Friday, September 28, 2012

Hikmah Di Sebalik Sebuah Takdir :')

Assalamualaikum :)


Dah lama aku tak update blog . Atas sebab aku yang busy mengalahkan Prime Minister agaknya . Tapi beliau busy kerana menguruskan rakyat sementara aku busy berperang dengan examination . Trial SMRA dah lepas dan aku hanya memperoleh peratus sebanyak 69% sahaja ( jujur kan aku ? ) . Amatlah menyedihkan . Apapun,bukan bab ni yang aku nak ceritakan kali ni . Err ... Sorry,terbabas dari tajuk pulak =="

Dalam entri kali ni,aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua dua buah cerita yang berkaitan dengan ketentuan Allah S.W.T iaitu takdir . Tak ada siapa yang boleh melawan takdir . Di sebalik perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T pasti ada hikmahnya yang tersendiri . Dan kisah yang aku akan ceritakan dalam entri ni,telah pun memberi hikmah kepada aku salah satunya .


Kisah Pertama :


Abah keluar rumah,nak pergi masjid . Umi pesan kat abah untuk pergi kedai dulu . Tak lama lepas tu,abah balik ke rumah dan aku terdengar bunyi suara anak kucing yang sangat nyaring . Aku nampak abah kelam-kabut masuk dalam rumah dan letakkan seekor anak kucing yang kecil dan berlumuran darah ke atas sehelai plastik .


" Abang jumpak dia bergerak-gerak tengah jalan . Tak gamak abang nak biar dia kena langgar dengan kereta yang lain . "


Aku dengar abah kata macam tu pada umi . Aku pun tengok anak kucing tu . Comel . Bulu basah dan berdarah,tali pusat panjang,kesejukan . Aku ambil sehelai tuala kecil dan balut kucing tu . Aku lapkan darah dan lendir tu sampai bulu dia kering . Tak sampai hati aku nak biarkan dia kesejukan . Aku ambik satu botol susu kecil . Nak bagi dia minum susu . Tapi mulut dia terlampau kecil pulak ( sebesar separuh dari kuku jari kelingking ) . Akhirnya,aku suapkan dia susu dengan menggunakan picagari kepunyaan adik aku . Bermula saat tu,aku jaga dia,malahan aku bawa dia ke sekolah . Kerja dia cuma tidur dan minum susu yang disuap oleh aku . Aku sayang dia sangat-sangat . Dia semakin comel dan gemuk dari hari ke hari dengan bulu yang dah kelihatan jelas berwarna oren putih .


Suatu hari Sabtu yang tenang . Aku nampak dia makin pelik . Oh ! Lupa nak bagitau . Namanya Gary . Gary makin pelik . Dia kerja tidur dan tak nak bangun untuk makan . Aku mula risau . Rasa macam nak menangis saja . Klinik haiwan pulak tutup . Aku pun cuba jugak selamatkan dia . Suapkan susu walaupun hanya dua tiga titis . Petang tu,dia mengiau tanpa suara . Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena . Umi pun kata,dia mungkin takkan hidup lama lagi . Aku pasrah ... 


Aku letih jaga dia yang sedang tidur . Jadi,aku pun ambil keputusan untuk tidur sekejap . Aku tidur dalam masa 1 jam . Pukul 5 tepat,aku bangun dari tidur . Tergerak hati untuk tengok Gary . Bila aku tengok,dia tengah tidur lagi . Aku sentuh dia . Sejuk . Aku rasa pelik . Aku angkat dia . Keras,dia dah mati . Mati dalam keadaan ibu jari dia yang kecil tu ada dalam mulut dia yang kecil . Dia tengah menghisap ibu jari macam anak manusia . Aku rasa sangat sedih . Terkesima aku waktu tu . Rasa nak menangis . Aku teringatkan doa aku pada hari pertama aku bawak dia ke sekolah . Ada beberapa sahabat aku kata,Gary takkan hidup lama sebab tak ada ibu . Jadi aku berdoa ...


