Sunday, February 17, 2013

Al-Kisah Couple - Valentine's Day .

Assalamualaikum :) .

Post lambat . Maklumlah , orang busy . Ok . Ramai orang yang tau kot , kalau sebut hari Khamis hari tu , 14 Februari 2013 hari apa , hampir semua orang boleh jawab rasanya . Tapi adalah sorang kawan ni , ditanya 14 Februari 2013 hari apa . Jawab dia , 'besday saya :)' . Huhu .. Happy Birthday larh .. Tapi , ni bukan nak cerita bab Birthday . Ni nak cerita bab Valentine's Day .


Ehh .. why should I say no to Valentine's Day ? Bukankah ramai pemuda pemudi yang seronok menyambut Valentine's Day ? Kenapa perlu katakan 'tidak' ? 

Jawapan :

Pernah tak cuba ambik tau tentang Valentine's Day ? Macam mana boleh wujud , kenapa orang sambut , siapa yang selalu sambut . Pernah tak ambik tau keseluruhan sejarah tentang Valentine's Day ni ? 

Sejarah Wujudnya Valentine's Day :

Ada empat pendapat tentang sejarah Valentine's Day .

Pendapat Pertama :

Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia . Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari . Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata . Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Setiapa pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak . Nama gadis yang tertea di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun .

Pada 15 Februari , mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala . Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing . Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka . Semasa agama Kristian menguasai Rom , mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian . Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor . Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I .

Pendapat Kedua :

 Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II . Terdapat dua kisah berkaitan dengan St.Valentine ini .

Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II , kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian . Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa . St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II . Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan , beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara . Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari . Pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya . Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya .

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara , beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh , beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From yor Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine . Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebug tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin . Justeru , Claudius II menghalang para pemuda dari berkahwin . Namun , St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia . Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Claudius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M .



Pendapat Ketiga :

Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol di mana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu . Disebabkan sumbangan itu , St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat . Tarikh 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim .

Pendapat Keempat : 

Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer , seorang penyair Inggeris di dalam puisinya . Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari . Berdasarkan kepada versi-versi tersebut , ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama Islam . Malahan ianya amat terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam itu sendiri .

Kesimpulannya :

Masih nak sambut Valentine's Day ? Let's Say No To Valentine's Day ! Kalaulah tiada dalam Sejarah tentang St. Valentine sekalipun , ianya tetap tidak boleh disambut . Kenapa ? Sebab hari berkasih sayang bagi umat Islam adalah hari-hari . Tiada hari tertentu untuk berkasih sayang bagi kita . Valentine's Day juga tak boleh disambut kerana tiada istilah 'couple' dalam agama Islam . Yang ada hanyalah istilah 'akad nikah' . Selepas akad nikah , berkasih sayanglah setiap hari tanpa perlu menunggu tibanya tarikh 14 Februari . Semoga iman kita sentiasa terpelihara daripada segala agenda-agenda tersembunyi generasi Barat . Wallahua'lam :) .

No comments:

Post a Comment