Friday, August 31, 2012

Mudahnya Wanita Masuk Syurga !

Assalamualaikum :)


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita . " (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ramai wanita yang berasa sangat risau dan gementar bila membaca hadis ini . Tapi,tahukah sahabatku sekalian ? Sebenarnya di antara lelaki dan wanita,wanita merupakan kaum yang paling mudah untuk menempah tiket ke syurga . Seperti sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud :

" Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu,puasa Ramadhan,memelihara maruahnya,serta taat kepada suaminya,maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki . "

Tapi,hakikatnya ? Perkara senang pun masih ramai yang berat tulang untuk melakukannya,betul tak ? Dulu,aku jugak berat tulang untuk solat . Aku mengaku bukan kerana aku tak malu dan membuka aib sendiri . Tapi,aku mengaku kerana aku mengakui kedhaifan aku,dan berharap kawan-kawan aku takkan melakukan kesilapan yang sama pernah aku lakukan suatu ketika dulu .

Tapi,aku mula rasa insaf lepas arwah tok aku meninggal,dan aku dapat tau arwah tok aku meninggal waktu nak pakai telekung untuk melaksanakan solat subuh . Allah .. Terasa aku yang muda lagi,tapi malas solat ni . Atas sejadah arwah tok yang diberikan kepada aku,aku solat dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T .

Puasa Ramadhan tak pernah aku tinggalkan dengan sengaja sejak tahun 2006 kecuali disebabkan keuzuran . Sebab syarat wajib puasa kan baligh salah satunya . Tinggal puasa,berdosalah aku .. Tapi,yang hairannya di situlah . Tinggal solat,tapi puasa sayang nak tinggalkan . Astagfirlahalazim :'(

Semoga aku tergolong dalam kalangan wanita yang memelihara maruahku serta taat kepada ibu bapaku pada saat ini,dan taat kepada suamiku sesaat selepas selesai akad nikah suatu masa nanti . Aku manusia yang dhaif,tak terlepas dari melakukan kesalahan . Sebab tu,aku takut bila terkenang kembali aku yang dulu dan sekarang dan bagaimana agaknya aku pada masa hadapan nanti .

Sekalipun aku melakukan kesemua perkara di dalam hadis tersebut,aku masih bukan wanita yang dijamin ke Syurga . Bila difikirkan,betapa mudahnya wanita masuk ke syurga . Tapi masih ramai yang tidak mahu mengambil peluang ini . Betapa mudahnya ke Syurga,tetapi layakkah wanita seperti aku ke Syurga-Nya ? ._.

No comments:

Post a Comment