Friday, October 19, 2012

Nafasnya Tamat Di Atas Telapak Tanganku ...

Assalamualaikum :)

Aku tengah exam SMRA sekarang . Btw,stress punya pasal aku sign in to blogger sekejap untuk share dengan sahabat semua satu cerita yang jadi baru-baru ni . Mungkin,cerita ni tak penting untuk semua yang membaca blog ni . Tapi,cerita ni penting untuk aku dan aku pun tak tau kenapa . Huhu . Cerita dan baca sajalah,ok ? :)


- Kenal Burung Ni Tak ? -

Aku tak kenal burung ni . Btw,aku memang tak pernah kenal jenis-jenis burung pun sebenarnya . Huhu . ==" . Umi kata,ni burung Tiong . Entahlah . Maybe kot ... Bukan setakat jenis burung saja . Jenis kereta,motor,phone, dan seumpamanya pun aku tak pernah kenal . So,aku cuma boleh tunjukkan gambar burung ni kepada sahabat semua . Mungkin sahabat semua kenal burung ni . :'D

Hari tu,masa aku tengah cuti sebab bakal menghadapi SMRA . Aku menghafal subjek Tafsir kat ruang tamu . Otak aku memang confuse masa tu . Banyak sangat tajuk yang perlu dihafal . Mujur larh waktu tu aku dah hafal beberapa tajuk . Then,confuse punya pasal,aku pun mulakan sesi termenung . >_<

Tiba-tiba,secara tidak semena-mena aku terdengar bunyi burung yang bingit kat luar rumah . Umpama bunyi 10 ekor burung yang tengah bergabung  :O . Aku pun buat tak tau mula-mula tu . Tapi,tetiba aku terpandang melalui tingkap,seekor burung yang sama macam dalam gambar kat atas ni,tengah terbang dengan bunyi yang bingit . Terbang berpusing-pusing . 

Aku pun terus bangun dan menghendap melalui tingkap tu . Aku pandang atas . Ada seekor burung tu tengah bertenggek atas besi atap rumah aku sambil mengepakkan sayap dan buat bunyi bising . Aku terus pandang bawah . Then,aku terkejut . Aku nampak kucing jiran aku tengah tindih leher seekor burung yang sama macam burung-burung tadi . Taring kucing tu pulak dibenamkan ke atas kepala burung tu . Secara automatik,aku terus ambil tudung dan keluar pegi kat kucing tu . Kakak dan adik aku pun ada sekali dengan aku . Tapi,aku teragak-agak nak ambik burung tu dari kucing tu .

" Burung ni tak patuk orang kan ? "

" Tak ! Ambik sajalah burung tu ! "

" Owh,ok ... :( "

Aku pun terus ambik burung tu . Memang susah jugaklah sebab kucing tu tindih kuat burung tu . Lepas tu,aku terus bawak burung tu pegi kat umi . 

" Umi,tengok ni . Macam mana nak buat ni ?!! "

" Ehh ... Alang ambik kat mana ? "

" Kucing jiran tangkap . Macam mana ni ? "

" Umi rasa,dia dah tak boleh diselamatkan ... "

Aku sedih . Burung tu masih di atas tangan aku . Aku pegi ke dapur . Then,aku titiskan beberapa titisan air paip ke dalam mulut burung tu . Tapi,aku rasa umi betul . Dia memang dah tak boleh diselamatkan .. :'( . Perlahan-lahan,dia pejamkan mata dia . Tapi,dia masih hidup . Cuma ... Mulut kecik dia tercungap-cungap bernafas atas tangan aku . Aku cuma boleh perhatikan dia dan belai badan dia yang kecik tu . Tak lama lepas tu,dia tarik satu nafas yang panjang sampai boleh nampak dada dia naik ke atas . Then,burung tu menghabiskan riwayat hidupnya di atas tapak tangan aku ... 

Aku dah cuba selamatkan dia . Tapi,apakan daya :'( . Aku tak tau kenapa aku sedih . Tapi,aku dah tak sanggup lagi menghadapi haiwan-haiwan lemah yang mati depan mata aku lepas burung ni ... Btw,itu saja larh cerita aku . Sekadar melepaskan tekanan menghafal subjek Hadis :'D . Ok,aku nak sambung menghafal balik . Apa-apa cerita menarik nanti aku akan update lagi lepas exam SMRA tamat Rabu ni . Chow dulu ! ^_^

p/s : Sayangilah haiwan kerana mereka sayangkan kita ! :'D

No comments:

Post a Comment