Mungkin sebab sedih ada masalah . Banyak sebab , tapi kebanyakannya ada larh sebab CINTA . Bukan menangis kerana cinta Allah . Tapi kerana tipu daya cinta manusia . Selalunya , anak muda sekarang lebih suka menangis bila putus cinta . Pernah terfikir tak ? Betapa bodohnya siapa yang sikit ibadatnya kepada Allah S.W.T , tapi tak pernah menangis dan menyesal . Sedangkan bila sekali putus cinta , dah menangis teresak-esak , ibadah ke mana , apapun ke mana . Pernah tak fikir macam tu ?

Apa tujuan Allah S.W.T mencipta air mata ? 

Mungkin juga , Allah mencipta air mata supaya kita dapat merasakan nikmat kesedihan kerana dari situ , kita akan dapat belajar betapa bermaknanya sesuatu peristiwa atau apa saja yang kita tangisi . Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya selepas kesusahan itu pasti akan ada kesenangan . Pernah tak kita tau ? Bahawa setiap titisan air mata yang mengalir itu , akan mendatangkan sejuta kebahagiaan .

Menurut Ibnu Qayyim , terdapat 10 jenis tangisan :

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati .
2. Menangis kerana rasa takut .
3. Menangis kerana cinta .
4. Menangis kerana gembira .
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan .
6. Menangis kerana terlalu sedih .
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah .
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang .
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis .
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis .

Cuba pilih , kita dalam golongan yang ke berapa ? Semoga kita tergolong di kalangan orang yang menghargai nilai setitis air mata , yang mengalirkan air mata kerana rasa takut kepada Allah S.W.T . Dan berdoalah semoga kita dijauhkan dari golongan yang menangis kerana cintakan dunia .

" Ya Allah .. Jika dosa cintakan dunia yang aku lakukan datangnya dari mataku , maka butakanlah aku .. Jika ianya dari telingaku , maka pekakkanlah aku .. Dan jika dari mulut , maka bisukanlah aku .. "

Menangislah kerana takut kepada Allah S.W.T . Menangislah dan terus menangis sehingga di akhirat nanti , apabila kita hampir dihumban ke dalam api neraka kerana dosa-dosa yang terlalu banyak , kita mampu memadamkan api yang membahang tersebut hanya dengan menggunakan setitis air mata kita di dunia , yang dialirkan kerana rasa takut kepada Allah S.W.T ..

Sunday, February 17, 2013

Al-Kisah Couple - Valentine's Day .

Assalamualaikum :) .

Post lambat . Maklumlah , orang busy . Ok . Ramai orang yang tau kot , kalau sebut hari Khamis hari tu , 14 Februari 2013 hari apa , hampir semua orang boleh jawab rasanya . Tapi adalah sorang kawan ni , ditanya 14 Februari 2013 hari apa . Jawab dia , 'besday saya :)' . Huhu .. Happy Birthday larh .. Tapi , ni bukan nak cerita bab Birthday . Ni nak cerita bab Valentine's Day .


Ehh .. why should I say no to Valentine's Day ? Bukankah ramai pemuda pemudi yang seronok menyambut Valentine's Day ? Kenapa perlu katakan 'tidak' ? 

Jawapan :

Pernah tak cuba ambik tau tentang Valentine's Day ? Macam mana boleh wujud , kenapa orang sambut , siapa yang selalu sambut . Pernah tak ambik tau keseluruhan sejarah tentang Valentine's Day ni ? 

Sejarah Wujudnya Valentine's Day :

Ada empat pendapat tentang sejarah Valentine's Day .

Pendapat Pertama :

Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia . Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari . Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata . Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Setiapa pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak . Nama gadis yang tertea di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun .

Pada 15 Februari , mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala . Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing . Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka . Semasa agama Kristian menguasai Rom , mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian . Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor . Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I .

Pendapat Kedua :

 Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II . Terdapat dua kisah berkaitan dengan St.Valentine ini .

Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II , kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian . Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa . St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II . Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan , beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara . Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari . Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya . Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya .

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara , beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh , beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From yor Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine . Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebug tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin . Justeru , Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin . Namun , St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia . Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M .



Pendapat Ketiga :

Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol di mana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu . Disebabkan sumbangan itu , St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat . Tarikh 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim .

Pendapat Keempat : 

Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer , seorang penyair Inggeris di dalam puisinya . Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari . Berdasarkan kepada versi-versi tersebut , ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama Islam . Malahan ianya amat terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam itu sendiri .

Kesimpulannya :

Masih nak sambut Valentine's Day ? Let's Say No To Valentine's Day ! Kalaulah tiada dalam Sejarah tentang St. Valentine sekalipun , ianya tetap tidak boleh disambut . Kenapa ? Sebab hari berkasih sayang bagi umat Islam adalah hari-hari . Tiada hari tertentu untuk berkasih sayang bagi kita . Valentine's Day juga tak boleh disambut kerana tiada istilah 'couple' dalam agama Islam . Yang ada hanyalah istilah 'akad nikah' . Selepas akad nikah , berkasih sayanglah setiap hari tanpa perlu menunggu tibanya tarikh 14 Februari . Semoga iman kita sentiasa terpelihara daripada segala agenda-agenda tersembunyi generasi Barat . Wallahua'lam :) .

Saturday, February 2, 2013

Status Tidak Membezakan Darjat .

Assalamualaikum :) .

