Tuesday, May 3, 2011

Ya Allah .. Aku Rindukan Cinta .




Aku sangat percaya setiap orang yang mula memasuki peringkat remaja pasti akan ada masalah tentang perasaan cinta...tak payah berselindung..aku tahu suma orang rasa macam tuh...

Tujuan aku menulis entri yang sebegini bukannya pasal sesaja nak menggedik..tapi aku nak suma remaja yang selalu rasa macam nih dapat terima hakikat yang sebenarnya...inilah yang selalunya terjadi bila seseorang meningkat remaja...

Tapi aku tak nak remaja menerima hakikat nih dengan cara yang salah..remaja zaman skang selalu terus mencari kekasih bila mula terpancar rasa cinta...benar..terimalah hakikat bahawa kamu sudah remaja..tetapi tidak semestinya perlu mencari kekasih...

Tanpa rasa yang berselindung,aku nak kongsikan ttg diri aku sendiri kepada suma orang yang membaca entri nih...Memang benar aku pun ada rasa untuk bercinta...tambahan pulak bila aku tgk remaja2 lain yang sebaya dengan aku dah ada kekasih dan handphone...tak macam aku yang masih lagik ditelan zaman nih..handphone ada...kekasih pulak x ada...Kwn2 plak tanya aku..napa x ada kekasih sedangkan handphone ada jerk..itulah jalan yang paling mudah untuk mula berkasih kan..??

tapi..walaupun keinginan dan peluang tuh dah ada di depan mata aku..aku takkan sesekali gunakan peluang tuh sebab aku tetap nak pegang prinsip hidup aku sebagai buah epal...aku nak jadik buah epal yang paling tinggi di atas pokok...tak suma org mampu capai epal tuh..

..aku yakin sgt..klu suma remaja ada prinsip yang sama..mungkin tak akan ada lagik kes ditangkap khalwat mahupun pembuangan bayi...



..jadik..kepada suma kwn2..lupakanlah cinta buat sementara..jika ingin bercinta juga..cintailah si dia kerana Allah dan bukan semata-mata kerana nafsu...buat remaja2 plak..bila rindukan cinta..ingatlah Allah sentiasa dan mohonlah kepada Allah supaya kita mendapat jodoh yang baik suatu hari nanti..dan sentiasalah percaya...bahawa Allah telah menetapkan jodoh seseorang itu dari alam rahim lagi...

Tak perlu risau tentang cinta kerana ini bukan masa buat kita bercinta..Jangan risau diri tidak akan laku sbb tidak bercinta kerana AKU JUGA RINDUKAN CINTA...tetapi kerana sebiji buah epal..aku berjaya menghadapi muslihat cinta remaja..

No comments:

Post a Comment