Sunday, May 27, 2012

Kisah Mimpi Bertemu Cinta Dan Hidayahku ...

Awal Ramadhan tahun 2011 ... Waktu pagi sebelum bangun sahur ... Aku bermimpi bertemu cinta aku ... Cinta aku yang sangat2 aku rindukan selama ni ...

Baginda ialah Rasulullah S.A.W ... Aku telah bermimpi bertemu baginda pada bulan Ramadhan yang lepas ... Bukan tujuan aku riak atau ujub menceritakan kisah mimpi aku ... Aku pun tak nak cerita sebab takut difitnah mereka cerita ... Tapi atas permintaan kawan2 aku ... Dan niat aku untuk memberikan pengajaran pada kawan2 .... Aku ceritakan jugak ...

Dalam mimpi aku ... Aku dibawa seorang lelaki yang berbadan besar dan berwajah sangat garang ke zaman Rasulullah ... Aku lihat,Rasulullah terbaring di atas katil ... Rasulullah sedang sakit ... Wajah Rasulullah sangat pucat lesi,sedih raut wajah baginda namun tetap berseri ... Di sisi baginda,ada Saidina Umar Al-Khattab yang duduk memegang sebilah pedang ... Aku melihat raut wajah Rasulullah dan terduduk di sebelah atas berdekatan kepala baginda ...

Aku mendengar,sayu suara baginda berkata kepada Umar ...

" Umatku sekarang ... Banyak yang melakukan dosa ... Mereka meninggalkan solat ... Banyak berlaku zina ... Derhaka pada ibu bapa ... "

Aku melihat Rasulullah menangis kerana bersedih dengan umat ... Tiba-tiba,ada beberapa orang lelaki datang ... Dan Saidina Umar terus bangun mengangkat pedangnya ... Dan waktu tu jugak,lelaki tadi bawak aku ke suatu tempat yang lain ...

Tempat yang aku pergi kali ni berbeza dari tadi ... Tadi aku di dalam sebuah bilik,kini aku di padang pasir ... Cuaca panas dan aku terlihat seorang perempuan di ikat terbaring atas pasir ... Ada seorang lelaki yang wajahnya sangat garang berdiri di sebelah perempuan tersebut ... Aku mendengar suara memberitahu perempuan tu,namanya Sumaiyah ... Aku terdiam ... Raut wajah perempuan tu kelihatan sangat sedih ...

Tiba-tiba,aku terkejut dan terjaga dari tidur ... Aku terus turun dari katil dan pegi peluk abah aku ... Aku menangis dan terus menangis ... Aku ceritakan mimpi aku pada abah dan bertanya samada mimpi aku hanya mainan tidur atau sebaliknya ... Abah kata,mimpi bertemu Rasulullah,tiada yang mustahil ... Syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah ... Dan abah mintak aku berubah ...

Aku mula pasang niat untuk berubah ... Tapi aku masih ragu2 ... Dan disebabkan kedaifan aku ... Aku tak berubah sikitpun ... Tapi,dalam masa yang sama,aku selalu terpikir tentang mimpi tu ...

Hari Maulidur Rasul tahun 2012 ... Aku menangis dan bagitau abah,aku nak berubah ... Hampir 2 tahun aku tinggalkan solat ... Aku lalai dari mengingati Allah ... Tapi,aku masih tetap seperti lalang ditiup angin ...

Hidayah datang dari Allah ... siapa sangka,manusia hina macam aku pun Allah tetap berikan hidayah-Nya ...

Setiap hari,aku rasa hidup aku tak tenang ... Ada sesuatu yang kurang ... Satu hari,abah bawak aku pegi kedai dan abah berhenti depan masjid ... Aku pandang orang2 yang tengah solat dalam masjid tu ... Aku dengar alunan bacaan Al-Quran ... Dan aku mula rasa hati aku tenang seketika ... Aku teringat arwah tok aku yang baru meninggal 2 bulan lepas ... Arwah tok meninggal pada umur 74 tahun waktu nak tunaikan solat Subuh ... Kenapa aku yang muda susah untuk contohi arwah tok ...??? Aku balik rumah,duduk dlm bilik dan menangis ... Aku ambik Al-Quran dan peluk sambil menangis ... Aku nekad untuk berubah ...

Aku mintak pada abah dan umi,aku nak berubah,dan aku mintak izin pakai purdah ... Alhamdulillah,abah dan umi sangat memahami aku ... 26 May 2012 ... Asar semalam merupakan sujud dalam solat aku yang pertama lepas lama aku tinggalkan ... Aku menangis dalam sujud ... Sungguh,aku sangat2 rindukan Allah ... Allahuakbar ... Indahnya hidayah yang Allah kurniakan pada aku ... Aku menangis sepuas hati aku ...

Abah adalah orang yang paling seronok lihat aku memakai kain telekung ... Ayat abah buat aku rasa sangat2 nak berubah ...

"Alhamdulillah ... Lama abah tak tengok Alang solat ... Segak anak abah bila pakai telekung ... Sejuk hati abah ... "

Aku gembira dengan kehidupan baru aku sekarang ... Mungkin,bila kawan2 tau tentang betapa jahat dan hipokritnya aku selama hari ni ... Kawan2 akan rasa jijik untuk berkawan dengan aku ... Tapi,ketahuilah ... Aku takkan bersedih kerana aku benar2 ingin berubah dan Allah sentiasa bersama aku ... :')

No comments:

Post a Comment