Friday, October 5, 2012

Sekiranya Mereka Mampu Membaca Hati ... :'(

Assalamualaikum :)


Manusia ... Tak pernah lekang dari melakukan kesilapan . Aku sebagai manusia pun,tak pernah sempurna . Siapalah yang pernah sedar tatkala melakukan kesilapan ? Kekhilafan yang tak disengajakan,semuanya tanpa sedar . Kadangkala,ada segelintir manusia yang bersifat kejam,cuba mencari kesilapan orang lain tanpa sedar kesilapan diri sendiri . Sempurnakah mereka ? Layakkah mereka menfitnah orang yang tidak bersalah,yang tidak sedikitpun menyentuh hidup mereka ? Tak malukah mereka ?

" Manusia tak mampu membaca hati orang lain . Sebab tu,manusia jugak tak mampu menjaga hati dan perasaan orang lain . Serta tak mampu untuk menilai setitis air mata .. "

Jadi,kenapa tak diamkan diri saja ? Kenapa perlu membuka mulut untuk berbuat dosa ? Manusia tak mampu kembali ke masa lalu . Dan manusia jugak tak mampu untuk mengubah masa lalu . Tapi masa depan masih boleh dirancang dan diubah . Apalah salahnya memberi peluang untuk insan yang daif dan tersasar melakukan kekhilafan ? Sungguh,Allah S.W.T itu Maha Pengampun ! Kenapa kita sebagai hamba-Nya yang keji dan hina pun masih bongkak dan tak boleh berikan peluang kedua kepada mereka yang memerlukan ? Tepuk dada tanya iman . 

Seandainya manusia mampu membaca hati manusia,tiada lagi rasa sedih di atas muka bumi ini . Kerana betapa mereka menjaga hati orang lain kerana tahu apa yang dibenci dan disukainya . Tiada lagi rintihan kesedihan yang bergema di dalam hati .

" Aku sedih,kenapa mereka bencikan aku ? "

" Aku kecewa,kenapa mereka bersikap begini denganku ? "

" Kenapa mereka tak sedar betapa terlukanya hati aku ? "

" Sampai bila aku mampu bertahan ? "

" Pedihnya hati aku dengan kata-kata mereka .. "

Pernahkah kita mendengar rintihan-rintihan tersebut keluar dari mulut orang yang sentiasa dekat dengan kita ? Mereka sangat menginginkan kita memahami hati mereka . Tapi,kita ? Kenapa manusia tidak diberikan kemampuan untuk membaca hati manusia ? Kerana Allah mahu kita merasakan kenikmatan janji-Nya ! Bukankah Allah telah berjanji di dalam Al-Quran ?

" Sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu akan ada kesenangan ... "

Jika manusia sering hidup dalam kebahagiaan kerana mampu membaca hati orang lain,bilakah manusia mampu untuk merasai kesedihan ? Kesedihan itulah yang akan mendorong kita untuk berubah menjadi lebih baik . Sedarkah kita ? Kesedihan itu indah sebenarnya,sahabat ... Dan kerana itulah,aku masih mampu berdiri teguh di atas muka bumi Allah ini . Meskipun segala fitnah,cacian,tohmahan,segalanya aku lalui . Aku tetap tabah kerana aku yakin memang ada mereka yang bencikan aku dan sayangkan aku . Tapi,peratusnya ? Mereka yang benci aku hanyalah 10% berbanding mereka yang sayangkan aku lagi 90% ! Bersyukurlah ... Aku sangat dihargai sebenarnya .. :')

Teruskanlah menfitnah aku . Teruskanlah mencaci aku . Teruskanlah menyakiti hati aku . Kerana aku redha . Tapi,satu yang aku mintak . Tolong jangan sakiti diri sendiri di akhirat kelak . Dan jika aku mati,tolong redhai segala kesalahan aku kerana aku ingin pergi dengan tenang dan tolong jangan tangisi pemergianku kerana aku redha dengan ketentuan-Nya . Hidup aku telah diatur begini . Jalan hidupku semuanya telah diatur . Aku redha,Ya Allah ! :')

No comments:

Post a Comment