Thursday, January 3, 2013

Bila Aku Melihat Ke Langit.

Assalamualaikum :)


Setiap kali aku rasa sedih , aku selalu tercari-cari cara macam mana nak buang rasa sedih tu. Saat tu jugak , Allah S.W.T utuskan seorang insan yang bernama 'kamu' untuk menceriakan hati aku . Setiap kali aku bersedih hati , 'kamu' akan datang dan mengingatkan aku kepada Dia . 'Kamu' akan menggembirakan aku sehingga aku kembali bahagia . Aku terlalu bahagia hingga aku sering berdoa , "Ya Allah , tolong jangan ambil dia sebelum aku .. "

Suatu hari , 'kamu' katakan kepada aku :

" Jika suatu saat nanti aku pergi tinggalkan kamu , bolehkah kamu terus kelihatan bahagia ? "

Tahu tak ? Ketika 'kamu' katakan begitu , aku dapat merasakan ada sesuatu perasaan timbul di dalam hatiku . Aku tercari-cari perasaan apakah itu , namun aku tak pernah tahu dan aku biarkan saja perasaan tersebut berlegar-legar di dalam fikiran aku .

Dan bila suatu hari 'kamu' menghilangkan diri dari hidup aku , aku mula merasakan perasaan itu datang kembali . Bila aku ceritakan kepada kawan-kawan , mereka menjelaskan bahawa itulah yang dipanggil sebagai perasaan 'terasa kehilangan' dan 'rindu' . Secara tiba-tiba , aku dapat merasakan setitis air yang jernih mengalir di pipiku . Entahlah datangnya dari mana . Mungkin dari mataku yang sedari tadi bergenang dengan air mata ..

Aku kembali bersedih hati . Aku lupa segala nasihat 'kamu' . Aku begitu berharap supaya 'kamu' akan kembali . Hinggalah suatu hari .. kamu datang kepadaku dengan wajah penuh senyuman . Aku berasa sangat gembira , walaupun ada sedikit duka di dalam hati . 'Kamu' telah tinggalkan aku dan kembali dalam keadaan tersenyum ? Tidakkah 'kamu' merasakan kesedihan yang sama sedang aku alami ?


Kerana 'kamu' telah membahagiakan aku , sedikit pun aku tidak memperdulikan tentang kekecewaanku kepada 'kamu' . Selepas 'kamu' kembali , 'kamu' telah berubah begitu banyak . Namun , sekali pun aku tidak ambil peduli . Begitu banyak 'kamu' menyakiti hatiku , setiap kali itu juga aku cepat maafkan 'kamu' . Apa yang penting adalah 'kamu' ...

Satu ketika , 'kamu' katakan yang bahawa 'kamu' takkan sesekali membiarkan seseorang yang 'kamu' sayangi bersedih kerana 'kamu' akan turut berdukacita . Aku tak pernah sekali pun faham apa maksud 'kamu' , namun aku hanya tersenyum di sebalik satu perasaan sedih .

Aku berasa sangat hairan tatkala 'kamu' kelihatan bersedih setiap kali aku menceritakan kisah tentang aku dan 'dia' . Hinggalah suatu hari , kawan-kawan memberitahu bahawa seseorang yang 'kamu' sayangkan itu adalah 'aku' . Saat itu , aku telah terlambat . 'Kamu' telah jauh pergi meninggalkan aku . 

Pernah 'kamu' katakan yang aku adalah seseorang yang 'kamu' maksudkan . Tapi kenapa 'kamu' tak pernah serius dengan kata-kata 'kamu' ? Kini aku telah kehilangan 'kamu' , mungkin untuk selamanya . Bodohnya perkataan itu , yang kawan-kawan maksudkan kepadaku ianya adalah cinta . Aku terasa perkataan 'cinta' itu terlampau bodoh . Ia telah merosakkan hubungan aku dan 'kamu' . Ketika 'kamu' bahagia bersama 'dia' , aku pergi dengan sejuta rasa . Tiada lagi penghibur hatiku selepas ini . 'Kamu' pergi mungkin untuk selama-lamanya ..


Kini , saat aku cuba untuk melupakan 'kamu' yang dulunya pernah hadir di dalam hidup aku .. Aku sering melihat ke langit ..

" Allah .. dia tinggalkan aku ketika aku benar-benar perlukan dia .. "

Dan aku akan tersenyum dalam kesedihan saat aku teringat tentang 'kamu' . Terima kasih 'kamu' , kerana pernah menceriakan hari-hari aku .. Tinggalkan aku , ya .. itulah keputusan terbaik yang 'kamu' seharusnya lakukan selepas 'kamu' dipengaruhi oleh 'cinta' yang bodoh itu .. Aku tidak marah dengan 'kamu' , tidak sama sekali ! Tapi , aku marah dengan perkataan 'cinta' itu , kerana dialah yang telah membuatkan 'kamu' pergi jauh dari aku ..

Langit terlalu indah pada malam ini . Aku mengagak , mungkin 'kamu' juga sedang melihat langit yang indah ini . Atau mungkin ... 'kamu' sedang sibuk dengan 'dia' yang tidak pernah mengecewakan 'kamu' .. Bintang begitu banyak bertaburan di atas hamparan langit .. Dan bulan bercahaya terang menyinari wajahku yang kelihatan kelat menahan keperitan di dalam hatiku seorang diri ..

" Bulan ... berhenti sinari aku kerana aku tak mahu melihat wajahku yang dalam kesedihan .. Bintang ... temani aku kerana kegemerlapan dirimu mungkin boleh membuatkan aku kembali tersenyum .. Allah .. tolong jagakan dia .. Kerana dialah yang Engkau telah kurniakan kepadaku untuk menggembirakan hatiku , dan sekarang aku redha bila Engkau menariknya kembali , jika Engkau sekadar ingin menguji aku , aku sambut ujian itu dengan penuh kesyukuran .. Kerana aku tahu bahawa Engkau sayangkan semua hamba-Mu yang Kau berikan ujian , semuanya berhikmah .. Salam penuh kerinduan aku utuskan untuk kamu yang jauh di sana .. Mungkin aku juga akan menyusul kamu suatu saat nanti .. "

Aku menarik nafas lega tatkala tanganku berhenti menulis . Aku kesat air mata di pipi dan perlahan-lahan , aku rebah di atas hamparan bumi-Nya .. letih memikirkan segalanya yang telah berlaku ... dan mataku terlelap bertiup bayu malam yang dingin ..

p/s : Entri ni sekadar untuk menguji tahap penulisan aku , harap jangan salah faham . Dan ucapan takziah aku ucapkan buat keluarga sahabat aku yang telah meninggal dunia pada bulan lepas . Sad , but life must go on ...

No comments:

Post a Comment