" Ya Allah,tolong panjangkan umur kucing ni . Supaya aku boleh buktikan pada mereka,tanpa ibu dia,dia tetap boleh hidup dengan kudrat-Mu ... "

Malam tu,abang aku tanam dia . Hidup aku sunyi dari tangisan seekor kucing sejak malam tu .

Kisah Kedua :


Pagi tu,aku dah lewat ke sekolah . Abah bawak laju kereta pagi tu . Sampai di satu persimpangan,abah perlahankan kereta sebab ada berlaku kemalangan jalan raya . Aku tengok,ada jenazah yang ditutup dengan sehelai kain . Aku rasa tak sedap hati dan aku pun tak tahu kenapa . Sepanjang di sekolah,topik perbualan yang aku selalu dengar dari mulut rakan dan guru hanyalah tentang kemalangan tu . Ada seorang guru tanya,aku kenal tak dengan pelajar yang meninggal tu . Owh .. pelajar rupanya . Aku tak kenal rasanya . Tapi tetap tak sedap hati .


Balik dari sekolah,aku ceritakan tentang kemalangan tu pada umi . Tapi,umi pulak yang ceritakan pada aku tanpa aku sempat menghabiskan ayat aku .


" Dia accident teruk ... Alang kenal tak dia ? "


Siapa ? Aku tertanya-tanya . Malam tu,abah keluar rumah dan pergi masjid . Balik tu,abah sebutkan nama dia . Aku agak terkejut . Ya,aku kenal dia ! Walaupun dia tak rapat dengan aku,tapi dia rapat dengan sahabat aku . Pelik . Tak sangka jenazah yang aku tengok dan rasa tak sedap hati tadi rupa-rupanya kawan aku dan kawan rapat kepada sahabat aku sendiri . Dua hari cuti,aku termenung sendirian ... Terfikir seketika tentang segalanya yang berlaku ...



Kesimpulannya ?

Semuanya dah tertulis oleh-Nya . Benar kata pujangga,dunia ini adalah pentas lakonan,kita hanyalah para pelakonnya saja . Berdasarkan kisah pertama,aku memang sangat sedih . Tapi,aku redha saja dengan ketentuan-Nya . Dan tak lama selepas aku redha,aku telah dikurniakan seekor anak kucing yang lain . Lebih comel dari Gary hakikatnya . Nampak tak ? Allah hilangkan satu,dan selepas aku redha,Allah gantikan ia dengan satu lagi yang lebih baik . Lagi satu,pada mulanya,aku terfikir yang doa aku supaya Allah panjangkan umur Gary tu tak termakbul,maka aku redha . Tak lama lepas tu,baru aku terfikir . Siapa kata doa aku tak termakbul ? Termakbul sebenarnya . Aku doakan semoga dia panjang umur pada hari kedua dia hidup . Dan ternyata,dia masih hidup walaupun hanya untuk lima hari . Kata sahabat-sahabatku,dia akan mati kerana tak ada ibu hanya dalam masa sehari dua saja lagi . Sedangkan telah terbukti,dia mati selepas hidup selama lima hari tanpa ibu . 


Kisah kedua,mungkin ibu bapanya akan bersedih atas kehilangan dia . Aku pun tumpang sedih . Tapi,kita tak pernah tahu rancangan Allah S.W.T kan ? Mana tahu,suatu saat nanti ibu dia akan hamil seorang anak yang lebih bagus dari dia . Mana tahu,Allah S.W.T ambil nyawanya untuk selamatkan dia dari masa depan yang penuh onak dan cabaran melintang . Sesungguhnya,Allah sangat sayangkan dia . Al-Fatihah ...

p/s : Jodoh juga sebahagian dari takdir . Kalau dia bukan milik kita,redha sajalah dengan takdir,wahai sahabatku :)

No comments:

Post a Comment