Pernah tengok drama tv kan ? Pernah tak tengok scene yang macam ni :

" Dad , I want to get married . "

" With who ? "

" Camelia . I love her so much ! "

" No ! You can't ! "

" But .. why ? "

" Because , her status not same with us ! I want you to get married with Dyanira Amira ! "

" But .. Dad .. "

" Hang tak faham Bahasa Inggeris ka ?!! Nak ayah cakap Kedah ?!! -.- "


Hehe .. Buat lawak tak jadi sekejap -.- . Ok . Sebenarnya tak ada kaitan pun . Cuma nak cerita kali ni pasal status ataupun darjat . Kebanyakan orang akan membezakan seseorang tu berdasarkan darjat . Contoh , kalau lelaki tu kerja company , nak nikah dengan perempuan kerja cleaner , confirm-confirm mak ayah tu tak bagi . Tak sama taraf larh kononnya . Then , mula larh jadi drama nikah luar negara larh , apa larh , bla bla bla ! -.- .

Aku hairan bila aku tengok perlakuan sesetengah pelajar . Yang terlebih pandai , dengan cara terlebih pandainya . Yang lemah , dengan cara penuh kelemahannya . Sedangkan Rasulullah S.A.W dah berpesan , sampaikan larh ilmu walaupun hanya sepotong ayat . Tapi yang pandai ? Kita selalu tengok , yang pandai tu hanya akan duduk dengan kelompok sendiri . Biarkan yang lemah tetap di bawah . Jarang sangat larh kalau kita nak boleh tengok kaum yang lemah dengan kaum yang pandai bestari ni berkawan rapat . Semuanya sebab apa ? Sebab darjat . Diorang telah membezakan darjat . Yang lemah dibiarkan di bawah , dan yang pandai bestari melonjak ke atas . 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu . "     ( Al-Hujurat : 13 )

Darjat seseorang tak dinilai dengan harta , pangkat atau lain-lain . Cuma taqwa seseorang saja yang membezakan manusia . Itupun bukan pada pandangan manusia , tapi di sisi Allah S.W.T . Sebijak mana sekalipun seseorang tu , belum tentu dia dinilai dengan darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T . Kalau aku bagi contoh ni , mungkin ramai yang takkan setuju , tapi aku nak semua orang fikir betul-betul apa yang aku cuba nak sampaikan ni : 

Situasi Pertama :

Bila kita nampak perempuan pakai jubah , tudung labuh . Apa yang kita akan fikirkan ? Alim ? Solehah ? Baiknya dia .. Betul ? 

Situasi Kedua :

Ok . Fikirkan pulak situasi ni . Bayangkan pulak kita nampak seorang perempuan yang free-hair . Walaupun tak berapa cantik , tapi apa pandangan kita ? Ehh .. Tak belajar bab agama ker dia ni ..? Ada tak fikir macam ni ..? 

Ok , bagi situasi pertama . Kita kena fikir jugak sebenarnya . Memang perempuan tu , dia pakai tudung labuh , jubah dan sebagainya . Tapi , belum tentu dia solehah . Belum tentu dia baik . Itu cuma pandangan manusia . Pandangan Allah ? Kita tak tau kan ? Mungkin jugak dia dipaksa untuk pakai macam tu atas sebab-sebab yang tertentu . Mungkin luaran dia pakai macam tu , tapi hakikatnya dia tak solat lima waktu , dia lupa Allah S.W.T dan lain-lain . Nak bangkang kata-kata aku ? Silakan :) . Tapi , aku akan ceritakan dulu dua perkara yang aku pernah tau terjadi dalam hidup aku .

First , time aku kat tahfiz dulu . Ada ramai sangat kakak-kakak tu yang pakai purdah , jubah , dan tudung labuh sebab terpaksa ikut peraturan maahad . Bila keluar tahfiz jer , terus hilang purdah , tudung labuh tu . Siapa kata tak pernah jadi ? Pernah , ini fakta bukan auta . Ni pengalaman aku .. Pernah jadi kes , pelajar tahfiz buang bayi luar nikah , orang ramai tau pun lepas bayi tu terbakar sebab orang yang bakar sampah tu tak tau dalam plastik hitam tu ada bayi . Masya-Allah ! :'( 

Second , ni ustaz aku cerita . Ada sorang gadis tu , dia pakai jubah , purdah . Bila dia nak meninggal , dia susah nak mengucap ( kalau tak silap ) . Mak dia cuba cari punca kenapa . Then , bila selak baju dia , mak dia nampak ada tatu berbentuk salib pada payudara gadis tu . Opss .. aku tak lucah , cuma terlalu straight . Tapi , hakikatnya ini adalah kenyataan -.- .

Bagi situasi kedua . Mungkin perempuan tu nak sangat pakai tudung . Tapi , disebabkan berasal dari keluarga berada , mak ayah tak benarkan . Mungkin akan dipulau kalau berhijab . Apa ? Ingat tak ada ker ?  Ada kawan aku waktu sekolah rendah , cina . Orang tanya , kenapa tak nak masuk Islam , pakai tudung . Dia jawab , memang dia nak masuk Islam , tapi mak ayah tak bagi . Dia seronok tengok kawan-kawan bertudung , tapi mak ayah tak bagi . Nampak tak ?

Kesimpulannya , janganlah terlalu cepat menghukum dan mengukur darjat seseorang tu . Cuba fikirkan diri sendiri . Cukup sempurnakah kita di sisi Allah S.W.T. ? Jangan jadi seperti 'mengata dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih' . Ok ? Tepuk dada , tanya iman :) .

p/s : Sekadar berpesan . Dunia semakin maju , manusia pun semakin maju . Fikir-fikirkan :) .