Wednesday, February 29, 2012

Mari Hayati Kisah Seekor Burung.

Assalamualaikum.

Di sebuah kawasan pergunungan, ada beribu ekor burung yang tinggal di situ. Setiap kali tiba musim sejuk,burung-burung tersebut akan berpindah ke kawasan yang lebih panas supaya mereka dapat mencari makanan serta tidak mati kesejukan.


Namun,dalam kalangan burung-burung ini, terdapat seekor burung yang amat pemalas untuk bergerak dari situ. Sampai tibanya saat untuk mereka berpindah ke tempat lain kerana musim sejuk,dia masih tetap tidak bergerak.

" Aku tidak akan mati jika berada di sini, tidak mungkin sama sekali. "

Burung itu membiarkan burung-burung yang lain pergi meninggalkan dirinya. Selama 3 hari dia bertahan tanpa makanan di dalam permulaan musim sejuk. Hingga akhirnya dia mengalah.

" Lebih baik aku pergi sekarang sebelum aku mati kesejukan. "

Namun,burung itu terlambat kerana ketika dia sedang terbang menuju ke kawasan panas, salji mula turun membuatkan suhu sekitar semakin sejuk. Lama-kelamaan, sayap burung tersebut semakin membeku sehingga akhirnya dia jatuh menjunam di sebuah kawasan yang mempunyai beberapa ekor lembu.



Di dalam ladang lembu tersebut, dia telah terjatuh di belakang seekor lembu. Kebetulan lembu itu sedang melepaskan hajatnya. Maka, najis lembu tersebut jatuh ke atas burung tersebut. Burung itu berasa sangat marah lantas menyumpah seranah si lembu yang baru melepaskan hajat ke atasnya.

" Bodoh punya lembu ! Tak nampak ke aku kat sini ?! "

Si burung tidak sedar bahawa sayapnya sudah boleh bergerak dan dia terselamat dari mati kesejukan...najis lembu yang hina dan panas itulah yang membuatkan sayapnya yang beku itu cair...Namun dia masih tetap menghina lembu tersebut hinggalah akhirnya...Dia terbang untuk pergi dari situ dalam keadaan kotor dan berbau...

Kemudian, dia berhenti di sebuah rumah dan terjumpa dengan seekor kucing yang mengambilnya serta membersihkannya. Burung itu menyangka kucing itu baik sedangkan niat kucing itu sebenarnya jahat. Akhirnya, burung itu mati dimakan kucing tersebut.

*****

Boleh dapat tak pengajaran dari cerita dongeng tu ?

First, kadang-kala, benda yang hina itulah yang sebenarnya memberi kebaikan kepada kita.

Second, bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi. Setiap apa yang Dia aturkan, mesti ada hikmah.

Lastly, nak hidup jangan jadi pemalas. Menyusahkan diri sendiri jugak akhirnya kan ?

*senyum*

No comments:

Post a Comment