Thursday, July 5, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih ! :')

Assalamualaikum.


" Allah menguji hamba-Nya kerana Allah sayangkan hamba-Nya ... "

Aku terdiam setiap kali kata-kata tersebut tergiang-giang di telingaku ...

" Ya Allah,benarkah Engkau menguji aku kerana sayangkan aku ? Mengapa aku diuji begitu berat ? Adakah Engkau mengujiku kerana aku terlalu banyak dosa dengan-Mu ? Aku tak mampu tanggung semua ni lagi,Ya Allah ... "

Kata-kata tersebut sering aku bisikkan dalam hati ... Lemahnya aku ... Baru diuji sedikit tapi sudah mengeluh ... Nikmat yang Allah berikan selama hari ni begitu besar ... Jadi,apa salahnya aku diuji seketika,separuh dari nikmat yang aku perolehi ?

Buat seketika,sementara aku diuji,aku kehilangan nikmat berkasih sayang sesama keluarga,nikmat dikasihi guru,serta persahabatan yang selama ni aku cuba pertahankan ... Demi Allah,sekarang pun aku masih pertahankan persahabatan aku,cuma ianya semakin runtuh kerana kelemahan aku ... Tapi aku takkan biarkan ! Dia sahabat aku ! Aku tak rela kehilangan sahabatku,Ya Allah ... Bantulah aku !

" Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi apa yang kita mampu .. "

Aku terkedu tatkala mendengar apa yang ustaz katakan ... Ya Allah,aku bukan tak mampu hadapi semua ni ... Allah takkan menguji aku melebihi apa yang aku mampu ... Aku mampu tapi iman aku yang lemah untuk hadapi semua ni ... Astagfirlahalazim ... Ampunkan dosaku,Ya Allah ... Aku merungut kerana imanku lemah ... Sedihnya aku ...

" Ya Allah ... Sesungguhnya aku benar-benar sedih dengan ujian yang sedang Engkau timpakan kepadaku ... Namun aku cuba ikhlas dan redha menerimanya ... Kerana aku yakin dengan janji-Mu,selepas setiap kedukaan itu akan hadir kegembiraan ... Subhanallah ... "

Aku menitiskan air mata ... Kata-kata sahabatku sentiasa bermain di fikiranku ... Benar,Allah menguji hamba-Nya kerana sayangkan hamba-Nya ... Aku tidak perlu bersedih dan berputus asa kerana aku masih mempunyai ramai insan yang memberi semangat kepada aku ... Dan lebih lagi,aku ada Allah yang sentiasa memberiku penawar selepas diberikanku kedukaan yang bersifat sementara ... :')

p/s : Wahai hati ... Ikhlaskan pemergiannya ... Bertemu dan berpisah kerana Allah ... Insyaallah,satu masa nanti,aku akan bertemu dengannya ...

No comments:

Post a Comment