Friday, May 31, 2013

Let's Talk About 'Sweet' :)

Assalamualaikum :) .

Aku habis baca buku , aku tak tau nak buat apa lagi . Perlukah aku mengulang baca buku yang sama sebanyak 20 kali ? Aku bosan . Tiba-tiba , aku dapat idea dari Facebook . Idea tercetus bila mana aku nampak , zaman sekarang ni orang suka bawak keluar ayat 'sweetnya' dari mulut turun ke tangan dan ditulis dalam Facebook -.- .


First dulu aku mula baca ayat tu kat gambar sorang kawan alam maya . Gambar tu menunjukkan dia yang tengah berdiri malu dengan 'boyafriend' dia . Aku yang  jenis lambat tangkap ni pun peliklah . Aku jadi pening kepala pasal aku dah perhatikan gambar tu 20 kali dengan putaran 360 darjah . Tapi aku tak nampak pun apa-apa benda yang manis kat dalam gambar tu . Nak kata ada ais krim , tak jugak . Ataupun diorang sebenarnya nak kata senyuman perempuan tu manis , mungkin ? -.- . Lama lepas tu , barulah aku faham apa maksud 'sweetnya' yang diorang katakan tu . Rupa-rupanya , diorang nak kata yang pasangan tu nampak best atau sweet larh . Owh ... -.- . So , aku yang memang tengah kebosanan ni pun , terus sign in to blogger dan mula larh update entri seperti sekarang ni .

*Tu mukaddimah :3 .*

Sebenarnya , aku bukan nak ajar cara-cara nak jadi sweet pun . Ingat aku pandai sangat ker nak sweet-sweet ni ? -.- . Tapi , aku nak cerita tentang sweet . Okeh . Setakat ni , siapa yang rasa entri ni bosan dan mengarut , boleh larh tekan pangkah laju-laju -.- .

Aku rasa , insan yang sweet pernah aku jumpa setakat ni ialah Umi dan Abah aku :) . Kenapa aku kata sweet ? Sebab , walaupun Umi dan Abah selalu berlaku perselisihan faham , tapi Umi dan Abah mampu handle masalah dengan baik . Abah pulak pandai dalam memujuk Umi :) . Bergaduh , alarh .. Lumrah dalam sesebuah rumah tangga kan ? Kalau tak ada pergaduhan , tak berlaku larh kisah sweet kan ? :3 .

Aku ada jugak terbaca kat satu artikel ni . Ciri-ciri suami yang sweet dan romantik . Ehh , ada jugak orang nak listkan benda-benda yang macam ni ek ? O.o



*CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK*


1. Call isteri waktu kerja sebab nak cakap rindu .

2. Peluk isteri secara tiba-tiba , contohnya waktu isteri sedang penat memasak .

3. Puji isteri cantik . ( Kalau tak cantik , perlu ker jadi hipokrit ? O.o ) .

4. Bergurau senda dengan isteri waktu baru balik dari kerja ( Kalau isteri letih sangat , penampar larh makan dia kan ? ) .

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri di dapur .

6. Picit kepala isteri dengan sukarela waktu tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV .

7. Tolak stroller baby atau dukung anak waktu keluar bersama isteri .

8. Berada di sisi isteri waktu isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak .

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri .

10. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday .

11. Dengar luahan isteri waktu isteri sedang sedih akibat Pain Month Sickness (PMS) sambil bagi kata-kata semangat .

12. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah S.W.T.

13. Buat candle light dinner secara mengejut ( Haishh ... :3 ) .

*Hamboihh ... Haishh ... :3* 



Sweet yang aku paling tak faham sekali , bila berlaku keadaan macam kat bawah ni :

*Sweet Yang Tak Sweet Langsung*

Boy : Hai sayang ... Awak dah makan ?

Girl : Belum larh sayang .. Lapar ... Jom , saya masak untuk awak , awak suapkan saya :D .

Mak Kat Belakang : Saya masak untuk awak konon , goreng telur pun tak reti ! Baik kau tolong mak masak , lagi bagus !

Haha .. Aduh , terasa :P . So , kesimpulannya nak jadi sweet tu mudah , kalau tau caranya . Tapi tak perlulah dipraktikkan kepada yang non-Halal macam makanan tak ada tanda Halal tu kan ? Dah tak ada tanda Halal , masih nak makan ker ? -.- . Itu bukan sweet namanya , itu berdosa -.- . 

Yang sweet itu dimaksudkan indah ,
Yang indah itu adalah yang diredhai ,
Yang diredhai itu adalah yang Halal ,
Yang Halal itu adalah bercinta selepas NIKAH :) .

*Sekian , Salam Pidato Dari Saya :3*

p/s : Entri ni menunjukkan betapa tensionnya diri sebab tak ada idea dan lain-lain . Adess -.- .

No comments:

Post a Comment