Thursday, August 16, 2012

Pengalaman di PMC.

Assalamualaikum.


Tanggal 27 Julai 2012, aku dimasukkan ke unit kecemasan Putra Medical Centre (PMC) atas sebab aku demam secara tiba-tiba . Demam bukan sebarang demam . Aku menggeletar satu badan, dan aku dapat rasakan seolah-olah nyawa aku di hujung tanduk. Dalam pukul 1.45 a.m. aku dirawat sorang doktor lelaki berbangsa Cina . Mula-mula, dia ambik suhu badan dan bila suhu badan diambil, aku demam yang agak tinggi dalam 39 darjah celcius .

Then, dia scan buah pinggang dan rahim aku . Doktor tu kata ,buah pinggang aku perlu di check, jadi dia buat 'urine test' . Dia scan bahagian rahim dan dia ternampak something yang agak meragukan. Jadi, dia soal selidik aku dan doktor tu syak, aku mungkin terkena jangkitan kuman dalam rahim . Aku perlu ditahan dalam wad supaya Dr.Yeoh ( doktor yg rawat aku ) boleh scan seterusnya . Kalau bernanah, aku mungkin akan di operate . Apa lagi, menangis tak berlagulah aku masa tu . Sambil menangis, aku peluk umi, aku kata banyak kali.

" Alang tak nak kena operate ! Alang takut ! " 

Malam tu, aku kena dua suntikan . Satu di bahagian tertutup dan satu lagi di tangan . Sakitnya Allah saja yang tahu . Bertambah sakit sebab nurse kat situ berkelakuan terlampau ganas terhadap aku . Ada ker patut ? Dia cucuk tangan aku untuk ambik darah, pastu dia tampar kuat-kuat kat tempat yg dibenamkan jarum tu, tak ker menyiksa aku namanya tu ? Adoii ... Sabar jer larh .
Banyak sangat pengalaman aku kat situ . Ada satu malam tu, nurse nak masukkan air sebelum aku masuk tidur . Tapi, disebabkan aku terlalu leka tengok cerita kartun best kat tv, dia terpaksa tunggu aku . So, mundar-mandir larh dia kat depan katil aku . Dan aku dengan muka tak bersalahnya buat tak tau saja larh dengan kehadiran dia tu . Hihi :'D .
Nak dijadikan cerita pulak, bila aku dah mengantuk dan nak tidur, dia masukkan air dan tentukan sukatan . Tapi, bila dia tengok tak masuk, dia kuatkan lagi sukatan tu dan terus kuatkan . Aku rasa macam dia nak balas dendam kat aku yang dah buat dia tunggu lama . Lastly, malam tu aku lambat tidur sebab menangis tahan sakit . Bayangkanlah, lubang yang disuntik kecik saja, tapi sukatan air yang dimasukkan laju sangat . Allahuakbar,sakit sangat .
Tangan aku bengkak dan tak boleh digerakkan sangat . Jadi, umi larh yang tolong pakaikan baju, seluar untuk aku . Umi bagi aku makan, walaupun umi puasa . Sebab aku tak dibenarkan puasa masa tu . Dan pada hari Ahad, aku boleh keluar wad, itupun sebab aku yang mintak . Siapa larh yang nak duduk lama-lama kat wad bersalin tu . Masa aku tunggu nak keluar, ada kejadian aneh berlaku . Aku nampak sorang budak lelaki main kejar-kejar sorang diri . Pelik betul . Apapun, terima kasih pada semua yang datang melawat aku sepanjang aku dalam wad . Tak lupa jugak terima kasih pada mereka yang telah mendoakan aku . Semoga Allah merahmati sahabat semua :'D .

No comments:

Post a Comment