Wednesday, July 18, 2012

Pelajar Dibenarkan Bawa Handphone Ke Sekolah Mulai 2013 ?

Assalamualaikum :)

Pelajar dibenarkan bawa phone ke sekolah mulai tahun depan,tu yang aku dengar dari mulut ke mulut . Di Facebook dan Twitter,dah ramai yang sebut tentang ni . Aku tak tengok pun berita semalam,tapi ada sumber yang bagitau,ini memang ada dalam berita,bukan aku yang buat2 ok ?

Actually,kali pertama aku dapat tau pasal ni,aku terus fikirkan,apa sebenarnya tujuan handphone dibenarkan bawa ke sekolah ni ? Aku terus fikirkan kebaikan dan keburukannya .


ok,aku listkan kebaikan dan keburukannya yg aku dah fikirkan . Kalau aku tersilap,tolong perbetulkan :)

Keburukan :

  1. Cuba bayangkan,cikgu sedang mengajar di depan,dan anak murid pulak sibuk membalas mesej di belakang . Dah tentu ada yang dia akan ketinggalan sebab terlalu kushyuk balas mesej . Then,cikgu pulak tak nak ulang apa yang dia cakapkan . Tak ker menyusahkan diri sendiri dan cikgu namanya tu ?
  2. Dalam peperiksaan,terlupa pulak apa yang dihafal ataupun dibaca . Jadi,kita mesej sajalah dengan kawan dan share jawapan,yer tak ? Akhirnya,semuanya lulus peperiksaan . Wah,bangga tak kiralah cikgu dengan pencapaian kita yang sebenarnya berkongsi otak tu ! :D
  3. Kalau cikgu berleter,murid pulak dengan senang hatinya pakai ear phone dan bukak lagu kuat2 . Especially kalau murid tu pakai tudung,senang jer tak nampak ear phone tu . Dan kalau yang tak pakai tudung pulak,bila cikgu suruh tanggalkan ear phone tu,dengan senang hatinya boleh jawab " maaf,saya sedang dengar UAI bagi ceramah ! " .
  4. Kalau murid yang guna phone berteknologi tinggi tu,ditambah pulak dengan sekolah dilengkapi wifi . Dengan senang hatinya boleh bukak Facebook dan Twitter dalam kelas . Itu belum kira lagi berkongsi pulak dengan rakan,bukak gambar pornografi yang tak patut ditonton .
  5. Bila cikgu rotan atau denda sebab tak buat kerja sekolah,murid gunakan phone yang canggih tu dan tangkap gambar atau rakam pelaksanaan denda tu . Then,tunjuk kat ibu bapa dan akhirnya sampai ke balai polis . Kononnya,cikgu salah sebab mendera murid . Sedangkan diorang sendiri yang carik pasal .
  6. Bawa phone nak simpan kat mana ? Of course dalam beg atau poket kan ? Then,kat sekolah confirm2 ramai pelajar lain yang kita tak kenal lebih dekat . Entah baik atau tidak . Kalau ditakdirkan hilang phone tu,tak ker susah namanya tu ? Entah nak cari macam mana,nak tuduh siapa ? Kalau diletakkan dalam poket sekalipun,tetap sama . Takkan tak pernah dengar pickpocket ataupun penyeluk saku ? :D
Kebaikan :

  1. Ok,kalau ada cikgu yang denda terlalu berat seperti ketuk ketampi 500 kali,sebat guna rotan 50 kali,dan lain2 . Mungkin murid boleh merakamnya dengan menggunakan phone untuk dijadikan bahan bukti penderaan . Tapi,kalau kesalahan itu berat baru dirakam,bukannya dengan sekali ketuk ketampi terus dirakam dan cikgu dipersalahkan .
  2. Untuk pelajar sekolah menengah yang pegi ke sekolah dengan menunggang motosikal,kalau berlaku emergency seperti minyak habis,motor rosak,dan lain2 . Bolehlah manfaatkan phone yang dibawa tu dengan menelefon ibu bapa untuk maklumkan hal2 yang berkaitan .
  3. Sekiranya berlaku emergency di sekolah seperti pengsan,histeria,pergaduhan dan lain2 . Boleh terus call ibu bapa kalau cikgu busy seperti meeting,pergi kursus dan lain2 . Tambah2 kalau berlaku emergency gangguan seksual ketika berjalan kaki untuk pulang dari sekolah,ataupun di sekolah sendiri,boleh terus call polis untuk datang ke sekolah .
Sebenarnya,aku pun dah tak tau apa lagi kebaikan yang ada bila bawak phone ke sekolah ni . Rasanya,keburukan lebih banyak berbanding kebaikan . Jadi,aku harap cadangan membenarkan phone dibawa ke sekolah tu dipertimbangkan semula . Kesannya bukan saja pada pelajar,malah ekonomi negara jugak .

p/s : Aku takda phone,tak payah fikir nak bawak phone atau tak ke sekolah,ianya tetap sama :D

No comments:

Post a Comment