Tuesday, April 24, 2012

Cinta Itu Keperluan,Cita-cita Itu Kehendak :)

Assalamualaikum ...

Aku menyelak buku motivasi tersebut ... Wadah Cinta Solehah,tajuk yang sangat indah juga mempunyai motivasi yang sesuai untuk para remaja ...

sampai pada satu bab ... aku tertarik untuk membacanya ...

" Cinta itu keperluan,Cita-cita Itu Kehendak "

serta-merta otak aku bekerjasama dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah untuk berfikir tentang perkara ini ... setelah lama aku berfikir ... aku mula mengatur jawapan ... Ya,benar ... Cinta itu sebenarnya adalah satu keperluan ... Dan cita-cita itu sememangnya satu kehendak ...


Manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang ada pada diri ... dan setiap manusia juga dilahirkan dengan sifat cinta ... iaitu ingin dicintai dan juga ingin mencintai seseorang ... Dengan cintalah manusia bersatu dengan cintanya ... dan lahirlah satu nyawa yang suci dari dosa juga dengan rasa cinta ... Tanpa cinta di muka bumi ini, manusia ibarat ikan yang kehilangan air di lautan ...

Hadirnya cinta dari pencipta yang menciptakan cinta,kepada kita untuk mencintai satu sama lain dengan perasaan cinta yang akhirnya akan melahirkan generasi yang baru yang juga mempunyai rasa cinta ... Sesungguhnya,Allah yang menciptakan cinta ... Dia berhak untuk memberi dan menarik kembali cinta seseorang manusia ...

Cita-cita pula merupakan kehendak yang wujud di dalam diri setiap manusia sejak azali lagi ... Cita-cita boleh dirujuk kepada dua jenis cita-cita iaitu cita-cita yang menuju ke arah keduniaan dan cita-cita yang menuju ke arah ukhrawi ... Setiap manusia mempunyai cita-cita (kehendak) dan manusia juga sering inginkan kehendaknya terlaksana ... namun mereka akan kalah untuk memperjuangkan kehendak mereka kepada keperluan,bukan keperluan biasa,tetapi keperluan yang luar biasa iaitu cinta ...


Hakikatnya,kita harus berusaha untuk mendapatkan cita-cita (kehendak) kerana dengan berolehnya ia,maka kita juga telah hampir kepada pencapaian cinta (keperluan) ...

Jika kita belajar di dalam subjek Kemahiran Hidup serta Perdagangan ... Keperluan lebih penting daripada kehendak ... Namun,dalam proses mendapatkan cinta dan cita-cita bagi para remaja,prosedur tersebut selayaknya diterbalikkan :)

No comments:

Post a Comment