Wednesday, November 7, 2012

Menjadi Insan Yang Diperlukan Atau Memerlukan ?

Assalamualaikum :) 

Aku busy sejak kebelakangan ni . Ya larh , nama pun calon SPM 2013 kan ? Tapi , kadang-kadang bila aku dilanda virus kebosanan , aku akan bukak jugak blog berhabuk ni untuk kongsikan tentang perkara-perkara yang aku selalu fikirkan dan simpulkan .

Ok , tajuk yang aku cuba nak simpulkan hari ni adalah seperti yang tertera di atas . Menjadi insan yang diperlukan atau memerlukan . Berbeza kan ? Mana yang penting ? Kedua-duanya penting sebenarnya :) .


Menjadi insan yang diperlukan :

Memang tak dinafikan , kadang-kala manusia memerlukan seseorang untuk mereka berkongsi suka dan duka . Dan seseorang yang diperlukan itu larh yang dikenali sebagai insan yang diperlukan . Siapa yang dimaksudkan insan yang diperlukan ? Mereka ada larh ibu kita , ayah kita , mungkin jugak guru , ataupun kawan-kawan . Btw , macam yang diketahui umum , insan yang diperlukan bagi remaja ada larh seorang sahabat yang baik :) . Sebab tu larh , untuk mencari insan yang diperlukan pun , kita perlu mencari dengan sebaiknya . Sebab , siapapun insan yang diperlukan tersebut , dia umpama diri kita sendiri .

Tau tak ? Menjadi insan yang diperlukan tu sangat menyeronokkan . Tau kenapa ? Sebab , saat seseorang memerlukan kita , dia akan cari kita . Dan kita akan jadi seumpama orang yang penting dalam hidup dia . Aku selalu berangan yang aku boleh jadi insan yang diperlukan oleh sesiapa saja . Tapi , realitinya aku rasa aku tak pernah jadi insan yang diperlukan sesiapapun kot . Ntah larh :( . Itu sebab , aku ada larh insan yang memerlukan , bukan diperlukan .

Macam mana nak jadi insan yang diperlukan ? Senang saja . Cuma perlu sentiasa ada di sisi saat seseorang tu dalam kesusahan . Gembirakan dia , bahagiakan dia , nasihatkan dia . Dan dengan cara tu , dalam sedar atau tak sedar , kita akan dilabel sebagai seseorang yang dia sangat-sangat perlukan . Segala masalah dia akan diceritakan kepada kita . Dan kita perlu bijak untuk membantu dia mengharungi masalah tu walaupun kita juga ada masalah sendiri . Tau kenapa ? Sebab ...

" Melihat seseorang itu bahagia kerana kita ada larh lebih membahagiakan daripada melihat diri kita sendiri bahagia . " 

Mudah saja kan ? :) .


Menjadi insan yang memerlukan :

Siapa insan yang memerlukan ? Dia ada larh diri kita sendiri sebenarnya :) . Setiap manusia saling memerlukan . Ramai yang fikir , hidup berseorangan tu ada larh menyeronokkan . Sedangkan Adam perlukan Hawa . Apatah lagi kita manusia biasa . Btw , kat sini bukan aku nak tekankan bab cinta sebenarnya . Tapi , keseluruhannya lebih kepada family dan sahabat .

Insan yang memerlukan ada larh insan yang bergantung kepada insan yang diperlukan . Faham tak ? Setiap saat kita merasakan kesedihan dalam hati . Kita akan merasakan bahawa kita memerlukan seseorang untuk menceritakan kesedihan kita kan ? Sama jugak dengan kegembiraan , akan turut dikongsi dengan orang yang diperlukan .

Mana yang penting ? Menjadi insan yang diperlukan atau memerlukan ? Sebenarnya , kedua-duanya penting . Sebab , kedua-duanya saling bergantung satu sama lain . Dan sebab itu larh , Allah kurniakan akal , mulut , telinga , mata , hati . Untuk apa ? Supaya insan yang diperlukan boleh mendengar masalah insan yang memerlukan dengan menggunakan telinga , mulut untuk menasihat , akal untuk berfikir jalan penyelesaian , mata untuk melihat betapa dia bersedih supaya hati boleh turut merasakan kesedihannya :) . Nampak kan ? Allah itu Maha Adil :'D .

Kalau dengan manusia jugak masih tak mampu berbicara , mengadu larh pada Allah . Angkatkan kedua-dua tangan dan berdoa .

" Ya Allah , sesungguhnya aku sedang bersedih dan aku tahu kesemuanya mempunyai hikmah yang tersendiri . Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-Mu .. "

Untuk itu , jadi larh kita hamba yang memerlukan Allah S.W.T . Kerana setiap saat , setiap ketika , Dia sentiasa menanti doa dan suara rintihan hamba-Nya .. :'D .

No comments:

Post a Comment